Honor 8 Pro Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 11 Julai

Julai 3, 2017 0

Honor Malaysia sebelum ini telah hadir dengan beberapa teaser untuk telefon pintar Honor 8 Pro mengatakan ia bakal dipasarkan di Malaysia bermula Julai ini. Hari ini, pengeluar telefon pintar berkenaan turut telah mula menghantar jemputan media untuk pelancaran Honor 8 Pro secara rasmi di Malaysia pada 11 Julai kelak. Honor 8 Pro merupakan salah satu […]

Sony Menjadualkan Sesuatu Berkaitan PlayStation Di Malaysia Pada 5 Ogos

Julai 3, 2017 0

Sony hari ini melalui laman PlayStation Asia mengumumkan mereka menjadualkan sesuatu untuk para pengguna tempatan pada 5 Ogos 2017 kelak. Maklumat penuh berkaitan dengannya masih tidak diketahui, dan mungkin dikongsikan pihak Sony secara berperingkat menjelang tarikh berkenaan. Buat masa ini, kebanyakkan produk perkakasan Sony telah sedia ditawarkan untuk pengguna tempatan, dan Sony jarang membuat sebarang […]

HP Kini Menawarkan Pencetak Mudah-Alih Yang boleh Dibawa Dalam Poket Seluar Pada Harga RM599

Julai 3, 2017 0

HP telah memperkenalkan sebuah pencetak mudah-alih yang mudah dibawah nama HP Sprocket pada tahun lepas, dan kini HP Malaysia telah pun membawa masuk pencetak mudah-alih berkenaan untuk pasaran tempatan. HP Sprocket boleh berhubung ke telefon atau tablet melalui Bluetooth, dan pengguna boleh mencetak terus melaluinya. HP Sprocket menggunakan kertas berasaskan ZINK Zero Ink untuk tujuan […]

Pemutar Kegelisahan Dengan Bluetooth Dilaporkan Meletup Ketika Sedang Dicas

Julai 3, 2017 0

Kegilaan pemutar kegelisahan sudah mencapai kemuncaknya sejak sebulan yang lalu. Kini terdapat versi yang dilengkapi pembesar suara yang membolehkan muzik dimainkan menerusi tambahan Bluetooth. Di Amerika syarikat sebuah pemutar kegelisahan dengan pembesar suara dilaporkan meletup ketika sedang dicas. Kejadian berlaku di Michigan Amerika Syarikat. Alat permainan ini meletup ketika sedang dicas. Pemiliknya Michelle Carr berkata […]

Samsung Dilaporkan Membelanjakan $21 Billion Untuk Membuka Kilang Skrin OLED Bagi Memenuhi Keperluan Apple

Julai 3, 2017 0

Pengeluar skrin OLED bagi peranti pintar terbesar di dunia ialah Samsung. Gergasi Korea Selatan ini sudah bertahun menggunakan skrin OLED pada peranti pintar keluaran mereka. Kos penghasilan panel kini semakin murah dan hasilnya permintaan meningkat dengan mendadak. Bagi memenuhi keperluan yang semakin meningkat, Samsung dilaporkan membelanjakan $21 Billion (~RM 90 Billion) untuk membuka kilang OLED […]

Meizu A5 Dilancarkan Dengan Pemproses MediaTek MT6737

Julai 3, 2017 0

Meizu A5 dilancarkan hari ini dan merupakan peranti pertama di bawah siri A mereka. Peranti kelas pertengahan ini dilengkapi skrin 5″ HD, diperkasakan pemproses MediaTek MT6737, memori sebesar 2GB RAM dan storan sebesar 16GB. Kamera utama adalah sebesar 8-Megapixel f/2.0 manakala kamera hadapan pula sebesar 5-Megapixel f/2.2. Sebuah bateri sebesar 3060 mAh dibekalkan sebagai sumber […]

PickNGo – Satu Lagi Aplikasi Memfokuskan Tempahan Teksi Di Kuala Lumpur

Julai 3, 2017 0

Pada hari ini, terdapat beberapa aplikasi tempahan pengangkutan popular untuk ke sesuatu destinasi – termasuk yang popular adalah Grab dan juga Uber. Paling terkini, satu lagi aplikasi baru yang diperkenalkan untuk pengguna di Kuala Lumpur memfokuskan kepada tempahan teksi adalah PickNGo. PickNGo memfokuskan kepada teksi semata-mata, dimana pengguna boleh menempah teksi bajet, Teks1m, dan juga […]

Samsung SDI Dilaporkan Sedang Membangunkan Bateri Solid State

Julai 3, 2017 0

Tahun lalu kita tidak boleh lari dari mendengar berita letupan yang berlaku pada Samsung Galaxy Note 7. Masalah pengilangan dan rekaan pada bateri adalah penyebabnya. Samsung terpaksa menarik semula jualan Galaxy Note 7 bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Realitinya ialah bateri Li-ion yang digunakan pada kesemua peranti mempunyai risiko meletup jika tidak digunakan dengan […]

Helmfon – Topi Keledar Mengurangkan Gangguan Di Tempat Kerja

Julai 3, 2017 0

Adakah anda menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian di tempat kerja? Rakan sebelah meja memainkan lagu pada tetapan bunyi yang tinggi sehingga sukar berfikir? Anda mungkin memerlukan Helmfon. Ia sebuah topi keledar yang direka untuk memudahkan pengguna menumpukan perhatian. Helmfon direka untuk menapis sebarang bunyi luaran dengan menggunakan sistem noise cancellation terbina. Pada waktu yang sama […]

[Review] Tronsmart Presto 10000mAh Quick Charge 3.0 Power Bank

Julai 3, 2017 0

Kalau di Malaysia ni, biasanya jenama power bank yang paling popular dan dikenali ramai dah tentu Pineng. Popularitinya sampai anak kecil pun tahu. Namun sebenarnya