Berita Menarik

OxygenOS Beta, Android Oreo Tiris Pada OnePlus 5

Pembaca : 14
0 0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai produk OnePlus.
Bukan nak cerita pasal peranti baru dia, tapi ROM OxygenOS.
Tahukah anda, versi tiris OxygenOS telah terlepas dan ia Android Oreo!

Saya rasa ini mungkin Closed Beta punya binaan (Open Beta merupakan binaan umum seperti OxygenOS Open Beta OnePlus 3/3T) yang tertiris sebab ada tangan gatal yang tiriskan dia. ehh berapa banyak kali tiris daa hahaha. 😅
Terima kasih juga kepada mereka kerana tiriskan binaan ni, ini menunjukkan bahawa OnePlus tidak cakap kosong. (Sila tunaikan janji ampa pada pengguna OnePlus 2, mana Nougat depa 😡)

Seperti biasa, ini binaan Beta tau, Beta. So kebarangkalian ralat yang ada tu tinggi dan bagi kaki layan binaan Beta ni, makanan depa la ni. 😁 Saya nak tekankan kat sini, saya tak tanggungjawab sekiranya peranti ampa tu meletup ke, atau kena pengsan seperti Beerus pukul leher Goku semasa dia bertukar menjadi Super Saiyan 3 (ala yang rambut panjang tu).

Apa yang baru dalam ROM OxygenOS Beta Oreo ni?

  • Semestinya Android Oreo.
  • Kamera baru, versi aplikasi 2.0.25.
  • Gallery baru, versi aplikasi 2.4.17.
  • OnePlus Launcher baru, versi aplikasi 2.1.6.
  • PIP (Picture-in-Picture).
  • Parallel Apps.
  • Ambient Display menarik.
  • Terokailah sendiri hahaha 😝

Benda yang ampa perlukan :

  • ROM OxygenOS 4.5.14.
  • ROM OxygenOS Beta Oreo.
  • Bateri peranti ampa pastikan 60% ke atas.
  • Backup dahulu data, lagi² WhatsApp kerana data ampa akan hilang selepas lakukan aktiviti ini hahaha.
  • Jangan pi celup peranti ampa dalam susu pula bila dah pasang Oreo. 😒
Cara pemasangan dia pula :
  1. Pasang dahulu ROM OxygenOS 4.5.14 pada peranti ampa. Pastikan ampa backup dulu semua data (WhatsApp sila backup dekat Google Drive, jika tidak jadi macam saya chat hilang hahaha)
  2. Pindahkan fail OxygenOS Beta Oreo tu dekat root folder. (Root folder tu yang luar folder, jangan letak dalam folder)
  3. Tekan logo skru tu, kemudian ambik Local Upgrade dan tekan fail OxygenOS Beta Oreo tu.
  4. Selesai sahaja proses dia tu, dia akan reboot dan keluar tulisan kuning satgi tekan butang volume dan masuk Recovery.
  5. Dekat Recovery satgi, ambil Wipe data and Cache>Erase everything>Continue. (Lepas proses ni, segala data yang ada dalam phone akan hilang. Tu la dah pesan backup awal2 😑)
  6. Lepas tu reboot lah (tekan butang back sebelah butang home, back belah kanan tau), dan selesaikan Setup Wizard tu dan TAHNIAH, ampa dah pakai ROM OxygenOS Beta Oreo versi tiris.
Ada cara pemasangan TWRP, dan boleh root, tapi proses dia agak rumit. Tapi ampa boleh cuba kat sini. Sebarang masalah yang ampa alami selepas mengikuti proses dekat situ, sila rujuk forum tu ye. 😆
Dah nama pun Beta kan, tipu la kalau takda ralat. Jadi ralat yang saya perasan, lalui dan alami ialah :
  • Rakaman video terhenti, dan rakaman video untuk WhatsApp juga sama (untuk penyelesaian, sila pasang aplikasi ini Footej Camera).
  • Tiada watermark pada Gambar.
  • Tiada pemain muzik.
  • Masalah mic tak berfungsi (ada beberapa orang dalam forum alami dan ada kata buat pembesar suara dapat atasi masalah tersebut).
  • Masalah tidak boleh menerima panggilan selepas panggilan pertama (ini pun beberapa orang sahaja yang alami).
  • Bila anda tekan lama² untuk guna app shortcut tu, ada Bahasa Melayu (padahal bahasa peranti, English hihihi).
  • TWRP kosong, jika tekan pemilihan stor penyimpanan, 0MB (mungkin TWRP tak serasi lagi dengan OxygenOS Beta Oreo ni).
  • OnePlus Launcher mereng sikit, tiap kali kita pasang aplikasi dia akan letak shorcut sendiri dia dekat homescreen. haih.
Ok, cara pemasangan pun dah bagi tahu, ralat pun dah dimaklumkan pada ampa. Jom layan screenshot kat bawah ni. 😘
4.5.2? versi stabil 4.5.14 hmm?
Lihat ikon notifikasi aplikasi, comel kan? 
Jika ampa scroll atas bawah perlahan²,
 ikon tu menolak sesama depa untuk berada dalam satu barisan.
Ni pula Quick Settings Tiles serta notifikasi Spotify bila anda mainkan muzik, lawa tak?
Jangan kecewa, memang beginilah rupabentuk Settings ni. 
Tak nampak macam Oreo kan?
Tapi bila masuk sini, baru la ada nampak Oreo tu. Alahai.
Tetapan Bluetooth Audio boleh cari dekat Developer Options 
(kena tekan banyak kali dekat Build Number di About Phone).
Lihatlah, PIP (Picture-in-Picture) boleh cari dekat Apps>Special access.
Autofill with Google, tak perlu dah ampa nak taip kata laluan bagai. 
Benda ni ada dekat OnePlus 3/3T dan kini ada dekat OnePlus 5. 
Benda ni bagi aplikasi ada dua, boleh la log masuk dua akaun sekali. (saya tak cuba pun ni hahaah)
Antaramuka pengguna yang baru pada aplikasi Kamera
Tetapan kamera pun ada la lain sikit.
Antaramuka pengguna baru pada aplikasi Gallery.
Ada gambar terpaksa tutup takut kena bahan lagi hahaha.
Bahagian collections ni macam biasa la.
Bukan tu saja, siap ada tunjuk dekat peta gambar yang kita ambil berdasarkan lokasi GPS kita.
Salah satu fungsi PIP (picture-in-picture) pada Google Maps.
Ini pula launcher OnePlus.
Stor penyimpanan dan Memori.
Ambient Display yang simple.
Ramai yang suka tengok skor penanda aras kan? Ni saya belanja. 😄
Ni skor dari aplikasi Geekbench 4.
Masih lagi aplikasi Geekbench 4, tapi ujian Compute.
Ini pula skor dari aplikasi Antutu Benchmark.
Bonus, saya belanja jangka hayat bateri pada ROM ni. Diingatkan lain orang, lain ketahanan bateri tau hahaha.
 Apa pendapat ampa? 
Saya buka Spotify dan biarkan screen tutup lalu terlelap hahaha.
Sampai di sini saja saya taip pasal ROM ni. Jika ada sebarang pertanyaan, boleh komen kat bawah ni. Ingat tau ni BETA tau. Kalau ada ralat tu BIASA la, Alpha lagi teruk hihihi.
Selamat memasang, dan moga berjaya ya 😊

sumber artikel : omghackers.com

About Post Author

hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.