TechSemut Malaysia

Oppo F7 Youth Hadir Ke Pasaran Malaysia – Berharga RM1099

Oppo F7 Youth Hadir Ke Pasaran Malaysia – Berharga RM1099

Oppo F7 Youth Hadir Ke Pasaran Malaysia – Berharga RM1099
Jun 11
04:40 2018

Oppo Malaysia hari ini mengumumkan pengenalan peranti variasi terbaru dibawah keluarga Oppo F7, iaitu Oppo F7 Youth.

Oppo F7 Youth ini membawakan spesifikasi sedikit rendah. Hadir dengan skrin 6-inci dengan paparan HD penuh, cip MediaTek MT6771, memori 4GB RAM, dan storan 64GB.

Ia turut hadir dilengkapi kamera belakang 13-megapixel, selain kamera hadapan 8-megapixel. Melengkapkan telefon pintar ini adalah bateri berkapasiti 3410mAh.

Oppo turut menyertakan Android 8.1 Oreo bersama telefon pintar ini, yang mana hadir bersama-sama antaramuka ColosOS 5.1. Selain daripada itu, telefon pintar ini turut hadir dengan sokongan Beauty AI 2.0 yang memfokuskan rakaman swafoto yang cantik melaluinya.

Bagi pengguna yang berminat, boleh mendapatkan Oppo F7 Youth ini daripada para pengedar Oppo seluruh negara pada harga RM1099.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com