Sistem pengecasan pantas adalah teknologi yang turut berlumba-lumba setiap pengeluar dari China sertai. Xiaomi memperlihatkan teknologi 100W tetapi masih tidak dioasarkan, Oppo dengan 65W yang hadir pada beberapa peranti, kemudian Realme dengan teknologi sama tetapi dihadkan kepada 50W dan OnePlus yang sedikit tertinggal di belakang dengan 30W. Manakala Vivo pernah mengacah 120W, tetapi juga tidak sedia dilancarkan pada telefon mereka.

Terkini, Oppo dilihat bakal melancarkan sistem pengecasan pantas baru – iaitu 125W Super Flash Charge. Teknologi ini diaggarkan dapat mengecas peranti 4000mAh sehingga penuh dalam masa 10 minit sahaja dan mungkin kurang. Sebelum ini pernah tertiris yang Realme memperlihatkan teknologi 120W Ultrra Dart, 4000mAh dicas sehingga penuh dalam masa 3 minit. Jika Realme menguji teknologi ini, tidak dinafikan yang teknologinya adalah berasaskan dari apa yang Oppo hasilkan. Oppo dilaporkan akan melancarkan sistem pengecasan ini pada 15 Julai ini dan ini bermakna pernati yang bakal menoykong sistem pengecasan ini akan tiba tidak lama lagi.

Oppo sebelum ini ada juga memperlihatkan teknologi 80W, namun tiada sebarang pengesahan atau berita mengenainya. Relame juga masih tidak member kenyataan mengenai sistem pengecasan baru mereka. Tidak pasti sama ada teknologi ini akan dilancarkan tahun ini kepada pengguna atau Oppo hanya akan membuat demonstrasi sahaja. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan. Ini kerana kelaak, bateri kecil pun tidak jadi masalah –  kerana kurang 10 minit sudah boleh cas sehingga penuh.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.