Oxygen OS 9.0.5 Kini Hadir Untuk OnePlus 6T – Menambahbaik Fungsi ‘Screen Unlock’

OnePlus 6T adalah peranti OnePlus yang kesembilan. Ia hadir dengan pengimbas cap jari dalam skrin dan adalah antara yang terpantas dengan kelajuan hanya 0.34 saat untuk menyahkunci.

Baru minggu ini OnePlus 6T diterima oleh pengguna-pengguna di Malaysia dan kemaskini terus hadir untuk menambahbaik pengimbas cap jari dalam skrin yang digelar ‘Screen Unlock’ ini. Kemaskini ini adalah Oxygen OS 9.0.5. Selain daripada menambahbaik ‘Screen Unlock’, OnePlus turut membaiki beberapa pepijat.

Di sini kita boleh lihat, OnePlus semakin baik dalam membaiki masalah pepijat. Ini kerana, ia menggunakan Oxygen OS yang hampir dengan Android asli – jadi kerja-kerja pengkodan adalah tidak sukar seperti sistem oeprasi Android dengan perubahan antaramuka yang serius.

Muat Turun: Oxygen OS 9.0.5 Untuk OnePlus 6T Di Sini

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.