Honor Note 10 Mungkin Dilancarkan Pada 30 Ogos

Julai 20, 2018 0

Rekaan phablet Honor Note 10 tertiris beberapa hari yang lalu. Ia mempunyai skrin 6.9″ dan bezel yang agak nipis. Kemunculan Honor Note 10 ini amat dinantikan kerana model kemaskini kepada Honor Note 8 tidak dilancarkan tahun lalu. Honor mula menghantar jemputan kepada acara yang akan berlangsung pada 30 Ogos hadapan dengan frasa “crazy fast, crazy […]

OnePlus Tidak Lagi Menghasilkan Peranti Kelas Pertengahan Kerana Kegagalan OnePlus X

Julai 20, 2018 0

Tiga tahun yang lalu OnePlus X dilancarkan dan menjadi peranti kelas pertengahan keluaran OnePlus. Ia mempunyai rekaan kaca premium serta pemproses Snapdragon 801 yang sebenarnya agak berkuasa. Kami memuji peranti ini tetapi nampaknya sambutan dari pengguna terhadapnya adalah rendah. CEO OnePlus  Pete Lau mendedahkan bahawa kegagalan jualan OnePlus X adalah penyebab mengapa syarikat ini hanya […]

Apple Mengesahkan Penggunaan Lapisan Membran Untuk Menutup Sistem Papan Kekunci MacBook Pro Baru

Julai 20, 2018 0

Salah satu daripada masalah yang sering membelenggu para pengguna peranti Apple MacBook Pro tahun lepas ialah masalah papan kekunci Butterfly yang dikatakan mudah rosak apabila zarah debu masuk di ruang didalam sistem papan kekunci Butterfly. Baru-baru ini, Apple dilihat telah mengemaskini siri MacBook Pro mereka, dan selain daripada penggunaan CPU Intel generasi kelapan Coffee Lake-S, […]

12 Bulan Baru Dijumpai Mengorbit Planet Musytari

Julai 20, 2018 0

Saintis telah menemui 12 bulan baru yang mengorbit planet Musytari dan salah satu daripadanya adalah ‘aneh’.   Sekumpulan saintis yang diketuai oleh Scott Sheppard dari Carnegie Institution for Science telah menemui 12 bulan tersebut ketika sedang mencari tanda-tanda bagi Planet Ke Sembilan, satu planet yang dijangkakan wujud di luar orbit Pluto. Penemuan ini bermakna planet […]

NVIDIA Dijangka Melancarkan Kedai Atas-Talian Rasmi Untuk Pengguna Malaysia Tidak Lama Lagi

Julai 19, 2018 0

NVIDIA merupakan salah satu pengeluar GPU yang popular dan digunakan ramai seluruh dunia – termasuk Malaysia. Selain daripada itu, mereka juga mempunyai beberapa produk lain seperti Shield Tablet, Shield Portable, dan sebagainya. Kini, dalam usaha memudahkan pengguna tempatan mendapatkan produk mereka, NVIDIA melalui laman sosial mereka mengumumkan bakal melancarkan kedai atas-talian rasmi untuk pengguna tempatan […]

Google Fuchsia OS Dijangka Terus Menjayakan Android Dalam Tempoh Sekitar 5 Tahun

Julai 19, 2018 0

Projek Fuchsia bukan sesuatu yang baru, malah telah dibangunkan dalam bentuk sumber terbuka oleh Google sejak sekitar dua tahun lepas. Pihak Google sendiri tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan sistem operasi yang sedang dalam pembangunan berkenaan sehingga kini. Seperti pernah dikongsikan sebelum ini, Projek Fuchsia sedang dibangunkan daripada asas, dan dijangka akan menawarkan sekuriti dan prestasi […]

Harga Huawei Nova 3, Nova 3i sah bawah RM1,900

Julai 19, 2018 0

Sah! Dua model Nova akan diperkenalkan Huawei esok iaitu Nova 3 dan Nova 3i. Nova 3 dan Nova 3i yang masing-masing mempunyai empat kamera iaitu dua di depan dan dua di belakang. Huawei Nova 3 berharga kurang RM1,899 manakala Nova 3i pula kurang RM1,249. Uniknya, Huawei dikatakan membawakan fungsi AI pada kamera depan dengan 8 senario langit, tumbuhan, bunga, pantai, pentas, malam dan wajah. Model Nova 3i akan menggunakan prosesor Kirin 710 iaitu 4 x cortex A73 2.2GHz+ 4 x cortex A53 1.76GHz. Manakala Nova 3 akan menggunakan Kirin 970. Manakala RAM pula 4GB (Nova 3i) dan 6GB (Nova 3) dengan ROM 128GB. Khabarnya, Nova 3i mempunyai skrin 6.3 inci FHD+ iaitu 6% lebih besar berbanding Nova 2i berasaskan nisbah skrin 19.5:9 (2340 x 1080). Skrinnya lebih cerah berbanding Nova 2i dengan 85% warna NTSC gamut. Jika Nova 2i mempunyai ratio-to-body 76%, Nova 3i pula 81%. Menariknya, ia dikatakan mempunyai watna aurora gabungan violet dan biru. Untuk rekod, warna Twilight pada P20 Pro adalah ungu dan biru. Kamera pula menyaksikan ia mempunyai kamera belakang 24MP+2MP.

The post Harga Huawei Nova 3, Nova 3i sah bawah RM1,900 appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Hannah Delisha suka A…………

Julai 19, 2018 0

“Hannah suka ciri AI dan low light sebab tak perlu lagi Hannah nak setup apa-apa bila ambil gambar,” itulah antara pilihan ciri Hannah Delisha apabila diajukan soalan tentang model terbaru Huawei Nova 3 dan Nova 3i. Bukan sekadar jawapan ‘selamat’ memandangkan beliau duta bagi produk Nova, Hannah kelihatan memahami ciri-ciri unik Nova 3 dan Nova 3i tanpa kekok menggunakan fon ini. Tidak sekadar itu, Hannah sendiri mampu mengajar pengguna yang ada ketika pelancaran Huawei Nova 3 dan Nova 3i tentang fungsi-fungsi dalam telefon tersebut selain berswafoto bersama. “Tentulah ciri AI membantu menangkap gambar kerja a ia secara automatik mengesan kesesuaian keadaan persekitaran dan objek. Lagi-lagi boleh pula digunakan untuk kamera depan bagi AI ini,” kata Hannah. Huawei Nova 3i berharga RM1,249 manakala Nova 3 pula RM1,899. Uniknya, Huawei dikatakan membawakan fungsi AI pada kamera depan dengan 8 senario langit, tumbuhan, bunga, pantai, pentas, malam dan wajah. Model Nova 3i akan menggunakan prosesor Kirin 710 iaitu 4 x cortex A73 2.2GHz+ 4 x cortex A53 1.76GHz. Manakala Nova 3 akan menggunakan Kirin 970. Manakala RAM pula 4GB (Nova 3i) dan 6GB (Nova 3) dengan ROM 128GB. Khabarnya, Nova 3i mempunyai skrin 6.3 inci FHD+ iaitu 6% lebih besar berbanding Nova 2i berasaskan nisbah skrin 19.5:9 (2340 x 1080). Skrinnya lebih cerah berbanding Nova 2i dengan 85% warna NTSC gamut. Jika Nova 2i mempunyai ratio-to-body 76%, Nova 3i pula 81%. Menariknya, ia dikatakan mempunyai watna aurora gabungan violet dan biru. Untuk rekod, warna Twilight pada P20 Pro adalah ungu dan biru. Kamera pula menyaksikan ia mempunyai kamera belakang 24MP+2MP.

The post Hannah Delisha suka A………… appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Bagaimana Pengubahsuaian tulang berlaku?

Julai 19, 2018 0

Facebook 0 Twitter 0 Google+0 WhatsApp 0Shares Ramai di antara kita menganggap tulang di dalam badan kita seperti ‘tidak hidup’, hanya seperti sebuah kuburan keras yang tidak ada sebarang kehidupan di dalamnya. Tidak tuan-tuan dan puan-puan, malah tulang anda sebenarnya bertukar sepenuhnya dalam masa 7 hingga 10 tahun! Dalam rencana ini saya akan kongsikan sedikit […]

The post Bagaimana Pengubahsuaian tulang berlaku? appeared first on Root of Science.

Video Acah MSI Menunjukkan AMD Mungkin Hadir Dengan CPU Ryzen 2 Dengan Lebih Dari Lapan Teras Fizikal

Julai 19, 2018 0

Pelbagai pembuat komponen komputer bakal hadir dengan papan induk B450 yang boleh digunakan bersama-sama dengan CPU AMD Ryzen 2 yang sudahpun hadir di pasaran. Apa yang menarik di sini ialah AMD dikatakan bakal hadir dengan beberapa lagi model CPU, dan terdapat ura-ura yang menyatakan bahawa diantara CPU-CPU tersebut hadir dengan sejumlah teras fizikal yang cukup […]