Oppo hari ini telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu Oppo Ace 2. Peranti baru ini tidak lagi meneruskan penggunaan jenama “Reno” seperti sebelum ini, sebaliknya dipanggil sebagai Oppo Ace 2 terus.

Oppo Ace 2

Oppo Ace 2 hadir dengan skrin 6.55-inci OLED dengan sokongan kadar segar semula 90Hz, dijana cip Snapdragon 865, memori sehingga 12GB RAM LPDDR5 RAM, storan 256GB, dan dilengkapi bateri berkapasiti 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantas SuperVOOC 65W. Oppo Ace 2 turut hadir dengan sokongan pengecasan nirwayar 40W AirVOOC.

Telefon pintar ini dilengkapi empat kamera belakang dengan sensor utama 48MP + sensor ultra-lebar 8MP + sensor monokrom 2MP + sensor depth 2MP. Melengkapkan telefon pintar ini juga adalah kamera hadapan 16-megapixel. Selain sokongan spesifikasi tinggi dan pengecasan nirwayar pantas, telefon pintar ini turut hadir dengan sistem penyejukan pantas – sekaligus menjadikannya sesuai untuk permua.

Buat masa ini, telefon pintar ini hanya diumumkan untuk pasaran China sahaja, dimana ia dijual pada harga CNY 3,999 iaitu sekitar RM2453. Ia tidak diketahui lagi bilakah peranti ini akan pasarkan untuk pasaran global.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.