Oppo A3s 3GB Kini Ditawarkan Dengan Kad Mikro SD Sebesar 32GB Percuma

Satu perkara yang digemari oleh pengguna di Malaysia ialah barangan percuma dengan setiap pembelian. Hari ini Oppo mengumumkan bermula 14 September ini, sekeping kad mikro SD 32GB akan diberikan percuma dengan setiap pembelian Oppo A3s 3GB. Peranti ini ditawarkan pada harga RM899 sebuah.

Dari segi spesifikasi Oppo A3s dilengkapi skrin bertakuk 6.2-inci HD+, dijana cip Snapdragon 450, memori 3GB RAM, dan storan 32GB. Melengkapkan ia adalah dwi-kamera belakang 13MP + 2MP, serta hadir dengan kamera hadapan 8-megapixel dan bateri sebesar 4230 mAh.

Sila baca – Ulasan Oppo A3s

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.