Berita Menarik

Oppo F5 Mungkin Berharga RM1298 Di Malaysia

Pembaca : 11
0 0

Oppo Malaysia akan melancarkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu Oppo F5 secara rasminya di Malaysia pada 2 November 2017 ini. Seperti biasa, kini beberapa hari lebih awal, beberapa pengedar dan penjual tempatan telah mengambil pra-tempahan untuknya pada harga RM1298.

Oppo F5

Oppo F5

Oppo F5 hadir dengan skrin 6-inci pada nisbah skrin 18:9, serta menggunakan rekaan skrin hampir nirbingkai. Ia dijana menggunakan cip MediaTek Helio P23, memori 4GB RAM, ruangan storan 32GB, serta bateri berkapasiti 3200mAh.

Melengkapkan ia adalah kamera belakang 16-megapixel, dan kamera hadapan 20-megapixel. Oppo turut melengkapkan ciri seperti rakaman selfie berasaskan kecerdasan buatan – selain kebolehan nyah-kunci peranti menggunakan pengecaman wajah.

Selain Oppo F5, dua lagi model yang turut telah diumumkan sebelum ini adalah Oppo F5 6GB RAM, dan juga Oppo F5 Youth. Pihak Oppo Malaysia masih belum mengeluarkan harga rasmi untuk Oppo F5 dan model-model lain buat masa ini. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi pihak Oppo berkaitan dengan telefon pintar ini.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.