Berita Menarik

Oppo Find X2 Neo Diperlihatkan – Sebuah Reno3 Dengan Kamera Swafoto 44MP

Pembaca : 11
0 0

Oppo mula melancarkan peranti mercu mereka melalui keluarga Find X2. Terdapat dua peranti, iaitu Find X2 dan Find X2 Pro. Baru-baru ini, Oppo telah menambah sebuah peranti kelas pertengahan premium dalam keluarga yang sama – iaitu Oppo Find X2 Lite. Terkini, sebuah lagi peranti Find X2 diperlihatkan untuk pasaran Eropah. Ia adalah Oppo Find X2 Neo.

Oppo Find X2 Neo sebenarnya adalah Oppo Reno3 Pro versi China, cuma dengan sedikit perubahan pada kamera. Ia kekal menggunakan skrin 6.5″, OLED, 90Hz, FHD+ dan dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 765G. Ia hanya mempunyai satu variasi sahaja, iaitu 12GB RAM dan 256GB storan dalaman. Kamera utama adalah sama iaitu, 48MP + 8MP (ultra lebar) + 13MP (telefoto) + 2MP (monokrom). Kamera hadapan sahaja diubah dari 32MP kepada 44MP. Bateri pula bersaiz 4025mAh dengan sokongan pengecasan pantas VOOC 4.0 30W.

Harga jualan dilihat dipaparkan di laman web kedai atas talian Deutsch pada harga €719, iaitu sekitar RM3420.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.