Selepas bertahun-tahun berita mengenai pembangunan jam tangan pintar pertama OnePlus didengari, ia akan akhirnya menjadi realiti bulan ini. OnePlus telah mengesahkan OnePlus Watch akan dilancarkan bersama dengan OnePlus 9 serta OnePlus 9 Pro pada 23 Mac hadapan.

Imej acah yang dikongsi mengesahkan rekaan yang tertiris menerusi paten yang difailkan OnePlus. Muka jam berbentuk bulat dipadankan dengan tali jam yang diperbuat daripada silikon. Rekaan ini amat mirip dengan Oppo Watch RX yang diumumkan Oktober tahun lalu. Memandangkan OnePlus kerap meminjam rekaan Oppo sejak bertahun lamanya, perkongsian rekaan ini tidaklah mengejutkan sama sekali.

Dengan Oppo menggunakan Wear OS, adalah mudah untuk mengagak OnePlus Watch turut akan menggunakan sistem operasi yang sama bagi memastikan keserasian dengan sistem operasi Android dengan pelancar OxygenOS

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.