OPPO A15 Dengan Skrin 6.52 inci, Cip Helio P35, Harga Sekitar RM699

OPPO A15 Malaysia

OPPO telah melancarkan telefon bimbit mampu milik yang dinamakan sebagai OPPO A15 yang menawarkan reka bentuk yang bergaya, bateri besar, sistem tiga kamera serta harga yang mampu milik.

OPPO A15 mempunyai kerangka polikarbonat berukuran 164 x 75 x 8mm dan beratnya hanyalah 175 gram. Telefon ini mempunyai paparan LCD IPS 6.52 inci dengan resolusi HD+ 720 x 1600 piksel.

Di bahagian dalam, peranti ini dikuasakan oleh chipset Helio P35 yang hadir bersama dengan RAM 3GB. Ia mempunyai storan dalaman yang agak kecil iaitu 32GB namun boleh ditambah melalui slot microSD. Peranti ini adalah berasaskan Android 10 dengan antaramuka ColorOS 7.2 serta memiliki bateri 4,230mAh yang menyokong pengecasan 10W.

Di bahagian belakang, terdapat modul kamera berbentuk segi empat yang menempatkan kamera utama 13MP, kamera makro 2MP, dan lensa bokeh 2MP. Untuk selfie, telefon ini mempunyai kamera depan 5MP. Fungsi lain yang terdapat pada OPPO A15 termasuk sokongan dual SIM, 4G VoLTE, Wi-Fi, Bluetooth 5.0, GPS, microUSB, dan audio jack 3.5mm.

Harga Oppo A15

OPPO A15 dijual pada harga Rs 10,999 (Sekitar RM699) di India yang boleh dibeli melalui Amazon India. Telefon ini boleh didapati dalam dua warna iaitu Dynamic Black dan Mystery Blue. Buat masa ini tiada maklumat mengenai ketersediaan serta harga rasmi OPPO A15 untuk pasaran Malaysia.

Write a Comment

view all comments

*