TechSemut Malaysia

Oppo A5 Diumumkan Dengan Snapdragon 450 Dan Skrin 6.2 Inci

Oppo A5 Diumumkan Dengan Snapdragon 450 Dan Skrin 6.2 Inci

Oppo A5 Diumumkan Dengan Snapdragon 450 Dan Skrin 6.2 Inci
Julai 09
03:39 2018

Harga Oppo A5 Malaysia

Oppo merupakan antara pengeluar telefon pintar pertengahan yang popular kini mengumumkan satu lagi model untuk pasaran peranti mampu milik iaitu Oppo A5.

Mula diumumkan untuk pasaran China dengan harga jualan CNY 1500 atau sekitar RM999 di Malaysia. Peranti ini menampilkan rekaan dengan skrin FullView bertakuk di atas dengan saiz sebesar 6.2 inci. Resolusinya dengan 1520 x 720 pixel dan nisbah 19.9.

Cipset-nya menggunakan cip Snapdragon 450 dengan CPU Octa-Core 1.8 Ghz. Oppo A5 juga hadir dengan pilihan memori 4GB RAM atau 3GB RAM dengan storan dalaman 64GB. Berbeza dengan Oppo A1 dan A3 yang menggunakan kamera tunggal di belakang, Oppo A5 menggunakan dual-kamera dengan sensor 13MP F2.2 dan 2MP F2.2 dengan fungsi perakam video HD 1080p serta 8MP kamera selfie.

Spesifikasi Oppo A5

  • Skrin IPS LCD 6.2-inci, 720 x 1520 pixels dan nisbah 19:9.
  • Pemproses Snapdragon 450, Octa-core 1.8 GHz Cortex-A53 dan GPU Adreno 506.
  • 64 GB memori dalaman dan 4 GB RAM serta sokongan slot microSD.
  • Kamera utama 13+ 2 Megapixel dan 8 Megapixel kamera selfie.
  • Color OS 5.0 berasaskan Android 8.1 (Oreo).
  • Bateri yang tidak boleh ditukar jenis Li-Ion 4230 mAh.
  • Pilihan warna Pink dan Biru.
  • Harga CNY 1500 atau sekitar RM999 di Malaysia.

Buat masa ini tiada satu pon model dari siri Oppo A yang memasuki pasaran tempatan. Jadi model Oppo A5 ini juga tidak diketahui akan memasuki pasaran Malaysia atau tidak. Di China peranti ini akan mulakan jualan bermula 13 Julai ini.

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com