Oppo Watch Diperkenalkan Dengan Wear OS, Paparan AMOLED, Pengecasan Pantas Watch VOOC

Oppo hari ini telah memperkenalkan jam tangan pintar terbaru mereka untuk pasaran global, dinamakan sebagai Oppo Watch. Menariknya, jam tangan pintar ini menggunakan sistem operasi WearOS daripada Google – sekaligus boleh digunakan bersama telefon Android mahupun iPhone.

Oppo Watch

Oppo Watch hadir menggunakan skrin 1.6-inci untuk rekaan bertali 41mm, sementara rekaan bertali 46mm pula hadir dengan skrin 1.91-inci. Kedua-duanya menggunakan paparan berasaskan AMOLED, dengan versi skrin 1.91-inci menawarkan rekaan melengkung ditepi.

Ia menggunakan cip Snapdragon 3100 dan Ambiq Micro Apollo 3, dilengkapi 1GB RAM dan 8GB storan.

Jam tangan pintar ini turut hadir dengan sejumlah mod khas, termasuk untuk pemantauan aktiviti, berenang, pemantauan kadar denyutan nadi, serta beberapa sensor tambahan lain. Oppo Watch menawarkan sokongan kalis air sehingga 5ATM.

Oppo Watch

Untuk pengecasan, kedua-dua versi hadir dengan sokongan pengecasan berasaskan magnetik, dan menawarkan sokongan Watch VOOC Flash Charging. Oppo mengatakan jam tangan pintar ini boleh digunakan sehingga 36 hari dengan menggunakan sokongan mod pintar dan penjimatan bateri.

Dengan integrasi Wear OS, ia turut menyokong sejumlah ciri-ciri menarik, termasuk sokongan Google Assistant.

Buat masa ini, jam tangan pintar ini hanya diumumkan di India sahaja, dan berkemungkinan kita akan melihatnya turut memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*