Berita Menarik

Opera Browser Untuk Android Dikemaskini Dengan Penghalang Iklan Lebih Baik Dan Sokongan Tatalan Lebih Pantas

Pembaca : 16
0 0

Opera Browser untuk Android adalah satu pelayar web yang lebih fokus kepada sekuriti dan privasi. Ia tidak seperti pelayar web yang lain. Sebelum ini, versi Android turut hadir dengan sokongan VPN terbina untuk privasi yang lebih baik.

Hari ini, versi 50 Opera Browser telah tiba. Dalam versi ini, ia hadir dengan penghalang iklan yang lebih baik. Penghalang iklan kali ini adalah lebih berkuasa dan juga lebih mesra. Sebelum ini, jika penghalang iklan diaktifkan – semua laman web yang dibuka tidak akan memaparkan iklan. Kini, pengguna diberi pilihan untuk aktifkan atau nyah-aktifkan penghalang iklan mengikut laman web tertentu.

Seterusnya adalah peningkatan prestasi. Tatalan pada mana-mana laman web menggunakan Opera Browser v50 akan lebih pantas. Dokumen-dokumen seperti PDF juga kini lebih mudah dibaca secara terus dalam pelayar web. Opera turut menambah sokongan gambar-dalam-gambar, di mana pengguna boleh menonton video sambil membaca artikel atau melakukan kerja-kerja lain.

Opera turut menambah sokongan tiga bahasa lagi, iaitu Estonian, Latvian dan Lithuanian. Opera Browser v50 kini boleh dimuat turun di Google Play Store. Bagi yang sudah menggunakan pelayar web ini, boleh terus mengemaskininya dengan mudah.

Muat Turun Opera Browser v50 Di Play Store

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.