Shopplus gabung kepakaran portal e-dagang Taiwan & Malaysia

Ogos 9, 2017 0

Berbekalkan kepakaran dari Taiwan, satu portal e-dagang baru dilancarkan di Malaysia. Shopplus menyediakan pengalaman membeli-belah yang baru buat rakyat Malaysia. Di Shopplus, pembeli bukan sahaja dapat membeli barangan yang diingini, malah boleh berkongsi untuk mendapat ganjaran dan mata membeli-belah terus dari sistem. Lebih banyak rakan anda yang menyertai dan membeli-belah melalui rujukan anda, lebih banyak bonus yang akan diterima. Ketua Pegawai Teknologi Shopplus, Cheng Chun Fu menjelaskan, Shopplus memiliki rebat bonus terhebat menerusi pulangan tiga lapisan hanya dengan membeli-belah. Kami berharap ini boleh melonjakkan industri e-dagang di Malaysia ke peringkat lebih tinggi. Keunikan Shopplus dapat membantu mereka usahawan digital di Malaysia, dengan menyediakan platform dan khidmat seperti penyimpanan stok, pengiklanan, pemasaran, penghantaran dan khidmat pelanggan. Tiada platform e-dagang lain menyediakan sistem sebegini, tambah Cheng. Shopplus menggabungkan kepakaran dari Taiwan dan Malaysia dengan konsep serba baru, bagi memberi lebih manfaat kepada pengguna di Malaysia. Ia juga memudahkan orang ramai di Malaysia, mendapatkan produk khas dari Taiwan tanpa perlu menunggu lama. Portal e-dagang Shopplus boleh dilayari di alamat www.shopplus.com.my . Maklumat lanjut boleh diperolehi menerusi Facebook Shopplus, atau mendail nombor 03-61433212 dan emel [email protected]

The post Shopplus gabung kepakaran portal e-dagang Taiwan & Malaysia appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Promosi Merdeka potong harga telefon pintar Neffos

Ogos 9, 2017 0

Bulan Ogos dan September disambut rakyat Malaysia sebagai bulan kebangsaan di mana jatuhnya Hari Merdeka (31 Ogos) dan Hari Malaysia (16 September). Neffos, jenama telefon pintar oleh TP-Link mahu menghangatkan lagi sambutan kedua-dua bulan ini dengan promosi Merdeka. Dari sekarang hingga 30 September 2017, Neffos Malaysia memberi diskaun sehingga RM100 untuk pembelian telefon pintar siri-X dan siri-C. Malah, Neffos turut menyediakan jaminan selama 2 tahun untuk kedua-dua siri telefon pintar ini. Khas untuk pembeli telefon pintar Neffos siri-X, nikmati rebat tambahan RM100 dengan membawa apa jua telefon pintar lama tidak mengira keadaan dan situasi, ke mana-mana stor Neffos di seluruh negara. Jaminan gantian skrin satu kali dalam masa 12-bulan juga boleh didapati untuk pembeli siri-X, dengan bayaran RM1 sahaja. Senarai model dan harga promosi adalah seperti berikut: Neffos X1 Max – RM899 (harga asal RM 999) Neffos X1 – RM599 (harga asal RM 699) Neffos C5 Max – RM499 (harga asal RM 599) Neffos C5 – RM399 (harga asal RM 469) Neffos C5L – RM299 (harga asal RM 359) Pembeli telefon pintar Neffos juga dijamin pertukaran telefon satu-ke-satu jika tidak boleh lagi dibaiki, dalam masa tiga bulan selepas pembelian. Promosi Merdeka Neffos ini boleh didapati dari stor Neffos di seluruh negara, atau menerusi stor rasmi Neffos di Lazada. Maklumat terkini tentang promosi boleh dirujuk di Facebook Neffos Malaysia. Nur Fazura, duta telefon pintar Neffos Malaysia

The post Promosi Merdeka potong harga telefon pintar Neffos appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Earfon Jaybird Bawa Anda Terbang Ketika Berjoging 

Ogos 9, 2017 0

Jaybird adalah sebuah subsidiari kepada Logitech yang telah diambil alih pada tahun lepas. Syarikat ini menghasilkan produk earfon yang digunakan semasas melakukan aktiviti kecergasan. Terbaru, Jaybird menandakan kehadiran rasmi mereka di Malaysia menerusi Jaybird X3 dan Jaybird Freedom. Jaybird X3 Jaybird Freedom Kedua-dua earfon adalah dalam kategori earfon wayarles yang berhubung dengan sumber bunyi melalui sambungan Bluetooth. Salah satu ciri menarik mereka adalah kekalisan peluh dan percikan air yang sememangnya dilema yang kerap melanda ahli sukan yang berpeluh terlalu banyak sehingga menerobos earfon. Pad telinga yang boleh ditukar mengikut keselesaan Komponen untuk mengawal Jaybird X3 Selain itu, rekaan unik earfon ini menyebabkan ia kekal didalam terowong telinga walaupun semasa aktiviti yang intensif. Rekaan mikro Jaybird Freedom sesuai untuk digunakan bersama helmet Jaybord X3 mempunyai fizikal yang lebih besar berbanding saudaranya, Freedom. Ia hadir dengan bateri yang lebih besar untuk berikan sehingga 8 jam waktu penggunaa. Dengan 20 minit cas, ia boleh menyimpan masa penggunaan sehingga sejam. Jaybord Freedom adalah earfon terkecil pernah dihasilkan mereka. Walaupun kecil, ia masih mengekalkan waktu operasi selama 8 jam tetapi 4 jam terakhir waktu operasi hadir daripada bateri tambahan yang perlu diklip pada port pengecas. Pad pengecas yang turut miliki bateri terbina sebagai sokongan Kedua-dua produk Jaybird ini diedarkan secara eksklusif oleh Funsportz Malaysia pada harga RM669 untuk Jaybird X3 dan RM699 untuk Jaybird Freedom. Lazada turut menjual kedua-dua earfon ini dengan diskaun 10%. Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

The post Earfon Jaybird Bawa Anda Terbang Ketika Berjoging  appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Mi Sports Bluetooth Headset Mini Dilancarkan

Ogos 9, 2017 0

Selain menghasilkan telefon pintar pada harga amat mampu milik, Xiaomi turut menghasilkan aksesori audio pada harga yang sama. Semalam mereka melancarkan fon telinga Mi Sports Bluetooth Headset Mini. Fon telinga ini direka untuk kegunaan mereka yang aktif bersukan. Ia hanya seberat 14,5 gram dan adalah sedikit lebih ringan berbanding model sebelum ini. Dengan ketahanan IP4X, […]

Instagram Live Menguji Sokongan Menambah Rakan Ke Siaran Langsung Anda

Ogos 8, 2017 0

Instagram pada tahun lepas telah memperkenalkan sokongan Instagram Live yang membolehkan anda membuat siaran langsung dan berkongsi sejumlah perkara bersama rakan-rakan dan pengikut di Instagram. Hari ini, laman sosial berkenaan memperkenalkan satu lagi ciri tambahan untuk Instagram Live. Bermula hari ini, Instagram akan memperkenalkan kemudahan untuk pengguna membuat siaran langsung bersama rakan-rakan lain – walaupun […]

Spotify Kini Ditawarkan Untuk Xbox One

Ogos 8, 2017 0

Selepas desas-desus tempoh hari, kini, pihak Spotify telah pun akhirnya menerbitkan aplikasi penstriman muzik mereka untuk pengguna Xbox One, sekaligus memudahkan para pengguna konsol dari Microsoft berkenaan menikmati pelbagai lagu dengan mudah. Pemain juga boleh mendengar pelbagai lagu kegemaran ketika memainkan permainan pada konsol Xbox One mereka. Selain daripada itu, Spotify sendiri menyediakan lagu khusus […]

Intel Mengumumkan Spesifikasi CPU i9-7980XE 18 Cores

Ogos 8, 2017 0

Pemproses Intel Core i9 adalah apa yang berlaku apabila Intel mula bimbang bahawa ia mungkin tidak mempunyai pemproses terpantas dipasaran. Intel akhirnya mengumumkan spesifikasi penuh untuk pemproses Core i9 (Skylake-X), termasuk

The post Intel Mengumumkan Spesifikasi CPU i9-7980XE 18 Cores appeared first on TECHOAIS.COM.

DNA, Mutasi dan Kanser

Ogos 8, 2017 0

KANSER? Kanser adalah suatu nama yang digeruni. Kanser tidak berjangkit dan boleh menyerang sesiapa sahaja tidak mengenal usia atau keturunan. Kanser juga bukan selalunya diakibatkan oleh jangkitan dan tiada patogen yang menyebabkan kanser secara langsung. Kanser diakibatkan oleh sel-sel yang membahagi secara tidak terkawal dan merebak ketisu yang berhampiran. Kebanyakan sel normal dalam tubuh kita […]

The post DNA, Mutasi dan Kanser appeared first on Root of Science.

Rekaan iPhone 8 Tertiris Menggunakan Skrin Menyeluruh Dan Bingkai Yang Nipis

Ogos 8, 2017 0

@evleaks merupakan nama yang tidak asing lagi dalam arena ketirisan gambar peranti jauh sebelum ia dilancarkan. Terkini, beliau turut berkongsi sebuah gambar baru yang diperkatakan sebagai telefon pintar iPhone 8 akan datang. Daripada gambar yang dikongsikan, ia memperlihatkan rekaan semua skrin pada bahagian hadapan – dan membawakan rekaan sedikit menyerupai kaedah Essential Phone, dimana bahagian […]

Intel Memperkenalkan Storan SSD Bersaiz Pembaris – Dengan Storan Sehingga 10 Petabyte

Ogos 8, 2017 0

Rekabentuk komponen komputer seperti cakera keras dan SSD tidak banyak berubah semenjak ianya diperkenalkan bertahun-tahun lalu. Perubahan terbaru yang dilihat hanya pada storan-storan yang menggunakan sambungan M.2 dan U.2. Terkini, Intel baru sahaja memperkenalkan sebuah storan baru yang menggabungkan teknologi 3D NAND mereka bersama-sama dengan storan Intel Optane untuk menghasilkan sebuah rekabentuk baru yang kelihatan […]