OPPO 9s EDISI ISTIMEWA SEMPENA HARI KEKASIH

Oppo sebelum ini telah hadir dengan beberapa telefon pintar edisi khas.  Terbaru Oppo bakal muncul dengan Oppo 9s edisi istimewa sempena hari kekasih. Edisi khas ini mempunyai rekaan dan spesifikasi yang sama dengan Oppo R9s versi biasa. Apa yang berbeza adalah warna dengan penawaran warna Red Valentine.

Oppo 9s hadir dengan skrin bersaiz 5.5 inci AMOLED HD penuh dan mempunyai RAM sebesar 4GB dan muatan dalaman sebanyak 64GB. Peranti ini juga mempunyai slot kad mikro SD yang menyokong penambahan kapasiti storan sehingga 256GB.

Peranti ini dibekalkan dengan kapasiti bateri sebesar 3010 mAh dengan sokongan pengecasan pantas VOOC. Pada bahagian kamera pula, telefon pintar ini menawarkan kamera hadapan dan belakang sebesar 16 megapixel.

Oppo 9s turut mempunyai pengimbas cap jari pada bahagian depan untuk tujuan sekuriti dan akses pantas kepada telefon.

Harga jualan edisi istimewa ini masih tidak diumumkan lagi. Oppo R9s versi biasa dijual di pasaran Malaysia pada harga RM 1798.

Berminat dengan telefon pintar Oppo 9s edisi istimewa sempena hari kekasih ini? Pra-tempahan untuk edisi istimewa ini akan dibuka bermula pukul 10.00pagi pada 7 Februari 2017 di laman rasmi OPPO Online Store Malaysia.

Layari Facebook Oppo Malaysia untuk maklumat lanjut

ekselen.my

sumber : http://ekselen.my/

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.