TechSemut Malaysia

Oppo F5 6GB (edisi merah), siap dengan Neelofa

Oppo F5 6GB (edisi merah), siap dengan Neelofa

November 28
15:13 2017
Share Button

Oppo F5 6GB (edisi merah) bakal menemui pengguna pada 6 Disember ini. Itu jaminan Oppo yang memaklumkan tempahan juga boleh dilakukan bermula tarikh sama seawal jam 12.30 tengahari.

Manakala 1,000 pelanggan pertama yang menempah fon ini melalui http://www.oppostore.com.my/products/f5red/ akan menerima hadiah misteri.

Dalam perkembangan sama, Oppo juga mengumumkan kerjasama dengan Victoria’s Secret bagi acara tahunan fesyen tersebut.

Oppo Malaysia juga menjemput duta F5 6GB (edisi merah), seorang aktres dan hos, Neelofa bagi menghadiri pertunjukkan fesyen glamor dan merakam seberapa banyak gambar ketika acara tersebut berlangsung.

Malah Neelofa juga berkongsi rakaman foto harian ketika berada di Shanghai, China dengan model fon sama.

F5 6GB (edisi merah) mempunyai RAM 6GB dengan storan 64GB bersama bateri 3200mAh.

Ia mempunyai skrin 6-inci 1080 x 2160 piksel dengan kamera utama 16 megapiksel f1.8 manakala kamera depan pula 20 megapiksel f2.0.

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com