Operasi Pengeluaran Kenderaan Honda Terhenti Lagi Akibat Perisian Tebusan

Honda ialah antara 10 syarikat pengeluar kenderaan terbesar di dunia. Tetapi semalam operasi pengeluaran mereka terhenti di peringkat global akibat serangan penggodam. Akibat serangan tersebut perisian tebusan berjaya dipasang pada pelayan komputer, sistem emel dan program dalaman yang digunakan untuk operasi.

Selain kilang, operasi harian pusat khidmat pelanggan juag terganggu di seluruh dunia. Kakitangan dinasihatkan supaya tidak menggunakan komputer riba untuk mengakses kerja semalam dengan kebanyakannya disarankan untuk bercuti di rumah. Operasi Honda telahpun bermula semula ini tetapi tidak pada kapasiti sepenuhnya.

Ini bukan insiden pertama Honda terpaksa menghentikan operasi akibat perisian hadas. Pada tahun 2017, operasi pengilangan Honda di Jepun terhenti kerana perisian tebusan Wannacry.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*