Oppo F3 Dilancarkan – Dilengkapi Dwi-Kamera Selfie

Mei 5, 2017 0

Mac yang lalu Oppo F3 Plus dilancarkan dengan sistem selfie dwi-kamera. Hari ini Oppo F3 dilancarkan dengan sistem yang sama tetapi dengan beberapa perbezaan spesifikasi. Pertama sekali skrin lebih kecil 5.5″ 1080P dipadankan dengan pemproses MediaTek MT6750T, RAM sebesar 4 GB dan storan 64 GB. Kamera utama sebesar 13-Megapixel digunakan bersama dwi-kamera 16+8 Megapixel pada […]

(Konsep) Elbow – Pemain Kaset Kompak Mudah Alih

Mei 5, 2017 0

Bagi mereka yang membesar di dekad 90an, pemain kaset Walkman ialah peranti yang harus dimiliki. Ia adalah iPod untuk generasi tersebut. Tetapi kita kini di tahun 2017 dan amat sukar untuk mencari Walkman apatah lagi kedai yang masih menjual kaset. Koleksi kaset yang kami miliki juga kini mengumpul debu kerana tiada pemain kaset di rumah. […]

Qualcomm Mungkin Akan Melancarkan Snapdragon 635 dan 630 Pada 9 Mei Hadapan

Mei 5, 2017 0

Qualcomm sudahpun mengesahkan akan mengadakan majlis khas pada 9 Mei hadapan. Ia berkemungkinan besar adalah acara pelancaran rasmi Snapdragon 660 yang akan menggantikan Snapdragon 652. Hari ini kedengaran ura-ura Qualcomm turut akan melancarkan dua lagi pemproses baru pada acara yang sama. Ini adalah menurut Roland Quandt yang kerap kali meniriskan maklumat yang boleh dipercayai. Adalah […]

Jualan iPad Terus Menjunam Tetapi Apple Kekal Di Tangga Pertama Pengeluar Tablet

Mei 5, 2017 0

Bukan lagi rahsia bahawa jualan tablet semakin menurut sejak tiga tahun kebelakangan ini. Saingan dari telefon pintar dengan skrin lebih besar serta keengganan pengguna membeli model baru setiap tahun menyumbang kepada trend penurunan ini. Angka terbaru jualan tablet untuk suku pertama 2017 dikeluarkan oleh IDC. Seperti yang dijangka penyusutan sekali lagi dicatatkan berbanding suku yang […]

U Mobile Mengumumkan Empat Konsert Melalui Unlimited Ideas Groove Calendar

Mei 5, 2017 0

U Mobile hari ini memperkenalkan kalendar konsert Unlimited Ideas Groove Calendar, dimana syarikat telekomunikasi tersebut akan menganjurkan dan menaja beberapa buah konsert sepanjang tahun 2017 di Malaysia. Pesta muzik dan konsert tersebut termasuklah Upfront, Urbanscapes, Good Vibes Festival dan juga Ed Sheeran Malaysia Tour. Bagi para pelanggan U Mobile yang gemar menghadiri acara-acara seperti ini, syarikat […]

LG Membuka Pusat Inovasi Di Rantau Asia Tenggara Menyasarkan Perusahaan

Mei 4, 2017 0

LG merupakan salah satu syarikat yang tidak asing lagi dalam pengeluaran panel skrin untuk digunakan bagi pelbagai tujuan. Terkini, dalam memperkukuhkan lagi kedudukan mereka, selain memudahkan pengguna perusahaan mendapatkan penawaran terbaru dan terkini daripada LG, syarikat gergasi dari Korea Selatan berkenaan telah pun membuka sebuah pusat inovasi di Asia Tenggara. Melalui Pusat Inovasi LG yang […]

HTC U Ultra Sapphire Edition Mula Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM2999

Mei 4, 2017 0

HTC Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan penurunan harga jualan untuk HTC U Ultra, dan kini, selain daripadanya, HTC Malaysia juga dilihat telah mula menawarkan satu lagi versi khusus peranti berkenaan, iaitu yang dinamakan sebagai HTC U Ultra “Sapphire Edition”. Secara keseluruhan, telefon pintar ini hadir dengan spesifikasi yang lebih kurang sama, iaitu skrin bersaiz 5.7-inci […]

MYNIC Membuka Pendaftaran Sebagai Penyumbang Kreatif Untuk KreatifMarket

Mei 4, 2017 0

MYNIC merupakan salah satu nama yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam pembangunan web. Ini kerana, mereka merupakan agensi yang mengawal pendaftaran nama domain di Malaysia, iaitu nama domain yang berakhir dengan .MY. Kini, selain daripada hanya menjual nama domain, MYNIC juga dilihat melihat kepada beberapa projek pembangunan komuniti. Bagi anda yang mengikuti perkembangan […]

Windows 10 Creators Update: Kemaskini Mega Yang Dinanti-Nantikan

Mei 4, 2017 0

Baru-baru ini saya menerima satu ‘mesej’ ataupun ‘pesanan’ dari sistem operasi Windows 10 itu sendiri yang meminta saya untuk mengemaskini sistem kepada versi terbaru, menggunakan

OnePlus Melepaskan Kemaskini OxgenOS Beta 15 (OnePlus 3) dan Beta 6 (OnePlus 3T)

Mei 4, 2017 0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai produk OnePlus.OnePlus melepaskan kemaskini Beta bagi kedua-dua peranti hebat mereka, iaitu OnePlus 3 dan 3T.Nama kemaskini