Oppo Mempatenkan Rekaan Peranti Dengan Stylus Seakan Galaxy Note

Pada waktu ini telefon pintar dengan stylus terbina terbaik di pasaran ialah Galaxy Note 10. Kombinasi pemproses yang berkuasa dan stylus yang mempunyai tahap keperincian tinggi membuatkannya sukar ditandingi. Dalam masa terdekat mungkin mereka akan akhirnya ditandingi oleh peranti berstylus keluaran Oppo.

Oppo telah mempatenkan rekaan peranti dengan stylus terbina baru-baru ini. Stylus dengan sokongan bluetooth ini diletakkan pada bahagian atas peranti. Pada bahagian sisi terdapat dua butang kawalan seperti S Pen dan juga sebuah mikrofon. Mungkin Oppo mempunyai perancangan menggunakan stylus sebagai gagang telefon. Rekaan seumpama ini telah dipatenkan oleh LG dua tahun yang lalu.

Hanya beberapa minggu yang lalu LG G Stylus dilancarkan sebagai peranti berstylus mampu milik. Selain Oppo, Huawei turut telah mapatenkan rekaan Mate X dengan stylus terbina. Galaxy Note telah lama merajai pasaran ini dan kewujudan pesaing akan memastikan Samsung

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.