TechSemut Malaysia

Oppo Dilaporkan Bakal Menggunakan Skrin OLED Dwi-Lengkung Keluaran Samsung

Oppo Dilaporkan Bakal Menggunakan Skrin OLED Dwi-Lengkung Keluaran Samsung

Oppo Dilaporkan Bakal Menggunakan Skrin OLED Dwi-Lengkung Keluaran Samsung
Jun 08
00:31 2018

Samsung ialah pengeluar panel OLED terbesar di dunia dan telah menawarkan skrin kepada Apple dan Xiaomi. Kepakaran mereka juga terletak pada pengeluaran skrin OLED dwi-lengkung seperti yang boleh dilihat pada Galaxy S9 dan Galaxy Note 8. Menurut laporan The Bell, Oppo akan menjadi pengeluar terbaru yang menggunakan skrin keluaran Samsung.

Samsung Galaxy S7 EdgeSkrin dwi-lengkung atau lebih dikenali sebagai Edge Display memberikan ilusi peranti yang mempunyai bingkai sisi yang nipis. Skrin yang dipesan ialah sebesar 6.42 inci dan akan digunakan pada peranti yang akan dilancarkan sekitar Julai atau Ogos. Ini ialah panel OLED yang saiznya hampir sama seperti pada Galaxy Note 8 (6.3″). Berita ini amat menarik kerana rekaan peranti Oppo mungkin akan berubah selepas mengekalkan rekaan yang agak sama sejak sekian lama.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com