TechSemut Malaysia

Oppo Find X Akan Hadir Dengan Cip Snapdragon 845 Dan Memori 8GB RAM

Oppo Find X Akan Hadir Dengan Cip Snapdragon 845 Dan Memori 8GB RAM

Oppo Find X Akan Hadir Dengan Cip Snapdragon 845 Dan Memori 8GB RAM
Jun 12
16:11 2018

Oppo telah pun mula hadir dengan beberapa gambar acah untuk Oppo Find X sejak beberapa minggu lepas. Kini, melalui gambar acah terbaru, pengeluar peranti dari China berkenaan turut berkongsi beberapa spesifikasi yang akan dibawakan.

Sebagai peranti mercu Oppo untuk tahun ini, Find X dilihat akan membawakan spesifikasi tinggi. Gambar acah memperlihatkan Oppo Find X akan menyertakan cip Snapdragon 845, memori sehingga 8GB RAM dan storan sebesar sehingga 256GB.

Oppo sebelum ini turut telah memperlihatkan keupayaan teknologi rakaman gambar zoom optikal 5x yang mana mungkin hadir pada peranti ini, selain sokongan pengecasan pantas.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan secara rasmi minggu hadapan untuk melihat apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh Oppo.

Oppo Find X

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com