TechSemut Malaysia

Oppo Find X – ada Omoji, ada RAM 8GB…lagi?

Oppo Find X – ada Omoji, ada RAM 8GB…lagi?

Jun 20
17:10 2018
Share Button

Mungkin tiada apa yang istimewa pada Oppo Find X baru bersaiz 6.4 inci selain ia muat dalam genggaman tangan meskipun saiznya besar.

Telefon dengan nisbah 93.8% pada keseluruhan paparannya tiada notch untuk kamera dan sensor menggembirakan sesetengah pengguna yang jengkel dengan fungsi notch.

Jadi bagaimana kamera depan beroperasi? Oppo Find X mempunyai satu ciri unik yang kekal sejak Find diperkenalkan iaitu kamera dari belakang yang timbul dengan cara ia slide masuk apabila aplikasi kamera diaktifkan.

Fungsi tersebut sama dengan sejarah sebaik model Find mula-mula diperkenalkan Oppo dulu. Apabila kamera depan naik, rekaan lengkapnya seakan Samsung Galaxy S9 Plus dengan lengkung di tepi dan bulat di bucu.

Ia mempunyai paparan jenis OLED dengan resolusi 1080 piksel dengan pengimbas wajah 3D.

Oppo Find X mempunyai prosesor Qualcomm Snapdragon 845. RAMnya pula memang berkuasa tinggi dnegan 8GB.

Storan pun memang gila apabila ia terus kepada kapasiti maksimum iaitu 256GB.

Kamera depan mempunyai resolusi 25 megapiksel dengan fungsi AI manakala kamera belakang pula ada dua lensa masing-masing 20 dan 16 megapiksel.

Oppo juga mempunyai jawapan kepada emotikon emoji sendiri yang dinamakan Omoji.

Bateri 3730mAh boleh dicas pantas dengan Oppo VOOC yang sama dengan OnePlus Dash Charge.

Beroperasi pada Android 8.1 Oreo dan ColorOS, antaramukanya seakan gabungan iOS dan Samsung.

Harga untuk model Oppo Find X masih belum diumumkan di Malaysia namun tunggu laporan kami untuk maklumat kesediaannya. Setakat ini, harga di Eropah dianggarkan pada RM4,500.

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com