OWASP ZAP menguji kekebalan aplikasi web anda

Zap128x128Jika anda terlibat dalam pembangunan sistem atau anda adalah pegawai keselamatan ICT di tempat kerja anda. Aplikasi ini di lihat amat berguna bagi menguji kekebalan dan keboleh sediaan aplikasi web anda menerima serangan . Aplikasi ini di bangunkan oleh komuniti sumber terbuka yang terlibat dalam pembangunan dan keselamatan ICT di seluruh dunia . Aplikasi yang mengabungkan kesemua kod pengujian yang membolehkan ia menguji setiap kelemahan yang biasa dan digunakan dalam menyerang aplikasi web anda.

Aplikasi ini boleh di muat naik secara percuma  dan ianya menyokong windows , linux dan mac os . Dengan antaramuka yang tersedia dan mudah , Sesi ujian akan lebih mudah berbanding jika di buat secara manual. Malah kod pengujian yang di kemaskini dari semasa ke semasa dan ianya telah digunakan dalam proses mengexploitasi sistem sebenar aplikasi ini di lihat mampu menjadi alat penguji yang berkesan bagi memudahkan kerja pembangun dan pegawai keselamatan ICT. Namun nasihat penulis , sebelum membuat apa-apa pengujian pastikan anda membuat salinan pendua bagi semua sistem anda dahulu sebelum apa-apa terjadi.

Aplikasi ini adalah projek sumber terbuka dan boleh di muat naik atau mendapatkan kod sumbernya secara percuma dari laman web owasp.org

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.