Berita Menarik

OPPO A72 Kini Rasmi – Snapdragon 665, Kamera Utama 48-Megapixel Dan Bateri 5000mAh

Pembaca : 12
0 0

Oppo kini nampaknya terus berkembang. Terbaru, mereka menambah lagi penawaran peranti di bawah Oppo Siri A menerusi pengenalan Oppo A72. Peranti ini hadir dengan sejumlah penawaran menarik bagi memenuhi permintaan ramai. Ia merupakan adik-beradik kepada Oppo A52 yang baru sahaja dilancarkan di China, baru-baru ini.

Oppo A72 membawakan skrin berukuran 6.5-inci dengan resolusi FHD+ bersama rekaan paparan berlubang. Ia dijana oleh cip pemproses Snapdragon 665, memori 4GB RAM dan storan dalaman 128GB. Terdapat juga sokongan slot kad microSD yang boleh dikembangkan.

Untuk aspek kamera pula, ia mempunyai empat lensa utama dengan gabungan 48-Megapixel + 8-Megapixel + 2-Megapixel + 2-Megapixel dan kamera hadapan sebesar 16-Megapixel. Melengkapi peranti adalah bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 18W, pengimbas cap jari sisi dan terdapat sokongan bicu audio 3.5mm. Antaramuka yang digunakan adalah ColourOS 7.1 berasaskan Android 10. Maklumat mengenai harga masih belum diketahui buat masa ini.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.