OPPO K5 Rasmi Dengan Snapdragon 730G, Kamera 64-Megapixel

Harga OPPO K5 Malaysia

Oppo baru sahaja mengumumkan smartphone pertengahan iaitu Oppo K5. Telefon ini memuatkan paparan FullHD+ dengan panel AMOLED 6.4-inci serta perlindungan skrin Corning Gorilla Glass 5. Ia dikuasai oleh Snapdragon 730G dengan sehingga 8GB RAM dan sehingga 256GB memori dalaman. Peranti ini juga dijalankan pada sistem Android 9.0 (Pie) dengan ColorOS 6.0.

Menarik tentang peranti ini ialah memiliki empat kamera di belakang dan salah satunya menggunakan sensor 64 Megapixel. Tiga lagi lensa termasuk lensa sudut ultra-lebar 8MP, sensor kedalaman 2MP dan lensa makro 2MP. Untuk selfie, peranti ini tampil dengan lensa 32 Megapixel.

<![CDATA[ ]]>

Fungsi menarik lain yang terdapat pada Oppo K5 termasuk pengimbas cap jari di bawah skrin, bateri 4000mAh dengan pengecasan pantas 30W VOOC 4.0 yang membolehkan anda mengecas telefon sehingga 67% hanya dalam 30 minit dan.

Spesifikasi OPPO K5

  • Skrin AMOLED 6.4-inci dengan resolusi Full HD+ (2340 × 1080 pixels)
  • Pemproses Snapdragon 730G dengan GPU Adreno 618
  • Pilihan memori 6GB/64GB, 8GB/64GB serta 8GB/256GB
  • Slot memori tambahan microSD sehingga 256GB
  • ColorOS 6.1 yang berasaskan sistem Android 9.0 (Pie)
  • Kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 8MP, 2MP lensa sudut kedalaman, 2MP kamera makro
  • Kamera selfie 32 Megapixel
  • Pengimbas cap jari dibawah skrin
  • Dual 4G VoLTE, WiFi 802.11 ac (2.4GHz + 5GHz), Bluetooth 5, GPS, USB Type-C, NFC
  • Bateri 4000 mAh dengan pengecas pantas 30W VOOC 4.0
  • Harga Oppo K5 dijangka bermula dari RM1199

OPPO K5 hadir dalam warna Hijau, Biru dan Putih dengan harga jualan di China bermula 1899 yuan (RM1120) untuk model 6GB/128GB, 2099 yuan (RM1240) untuk model 8GB/128GB serta 2499 yuan (RM1480) untuk model 8GB/256GB.

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.