TechSemut Malaysia

Oppo R11s Diumumkan, Skrin 6.0 Inci FHD+ Dan Dual Kamera

Oppo R11s Diumumkan, Skrin 6.0 Inci FHD+ Dan Dual Kamera

Oppo R11s Diumumkan, Skrin 6.0 Inci FHD+ Dan Dual Kamera
November 03
08:23 2017

harga Oppo R11s Malaysia

Baru semalam Oppo Malaysia melancarkan Oppo F5 untuk pasaran tempatan dengan harga rasmi RM1298. Oppo hari ini telah perkenalkan pula model yang lebih premium iaitu Oppo R11s dan Oppo R11s Plus untuk pasaran China. Pasaran Malaysia masih lagi belum diketahui.

Spesifikasi Oppo R11s Dan Oppo R11s Plus

Oppo R11s hadir dalam dua variasi iaitu model R11s dengan skrin 6.0 inci, 4 GB RAM dan bateri 3205 mAh, manakala model Oppo R11s Plus hadir dengan skrin yang lebih besar iaitu 6.43 inci, 6 GB RAM dan bateri 4000mAh. Kedua-duanya menggubakan skrin AMOLED nisbah 18:9 dengan resolusi FHD+. Spesifikasi selebihnya adalah sama bagi kedua dua model tersebut.

Oppo R11s dan R11s Plus menggunakan pemproses Snapdragon 660 dengan Octa-Core CPU. Ia juga dilengkapi dengan 64GB memori dalaman serta slot microSD yang boleh diumat sehingga 256GB.

Kamera selfie yang di gunakan untuk kedua-dua model ini adalah sama dengan teknologi Beauty AI seperti yang terdapat pada Oppo F5. Ia mengenal pasti umur, jenis kulit, struktur muka dan sebagainya bagi membolehkan aturan yang terbaik bagi menghasilkan gambar selfie yang lebih sempurna.

harga Oppo R11s Malaysia

Peranti ini menggunakan 20 Megapixel kamera selfie dengan aperture F2.0. Kamera belakang pula turut hadir dengan aturan dual-kamera 16Megapixel F1.7 dan 20 Megapixel F1.7. Kamera hadapannya juga memiliki sistem pengesanan wajah yang digunakan untuk membuka peranti dengan kepantasan hanya 0.08 saat. Pilihan lain untuk membuka kunci adalah pengimbas cap jari yang terletak di bahagian belakangnya.

Harga Oppo R11s Dan Oppo R11s Plus

Buat masa ini Oppo R11s hanya diperkenalkan di China dengan harga jualan CNY 2,999 atau sekitar RM1989 manakala untuk model R11s Plus dijual dengan harga CNY 3,699 atau bersamaan RM2389. Bagi model Special Edition dengan warna merah berharga CNY 3,199 (RM2189) untuk model Oppo R11s. Buat masa ini belum ada maklumat mengenai harga rasmi Oppo R11s di Malaysia dan tarikh jualannya di pasaran tempatan.

Semak harga Oppo R11s dan Oppo R11s Plus di Malaysia di laman Harga Oppo Malaysia apabila model ini di telah berada di pasaran Malaysia kelak.

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com