Oppo Ace2 EVA Edition Dilancarkan Dengan Pelbagai Aksesori Neon Genesis Evangelion

Oppo Ace2 EVA Edition telah dilancarkan semalam dan ianya pasti mengujakan peminat siri animasi popular Neon Genesis Evangelion. Oppo bukan sahaja menawarkan telefon pintar malahan set lengkap pengecas nirwayar, fon telinga nirwayar dan jam tangan pintar di dalam pakej lengkap bertemakan Neon Genesis Evangelion.

Oppo Ace2 EVA Edition hadir dalam warna ungu dan hijau seperti robot EVA 01, jam tangan Oppo Watch pula berwarna merah EVA 02, pengecas nirwayar Oppo Air VOOC Charger bertemakan EVA 03, fon telinga Enco W31 TWS earbuds bertemakan EVA 04, dan penjejak kesihatan Oppo Band yang juga bertemakan EVA 02. Kesemua produk-produk edisi khas ini boleh dibeli secara berasingan.

Harga jualan Oppo Ace2 EVA Edition ialah RMB 4399 (~RM 2768), Oppo Watch pada harga RMB 2199 (~RM 1340) , Oppo Enco W31 pada harga RMB 399 (~RM 243), Oppo Air Charger RMB 299 (~RM 182) dan Oppo Band pula harganya masih belum diumumkan.

Hanya 10,000 unit Oppo Ace2 Eva Edition akan ditawarkan kepada umum lengkap dengan kerangka khasnya tersendiri. Buat masa ini ia hanya ditawarkan kepada pengguna di China sama seperti Oppo Reno Ace edisi Gundam tahun lalu.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*