Demam Marvel kini sedikit gebah kerana tiada filem di pawagam sekarang dan fasa ketiga MCU telah berakhir dengan Spider-Man Far From Home. Pasti ramai kini menyangka oleh sebab itu peranti edisi khas adiwira Maravel tidak akan dilancarkan. Tetapi jika anda di Indonesia, Oppo Reno5 Marvel Edition akan ditawarkan dalam jumlah yang terhad.

Oppo Reno5 Marvel Edition hadir dengan kemasan tubuh khas kerana mempunyai logo The Avengers dan tubuh pula berwarna hitam, merah dan perak. Ini mengingatkan kami kepada warna sut yang dipakai oleh Black Widow. Peranti juga akan hadir dengan aksesori bertemakan Marvel seperti kerangka, kabel kuasa, pengecas dan fon telinga. Malahan kotak peranti juga mempunyai logo The Avengers pada bahagian luar. Oppo Reno5 di Indonesia berbeza kerana menggunakan cip Snapdragon 720G manakala di Malaysia ia menggunakan cip Snapdragon 765G.

Setiap unit Oppo Reno5 Marvel Edition dijual pada harga Rp 5,699,000 (~RM1632) sebuah. Sungguhpun begitu ia tidak boleh dibeli oleh sesiapa sahaja. Untuk membeli orang ramai perlu mendapatankab kod yang hanya akan dikongsi menerusi akaun media sosial Oppo dan pemangkin media sosial di Indonesia.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.