Dengan terciptanya kamera bawah skrin, pasti ramai menyangka rekaan kamera pop naik dan lubang kamera akan pupus. Tetapi di Oppo, inovasi teknologi kamera menggunakan teknologi pop naik masih lagi diteruskan. Laman LetsGoDigital telah menemui sebuah paten sistem kamera pop naik terkini telahpun difailkan oleh Oppo dan ia sebenarnya agak genius.

Dua buah sensor kamera diletakkan pada bahagian dalam tubuh peranti. Satu untuk kamera hadapan dan satu lagi untuk kamera belakang. Apabila ingin digunakan, mekanisme pop naik akan mengeluarkan bahagian lensa yang disambungkan kepada sepasang prisma. Dengan ini sebuah telefon pintar yang tidak mempunyai sebarang lubang kamera pada bahagian belakang dan hadapan dapat dihasilkan. Rekaan yang paling bersih ini dapat dinikmati.

Walaupun paten telah difailkan ini tidak bermakna ia akan digunakan kelak. Umum diketahui siri Oppo Reno dahulu terkenal dengan kamera sirip jerung yang telahpun dihentikan. Sistem badan melungsur pada siri Find X juga tidak diteruskan.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.