Aplikasi Opera Max Tidak Lagi Boleh Dimuat Turun Dari Google Play

Ogos 14, 2017 0

Opera Max ialah aplikasi yang digunakan bagi mengurangkan penggunaan data ketika melayari web dan aplikasi popular seperti Facebook. Ia diperkenalkan pada tahun 2014 dan amat berguna bagi mereka yang menggunakan talian pra-bayar dengan kuota yang kecil. Opera hari ini mengumumkan penghentian sokongan kepada aplikasi ini, Pada waktu yang sama aplikasi ini tidak lagi boleh dimuat […]

Huawei P10 Kini Ditawarkan Dalam Warna Hitam Berkilat

Ogos 14, 2017 0

Ketika dilancarkan pada Februari yang lalu, Huawei P10 ditawarkan dalam enam warna iaitu hitam, emas, ros merah jambu, putih, biru dan hijau. Hari ini sebuah lagi warna baru ditawarkan iaitu Bright Black. Bright Black berbeza dengan warna hitam sebelum ini di mana ia mempunyai kemasan yang berkilat bukannya matte.Di China Huawei P10 Bright Black ini […]

ARISE Sound System™ – Maksimakan Bunyi Smartphone Anda Dengan Pemprosesan Audiophile

Ogos 14, 2017 0

Kembali lagi untuk tips-tips berguna bagi pembaca. Daripada seorang pengguna, untuk pengguna. Untuk artikel kali ini, saya akan menyentuh topik audio pada peranti android anda.

Tutorial Bergambar Pemasangan Mod Audio ARISE Sound System™

Ogos 14, 2017 0

Hai. Bertemu lagi kita di sini. Buat apa kat sini? Pening baca instruction dekat forum XDA ke? Hahaha… ok, jangan takut jangan khawatir, itu kentut

Kini Anda Boleh Dengar Lagu di Youtube Sambil Menggunakan Aplikasi Lain di Android

Ogos 14, 2017 0

Hai, saya lagi. Tak boring ke asyik baca tips je? Buat ke tak tips-tips kami kongsi ni? Tak kan baca saja kot? 😆😆😆 Untuk artikel

Honor VR Adalah Antara Kamera 360 Termurah Yang Boleh Dibeli Di Malaysia

Ogos 14, 2017 0

Jika anda tercari-cari kamera yang boleh menghasilkan panorama keliling ataupun kamera untuk ber-Facebook Live secara 360 darjah, Honor VR boleh menawarkan penyelesaiannya. Honor VR adalah kamera berbentuk sfera hasil kerjasama Honor dan Insta360. DirectD dilihat sudah menyenaraikan produk ini dilaman web mereka pada harga RM599. HONOR VR CAMERA THE MOST PORTABLE 360-DEGREE CAMERA! Suitable for all android with usb type C. Available in blue… Posted by DirectD on Sunday, August 13, 2017 Seperti kebanyakkan kamera 360 yang lain, Honor VR memiliki dua sensor yang diletakkan bertentangan antara satu sama lain bersama dua lensa berapertur F2.4. Kamera ini mampu menangkap gambar bersaiz 3008 x 1504 dan video 2560 x 1280 pada kadar 30 FPS. Selain menjadi kamera 360, ia juga boleh menjadi webcam untuk sidang video Skype. Honor VR memiliki spesifikasi hampir sama dengan insta360 Air yang sudahpun dijual oleh insta360 pada harga USD129 (~RM553). Cara menggunakan kamera ini adalah dengan memasukkan kakinya pada port USB telefon sebelum melancarkan aplikasi Honor VR pada Android masing-masing. Yang pelik, jika kamera sudah disumbat pada port USB telefon, ke manakah kabel pengcas harus pergi untuk membekalkan kuasa terus menerus semasa bersiaran langsung? [Sumber: DirectD, Insta360]

The post Honor VR Adalah Antara Kamera 360 Termurah Yang Boleh Dibeli Di Malaysia appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Tidak mudah mengalah bawa Team Liquid juara The International 2017

Ogos 14, 2017 0

Sebagai juara kejohanan terulung Dota 2 The International edisi ketujuh (TI7), Team Liquid membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah USD10.8 juta (~RM46.3 juta). Mereka berjaya memenangi hadiah ini selepas menewaskan lawan mereka, Newbee dari China yang turut membawa pulang hadiah lumayan, wang tunai sebanyak USD3.9 juta (~RM16.7 juta). The International 2017 kali ini menyediakan hadiah wang tunai terkumpul berjumlah USD24 juta (~RM103 juta). Untuk pasukan di tempat terakhir (tempat ke-17 & 18), mereka masih membawa pulang wang tunai sebanyak USD61,648 (~RM264,716). Jadual perlawanan (Liquipedia DotA 2) Laluan Team Liquid untuk sampai ke peringkat akhir bukanlah mudah. Walaupun mereka berada di tangga teratas Kumpulan A dan memasuki Upper Bracket (UB), mereka tewas di pusingan pertama yang menurunkan mereka ke Lower Bracket (LB). Dari situ, mereka terpaksa menempuh laluan lebih panjang untuk muncul sebagai pemenang LB. Team Liquid terus mengejutkan orang ramai di pusingan akhir, apabila berjaya menewaskan Newbee dalam tiga perlawanan pertama (dari lima perlawanan terbaik), sekaligus membawa pulang 44% dari jumlah hadiah terkumpul. Dalam kisah lain, pencapaian terbaik peserta Malaysia yang menyertai TI7 adalah “Ahfu” Tue Soon Chuan, ahli pasukan LGD.Forever Young (LFY) yang menduduki tempat ketiga dengan hadiah untuk kumpulan berjumlah USD2.5 juta (~RM10.7 juta). Peserta Malaysia yang lain pula adalah “Ohaiyo” Khoo Chong Xin dan “Ahjit” Lai Jay Son dari pasukan Fnatic yang tewas di pusingan kumpulan, serta “MidOne” Zheng Yeik Nai dari Team Secret yang kalah dalam pusingan LB. The International 2017 yang dianjurkan oleh Valve, merupakan kejohanan eSukan yang menawarkan hadiah paling banyak buat masa ini. Ia mengumpulkan 18 pasukan terbaik dari seluruh dunia, dengan perlawanan pusingan akhir diadakan di Seattle, Amerika Syarikat. [SUMBER: Polygon, TheStar]

The post Tidak mudah mengalah bawa Team Liquid juara The International 2017 appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Ticwatch – Jam Tangan Pintar Android Wear Mampu Milik Dilancarkan

Ogos 14, 2017 0

Penggunaan jam tangan pintar masih lagi di tahap rendah. Ramai pengguna masih belum menemui sebab itu membelanjakan wang ringgit yang tinggi bagi memilikinya. Rata-rata harga jualannya di Malaysia melangkaui RM1000 dan ini adalah lebih mahal dari sesetengah peranti Android kelas pertengahan. Oleh itu Ticwach dihasilkan dengan harga jualan mesra poket,  Dua versi Ticwatch dihasilkan iaitu […]

Antaramuka LG V30 Diperlihatkan- Hadir Dengan Fungsi Imbasan Wajah, Nyahkunci Suara Dan Floating Bar

Ogos 14, 2017 0

LG V30 akan dilancarkan pada penghujung bulan ini. Rekaannya telah tertiris begitu juga dengan fungsi yang bakal diperkenalkan. LG hari ini berkongsi maklumat mengenai antaramuka baru yang diperkenalkan pada peranti ini. Bermula dengan V30, antaramuka UX 6.0+ akan digunakan bersama fungsi baru iaitu imbasan wajah, nyahkungsi menggunakan suara, Floating Bar dan Graphy. Seperti Galaxy S8, […]

Razer Hadir Dengan Rekaan Warna Baru Untuk Aksesori Komputer Mereka

Ogos 14, 2017 0

Warna rasmi jenama Razer kebiasaannya hitam dengan corak berwarna hijau, tetapi kini syarikat tersebut nampaknya bakal menambahkan beberapa warna baru untuk beberapa peranti-peranti mereka, termasuklah Razer Blackwidow X Chroma, fon kepala Razer Kraken 7.1, tetikus Razer Lancehead TE dan juga pad tetikus Razer Invicta. Warna-warna terbaru ini termasuklah warna Mercury White (Putih) dan juga Gunmetal Grey (Kelabu) disamping warna […]