Penantian 100 tahun gelombang graviti kini berakhir!

Januari 27, 2017 0

Pada 14 September 2015, pukul 9.50 pagi, dua alat pengesan Laser Interferometer Gravitational-Wave Observatory (LIGO) telah mengesan isyarat gelombang graviti yang berjulat di antara 35 – 250 Hz dan memberi gangguan kepada struktur ruang (dipanggil strain, h) sebanyak 1.0 x 10-21. Apa yang menariknya, gelombang ini sepadan dengan bentuk gelombang yang diramalkan oleh teori relativiti umum Albert Einstein yang dirangka hampir 100 tahun sebelum itu. Penemuan ini telah diumumkan oleh Pengarah Urusan LIGO, David Reitz pada 12 Februari 2016 pukul 10.30 pagi waktu EST apabila beliau berkata secara langsung dihadapan media dan lebih kurang 84 ribu penonton atas talian di laman sesawang Youtube, “ladies and gentlemen, we have detected gravitational waves. We did it!” Pengumuman bersejarah ini telah disambut oleh tepukan meriah daripada para media dan dari penulis sendiri pun menyambutnya dengan tepukan ketika menonton sesi tersebut dari rumah. Teori relativiti umum diasaskan oleh Einstein pada tahun 1915, iaitu 10 tahun sesudah Einstein menghasilkan teori relativiti khas beliau. Pada tahun berikutnya iaitu tahun 1916, barulah Einstein menjangkakan kewujudan gelombang graviti yang dijumpai oleh LIGO baru-baru ini. Menurut Einstein, gelombang graviti ini bergerak dengan kelajuan cahaya, c dan mempunyai amplitud yang teramat kecil. Ahli fizik mempunyai keyakinan yang berbeza akan kewujudan ...

Apakah Ledakan Pantas Radio (Fast Radio Burst, FRB) membuktikan kewujudan alien?

Januari 27, 2017 0

Ledakan Pantas Radio, FRB adalah sejenis gelombang radio bertenaga tinggi yang berasal daripada angkasa lepas. Ia akan muncul dalam beberapa mili saat sahaja dan berasal dari luar kawasan galaksi bima sakti. Sinarannya malah lebih tinggi daripada pancaran matahari selama sebulan! Persoalannya apakah punca bagi FRB? Tiada siapa yang tahu dari mana mereka berasal. Sebahagian saintis mendakwa ia daripada makhluk asing dari angkasa lepas. Sebahagian mendakwa ia berasal daripada bintang neutron yang meletus di angkasa. Namun, jika benar FRB berasal dari bintang neutron, mereka tidak pernah pula memerhatikan bintang neutron memancarkan isyarat aneh seperti FRB? Sebahagian yang lain mendakwa ia berpunca daripada lohong hitam, dan banyak lagi tekaan-tekaan yang dibuat oleh saintis berkenaan punca FRB ini datang. Saintis menamakan FRB berasaskan tarikh ianya direkodkan iaitu dalam susunan YYMMDD (Year – Month – day), sebagai contoh jika tarikh FRB direkodkan ialah 13 Januari 2016, maka FRB nya dinamakan sebagai FRB 160113. FRB pertama sekali dikesan oleh David Narkevic pada tahun 2001, iaitu seorang pelajar sarjana muda di Universiti West Virginia di Amerika Syarikat. Untuk mengesan FRB, kebanyakan satelit akan menghala kepada kumpulan buruj (constellation) Auriga, dimana kebanyakan punca FRB berasal daripada sana. Dari sanalah saintis mengesan sebanyak 11 isyarat FRB semenjak tahun 2012 ...

Apakah Supernovae & hypernova?

Januari 27, 2017 0

Pendahuluan Kecerahan bagi bintang tidak sama pada setiap masa. Adakalanya ia sangat cerah, dan adakalanya ia menjadi malap. Sesebuah bintang yang pada asalnya malap boleh menjadi terang secara tiba-tiba dan kemudian beransur malap semula sedikit demi sedikit dalam masa beberapa hari, minggu atau bulan. Perubahan daripada kecerahan yang malap kepada keerahan yang tinggi pula berlaku dalam masa yang singkat dan secara tiba-tiba pula. Itulah sebabnya ahli astronomi kadang kala memerhatikan “kelahiran” bintang yang baru secara tiba-tiba kerana wujudnya pancaran cahaya yang terang tadi. Sebenarnya, ia bukan kelahiran bintang yang baru, sebaliknya merupakan bintang yang lama, cuma kecerahannya sahaja yang berubah secara tiba-tiba. Definisi dan jenis Sebelum mengetahui apakah maknanya supernovae ataupun hypernovae, maka eloklah diketahui apakah makna di sebalik perkataan itu sendiri. Nova ertinya bintang (Plural : Novae). Perkataan nova bermaksud baru / new dalam latin. Supernova ertinya “super” nova. Hypernova pula ertinya super super, nova. Sebelum memahami hypernova, maka lebih elok versi supernova di fahami terlebih dahulu. Supernova adalah sebuah letupan yang terhasil daripada bintang yang 1.39 kali lebih besar daripada matahari. Ia dikenali juga sebagai had Chandrasekhar. Sebelum proses letupan berlaku, peringkat sebelumnya di sebut juga sebagai leluhur ataupun progenitor. Apabila meletup ia dikenali pula sebagai supernovae. Apabila dihasilkan, supernovae akan ...

Apakah keadaan matahari dahulu, kini dan 10 bilion tahun akan datang?

Januari 27, 2017 0

Tidak ada manusia pun di dunia ini dapat menyaksikan proses kelahiran dan kematian bintang. Ini kerana proses tersebut memakan masa bukan 10 atau 20 tahun tetapi berjuta malahan berbilion tahun! Jadi, siapakah manusia yang pernah hidup selama berjuta dan berbilion tahun? Jawapannya tidak ada. Jika tidak ada manusia yang hidup selama berjuta atau berbilion tahun, bermakna tidak ada manusia yang berpeluang menyaksikan proses penuh kelahiran dan kematian bintang. Sungguhpun begitu ahli astronomi mempunyai teori yang kukuh dan teruji ketepatanya mengenai proses bintang-bintang dilahirkan dan mati. Persoalannya bagaimana saintis tahu akan kejadian yang berlaku berbilion tahun lepas? Jawapannya pada berbilion bintang-bintang yang terdapat di angkasa raya. Ia memberikan contoh dan teladan yang cukup  kepada saintis untuk menggambarkan proses kelahiran dan kematian sesebuah bintang. Seumur hidupnya, bintang akan menjalani proses pelakuran nuklear (nuclear fusion) yang menukar gas-gas hidrogen kepada gas-gas helium. Proses ini dinamakan juga sebagai core-hydrogen burning dalam istilah astronomi. Dalam astronomi, istilah pembakaran selalunya bermaksud proses nuklear. Ia tidak sama dengan apa yang kita faham dengan istilah pembakaran iaitu membakar sampah dsb. Hydrostatic Equilibrium Bintang mempunyai 2 tekanan yang saling mengimbangi antara satu sama lain. Keseimbangan antara 2 tekanan ini dikenali juga sebagai hydrostatic equilibrium. 2 tekanan yang dimaksudkan adalah teanan tolakan ...

Ketahui apakah jenis-jenis galaksi & ciri-cirinya?

Januari 27, 2017 0

Galaksi adalah sebuah sistem yang terdiri daripada bintang-bintang, gas-gas (terutama hidrogen), habuk-habuk dan jirim gelap yang mengorbit pada satu pusat yang sama. Kesemua unsur ini akan diikat oleh tarikan graviti. Setiap galaksi mempunyai jumlah bintang yang berbeza-beza. Ada yang mempunyai jumlah sebanyak 10 juta bintang, malah ada galaksi yang mempunyai jumlah yang menjangkau 10 trilion bintang-bintang! Galaksi dimana bumi berada bernama galaksi bima sakti atau milky way. Bima sakti terdiri daripada 200 bilion bintang, dimana matahari merupakan salah satu daripadanya. Apakah jenis-jenis galaksi? Galaksi diumpamakan seperti pulau-pulau di alam semesta dan ia datang dalam pelbagai bentuk dan saiz. Sehingga ke hari ini, saintis masih belum sepenuhnya pasti bagaimanakah galaksi dilahirkan dan mempunyai pelbagai bentuk tersebut. Pada tahun 1936, Edwin Hubble telah menyusun bentuk-bentuk galaksi di dalam susunan yang dikenali “Hubble Sequence”. Bentuk galaksi dalam Hubble sequence adalah : Elips / Elliptical Hubble menyusun bentuk-bentuk galaksi dari E0 (berbentuk bulat) sehinggalah E7 (Paling elips). Galaksi berbentuk elips mengisi 60% komposisi di alam semesta. Galaksi elips biasanya kabur dan tidak mempunyai bintang-bintang yang cerah. Lingkaran / Spiral Galaksi bima sakti adalah contoh galaksi berbentuk lingkaran. Berbeza dengan galaksi elips, galaksi berbentuk lingkaran sangat terang dan mempunyai banyak bintang-bintang yang cerah. Galaksi ini mengisi 20% komposisi di alam ...

Letupan Supernovae ini akan mengubah iklim dunia

Januari 27, 2017 0

Apabila sesuatu bintang berada di penghujung hayatnya ia akan meletup dan adakalanya letupan ini tersangat besar sehingga  menerangi ruang angkasa. Lebih buruk lagi, jika letupan tersebut bukan sahaja besar malahan berada dekat pula dengan sistem suria maka ini akan menyebabkan penduduk-penduduk bumi dengan hujan radiasi yang banyak akibat daripada letupan tadi. Sebuah penerbitan jurnal yang diterbitkan dalam The Astrophysical Journal Letters telah mengkaji kesan letupan 2 buah supernovae yang telah berlaku sekitar 1.7-3.2 juta dan 6.5-8.7 juta tahun dahulu terhadap bumi. Penyelidik telah menggunakan simulasi komputer untuk mengkaji kesan sinaran letupan ini dan berapa banyak jumlah sinaran yang benar-benar tiba di tanah. Apa yang mereka jumpai sungguh mengejutkan. Menurut daripada simulasi mereka, kesan hujan sinaran ini akan menyebabkan cahaya yang berwarna biru berlaku di waktu malam dan ianya cukup terang sehingga mampu menngganggu binatang untuk tidur selama seminggu. Sinaran ini juga akan mendedahkan atmosfera bumi dengan pancutan sinaran kosmik pada masa yang lama. Kesan sinaran ini juga menyebabkan bumi menerima kesan radiasi kosmik yang tinggi sebanyak 20 kali ganda. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan kadar kanser dan mutasi bagi seluruh penduduk dunia. Apabila radiasi ini tiba ke atmosfera bumi, ia menyebabkan molekul-molekul mengalami ionisasi (ionized), justeru memecahkan struktur atom-atom ...

Makhluk Asing? Wujud atau Tidak?

Januari 27, 2017 0

Pada bulan September 2015, ahli astronomi telah mengkaji pancaran cahaya sebuah bintang bernama KIC 8462852. Dibandingkan dengan saiz KIC dan planet-planet sekitarnya, bintang tersebut mempunyai saiz yang jauh lebih besar. Justeru, jika terdapat sebarang planet yang melintasi di depannya, gangguan pancaran cahaya yang tiba ke teleskop saintis sepatutnya amatlah kecil. Bahkan jika planet Jupiter melintasi matahari sekalipun, gangguan cahaya hanya berlaku pada kadar 1%. Namun, saintis dapati gangguan cahaya yang berlaku pada KIC sangat tinggi iaitu sebanyak 22%. Perkara ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Perkara ini mendapat liputan meluas di kalangan media-media barat kerana terdapat saintis yang berpendapat, kemerosotan melampau ini mungkin disebabkan suatu tamadun asing yang wujud di luar sistem solar kita. Iya, pastinya terdapat alasan lain yang kurang sensasi dari alasan makhluk asing. Terdapat saintis yang menyanggah idea tersebut, sebaliknya ia di sebabkan oleh lintasan komet di angkasa raya.  Namun, ia tidak dipersetujui oleh Bradley Schaefer daripada University of Louisana State. Setelah membentangkan data-data, beliau mendakwa penurunan tersebut bukannya perkara yang abru sahaja berlaku, sebaliknya telah berlarutan sejak 100 tahun yang lepas. Menurut kiraannya, sebanyak 650,000 komet diperlukan pada waktu ini bagi menyebabkan penurunan sebanyak 22% di mana menurut Schaefer ia sesuatu yang “completely Implausible”. Kajian berkenaan ...

Merungkai Misteri Alam Semesta – Lohong Hitam

Januari 27, 2017 0

Dimensi yang sedang kita duduki sekarang dikenali sebagai dimensi ruang dan masa. Ruang mempunyai 3 komponen iaitu x,y dan z ditambah pula dengan faktor masa,t maka menjadikan dimensi yang kita duduki sekarang dikenali sebagai 4 dimensi. Tetapi apakah kita hanya mempunyai 4 sahaja dimensi ataupun lebih dari itu? Menurut ahli fizik teori, sebenarnya kita bukan sahaja ada 4 dimensi tetapi ada 11 dimensi. Di setiap dimensi, undang- undang fizik adalah tidak sama. Contohnya hukum graviti Einstein hanya terpakai di ruang 4 dimensi sahaja dan akan berubah apabila kita memasuki ke dimensi yang lebih tinggi dari itu, dimensi kelima sebagai contoh. Selain dari graviti, hukum masa juga akan berubah. Kita tahu masa tidak boleh diundur, tapi didalam kerangka teori fizik, masa boleh diundur. Perkara ini tak boleh terjadi dalam 4 dimensi kita, tetapi boleh berlaku dalam dimensi lebih dari itu, katalah dimensi kelima tadi. Antara dimensi dan lohong hitam Lagi satu, untuk berhubung diantara satu dimensi dengan dimensi yang lain mestilah dengan kehadiran daya graviti yang kuat. Blackhole adalah objek angkasa lepas yang mempunyai daya graviti yang sangat kuat dan akan sedut apa sahaja. Malah cahaya pun tak boleh terlepas dari graviti blackhole ini. Jika cahaya yang tak berjisim pun tidak ...

Big Bang dan teori alam mengembang

Januari 27, 2017 0

15 bilion tahun dulu kesemua jisim dan tenaga terperangkap dalam sebuah titik yang tersangat kecil dikenali singularity. Titik tunggal ini kemudiannya telah mengembang pada kadarnya yang cepat. Dan untuk pengetahuan, ahli astronomi sendiri tidak sepenuhnya tahu apakah yang menyebabkan titik singularity tadi telah mengembang. Cuma peristiwa selepas beberapa saat titik singularity tadi berkembang dan terus berkembang sehingga hari ini dinamakan sebagai Big Bang. Kebanyakan orang mempunyai tanggapan yang salah berkenaan Big Bang. Big Bang bukan merujuk kepada suatu letupan yang besar. Sebaliknya ia merujuk kepada proses pengembangan yang berlaku pada alam semesta. Sebelum mengembang, titik tunggal ini pada asalnya berkepadatan sangat tinggi selain ia juga berkeadaan sangat panas. Setelah alam berkembang ia mula menyejuk dan menjadi kurang tumpat. Dalam tempoh kasar lebih kurang 300, 000 tahun suhu alam telah jatuh sebanyak 3000 darjah selsius. Suhu yang semakin menyejuk ini membolehkan beberapa jenis partikel terbentuk. Pertamanya partikel elektron dan proton. Kemudian mereka bergabung menjadi sebiji atom hydrogen dan atom helium. Atom hydrogen adalah atom yang paling ringan dalam jadual berkala kerana hanya terdiri daripada sebiji proton dan sebiji elektron. Alam kemudian terus mengembang, mengembang dan mengembang. Kini ia telah menjadi kurang padat berbanding ia di peringkat singularity dahulu. Dan keadaan ini ...

Gambar Samsung Galaxy S8 Tertiris – Bakal Dilancarkan Pada 29 Mac

Januari 27, 2017 0

Pelbagai desas-desus mengenai telefon pintar Galaxy S8 telah kedengaran sebelum ini. Kini, tukang tiris terkenal, @evleaks telah pun berkongsi gambar telefon yang dikatakan sebagai Galaxy S8 versi besar, dan mengatakan ia bakal dilancarkan secara rasminya pada 29 Mac 2017 kelak.