Oppo A94 telah dilancarkan di China minggu ini dan ia adalah sebuah lagi peranti dengan cip MediaTek Helio P95. Dari segi spesifikasi Oppo A94 turut dilengkapi skrin 6.43″ AMOLED FHD yang sekadar menyokong kadar segar semula 60Hz, memori 8GB LPDDR4X dan storan 128GB yang boleh ditambah menggunakan kad mikro SD.

Terdapat kuad kamera utama yang terdiri daripada lensa sudut lebar, ultra sudut lebar, makro dan mono. Aneh sekali Oppo tidak berkongsi saiz megapixel untuk kamera utama ini. Yang dikongsi hanyalah kamera swafotonya yang sebesar 32MP. Bateri pula sebesar 4310 mAh dengan sokongan pengecasan 30W VOOC.

Selain itu peranti turut mempunyai pengimbas cap jari terbina dalam skrin dan bicu audio 3.5mm. Walaupun peranti kini telah rasmi, harga jualan belum diumumkan. Di atas kertas Oppo A94 ialah sebuah Opp A93 dengan skrin 60Hz maka harga jualannya mungkin adalah lebih rendah apabila di pasaran Malaysia kelak.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.