Opera Touch Dilancarkan Untuk iPhone – Lebih Dioptimasikan Untuk Penggunaan Pada Skrin Besar

Opera sebelum ini telah menawarkan pelayar web Opera Touch untuk Android, dan kini pembangun pelayar web terkemuka berkenaan turut melancarkan penawaran lebih kurang sama untuk para pengguna iPhone.

Opera Touch

Opera Touch dioptimasikan untuk pengguna peranti berskrin besar, dan yang tidak menyertakan sokongan butang fizikal. Ini sekaligus menjadikan Opera Touch lebih dioptimasikan untuk iPhone X, dan terkini.

Pelayar web mudah-alih ini dioptimasikan untuk penggunaan gesture, selain turut menyertakan teknologi Opera Flow untuk memudahkan pemindaan pautan dan dokumen dari telefon ke komputer.

Bagi anda yang meminati pelayar web Opera, mungkin anda turut boleh mencuba Opera Touch ini pada iPhone anda hari ini.

Muat-Turun Opera Touch untuk iPhone

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.