Selepas pine64 diperkenalkan kini muncul pula pesaing komputer bersaiz kecil yang di beri nama Orange Pi Zero . Didatangkan dengan saiz lebih kecil dengan harga lebih murah iaitu  USD 6.99 berbanding persaingnya Pada harga USD 35 untuk raspberry pi  dan USD 15 untuk pine64

Orange Pi Zero ini mengunakan  pemproses quad-core  Allwinner ARM Cortex-A7, yang telah digunakan untuk pekakasan berkuasa rendah seperti telefon pintar berkelas serderhana dan tablet.

Ia juga menggunakan pemproses grafik Mali 400  MP2 ARM, yang menyokong video pemprosesan definisi tinggi. Shenzhen Xunlong, Syarikat yang mengeluarkan , mendakwa ia boleh mengendalikan video H.265 4K, tetapi ianya bukan dibina untuk itu.  Orange Pi Zero ini juga tidak mempunyai port paparan keluar (tiada VGA mahupun HDMI).

didatangkan bersama  slot kad SD dengan  256MB memori. Model dengan 512MB  memori untuk harga USD 8.99

Di samping itu, Orange Pi di datangkan bersama 802.11 b / g n Wi-Fi dan ethernet rangkaian . Ia juga mempunyai slot  dengan pin untuk di sambungkan kepada  papan elektronik yang lain serta port  USB 2.0 .

Jika anda sedang mencari komputer kecil untuk belajar tujuan pengaturcaraan atau ujian aplikasi  perisian ianya amat berguna. Ia menyokong Android, tetapi pada  versi 4.4 sahaja. malah menyokong sistem pengoperasian  Debian dan Ubuntu.

By hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.