TechSemut Malaysia

Oppo Find X dilancar di Malaysia

Oppo Find X dilancar di Malaysia

Julai 17
19:32 2018
Share Button

Flagship telefon Oppo Find X memasuki pasaran Malaysia dengan pra tempahan sekarang.

Ia dijual pada harga RM3,699 dengan tempahan di laman web Oppo, Lazada atau telco.

Mungkin tiada apa yang istimewa pada Oppo Find X baru bersaiz 6.4 inci selain ia muat dalam genggaman tangan meskipun saiznya besar.

Telefon dengan nisbah 93.8% pada keseluruhan paparannya tiada notch untuk kamera dan sensor menggembirakan sesetengah pengguna yang jengkel dengan fungsi notch.

Jadi bagaimana kamera depan beroperasi? Oppo Find X mempunyai satu ciri unik yang kekal sejak Find diperkenalkan iaitu kamera dari belakang yang timbul dengan cara ia slide masuk apabila aplikasi kamera diaktifkan.

Fungsi tersebut sama dengan sejarah sebaik model Find mula-mula diperkenalkan Oppo dulu. Apabila kamera depan naik, rekaan lengkapnya seakan Samsung Galaxy S9 Plus dengan lengkung di tepi dan bulat di bucu.

Ia mempunyai paparan jenis OLED dengan resolusi 1080 piksel dengan pengimbas wajah 3D.

Oppo Find X mempunyai prosesor Qualcomm Snapdragon 845. RAMnya pula memang berkuasa tinggi dnegan 8GB.

Storan pun memang gila apabila ia terus kepada kapasiti maksimum iaitu 256GB.

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com