Oppo akan melancarkan Oppo Find X secara rasminya pada awal pagi esok, dan kini seperti biasa, ia tertiris lebih awal melalui video pandang pertama yang dikongsikan oleh Verge melalui saluran YouTube mereka.

Oppo Find X dilihat hadir dengan rekaan yang sangat cantik dan menawan, tanpa sebarang takuk. Ia turut menawarkan rekaan skrin penuh, dengan nirbingkai.

Oppo Find X

Oppo Find X

Oppo Find X

Menariknya, untuk bahagian kamera, ia disembunyikan dengan bantuan mekanikal. Apabila pengguna mengakses aplikasi kamera, kamera akan di pop-up secara mekanikal – untuk kamera hadapan dan juga belakang. Dengan langkah ini, ia membolehkan Oppo menawarkan rekaan skrin menyeluruh tanpa sebarang takuk.

Oppo Find X

Oppo Find X

Dari segi rekaan, boleh dikatakan Oppo Find X ini membawakan rekaan yang sangat mencuri perhatian dan lain daripada yang lain. Namun, seperti biasa, akan hadir beberapa persoalan termasuk bagaimana penggunaan kerangka luar tambahan dan sebagainya.

Seperti biasa, kami akan membawakan liputan langsung daripada pelancaran Oppo Find X ini pada awal pagi esok.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.