Oppo F9 Dalam Pilihan Warna Ungu Kini Boleh Didapati Di Malaysia – Berharga RM1399

Oppo Malaysia kini telah pun melancarkan variasi baru telefon pintar Oppo F9, iaitu Oppo F9 Starry Purple yang hadir dalam pilihan warna ungu.

Telefon pintar ini hadir dengan penawaran spesifikasi sama seperti model-model Oppo F9 sebelum ini. Ia menyertakan skrin 6.3-inci dengan penggunaan takuk kecil, dijana cip MediaTek Helio P60, memori 6GB RAM dan storan 64GB. Melengkapkan ia adalah dwi-kamera belakang gabungan 16MP + 2MP selain kamera hadapan 25-megapixel.

Menariknya mengenai Oppo F9 ini adalah ia turut merupakan salah satu peranti Oppo yang hadir dengan sokongan pengecasan pantas VOOC.

Di Malaysia, Oppo turut membawakan edisi khas Oppo F9 ungu ini hasil kerjasama dengan syarikat kosmetik Shiseido. Melalui edisi khas yang ditawarkan secara terhad ini, ia turut membawakan produk kosmetik tambahan secara percuma melaluinya.

Oppo F9 berwarna ungu ini boleh didapati pada harga RM1399.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.