Oppo Reno3 Pro Versi 4G Diumumkan Dengan Dua Kamera Selfie 44MP

Oppo Reno3 Pro 4G Malaysia

Hujung tahun lalu Oppo telah melancarkan Oppo Reno3 Pro 5G dengan cip Snapdragon 765G, skrin AMOLED 6.5 inci dan empat kamera belakang untuk pasaran China. Terbaru, Oppo memperkenalkan model variasi dengan rangkaian 4G, rekaan yang hampir sama namun spesifikasi yang jauh berbeza.

Oppo Reno3 Pro 4G hadir dengan skrin yang lebih kecil dengan panel Super AMOLED 6.4 inci dan resolusi 1080 x 2400 pixels. Untuk kamera, versi 4G ini memiliki lensa yang lebih baik dengan aturan kamera belakang 64MP F1.7 (Utama) + 13MP F2.4 (Telefoto) + 8MP F2.2 (Sudut Lebar) + 2MP F2.4 (Bokeh). Untuk selfie pula peranti ini hadir dengan dua lensa 44MP F2.4 dan 2MP F2.4.

<![CDATA[ ]]>

Oppo Reno3 Pro 4G merupakan model pertama yang menggunakan cip Mediatek Helio P95 dengan 8GB RAM serta pilihan memori sama ada 128GB atau 256GB. Peranti ini juga hadir dengan bateri 4,025 mAh yang menyokong VOOC Flash Charge 4.0 yang membenarkan pengecasan 30W.

Oppo Reno3 Pro 4G Malaysia

Spesifikasi Dan Harga Oppo Reno3 Pro 4G

  • Skrin Super AMOLED 6.4-inci Dengan Resolusi 1080 x 2400 pixels
  • Pemproses Mediatek Helio P95 (12 nm) Dengan PowerVR GM9446 GPU
  • 8GB RAM Dengan Pilihan 128GB atau 256GB Memori Dalaman
  • Platform Android 10 Dengan ColorOS 7
  • Kamera Belakang 64MP (Utama), 8MP (Sudut Lebar), 13MP (Telefoto), 2MP (Bokeh)
  • Kamera Selfie 44MP dan 2MP
  • Pengimbas Cap Jari Di Bawah Skrin
  • Fungsi WiFi 802.11 ac (2.4GHz + 5GHz), Bluetooth 5.0, USB Type-C
  • Bateri Li-Po 4025 mAh Dengan Pengecas Pantas 30W
  • Harga Oppo Reno3 Pro 4G Dijangka Bermula Sekitar RM1799

Peranti dengan sistem Android 10 ini boleh didapati dalam pilihan warna Auroral Blue, Midnight Black, dan Sky White. Ia akan dijual di India bermula 6 March ini dengan harga INR29,990 (RM1799) untuk model 128GB dan INR32,990 (RM1999) untuk model 256GB.

Write a Comment

view all comments

*