SanDisk Memperkenalkan Kad SD 1TB Yang Pertama Di Dunia

Januari 26, 2017 0

Resolusi yang lebih tinggi membuatkan saiz file video dan imej yang lebih besar, tetapi kita bernasib baik kerana teknologi kapasiti memori flash mengikuti trend peningkatan saiz fail dengan tambahan storan.

The post SanDisk Memperkenalkan Kad SD 1TB Yang Pertama Di Dunia appeared first on TECHOAIS.COM.

Great Scott!!! Kasut Nike Bertali Automatik ‘Back to the Future’ akan berada Dipasaran Pada 28 November

Januari 26, 2017 0

Nike HyperAdapt 1.0 akhirnya mempunyai tarikh keluaran, kasut yamg mempunyai tali kasut yang boleh diikat secara automatik akan berada dipasaran kepada pembeli di Amerika Syarikat pada 28 November ini.

The post Great Scott!!! Kasut Nike Bertali Automatik ‘Back to the Future’ akan berada Dipasaran Pada 28 November appeared first on TECHOAIS.COM.

Doom Deathmatch Kini Boleh Dimuat Turun Dengan Percuma

Januari 26, 2017 0

Naik taraf percuma permainan “Doom ‘pada telah diumumkan oleh Bethesda. Update ini membawa dua mod baru yang setiap peminat permainan video inginkan– Deathmatch dan Private Matches.

Deathmatch pada mod

The post Doom Deathmatch Kini Boleh Dimuat Turun Dengan Percuma appeared first on TECHOAIS.COM.

Dragon Quest Builder Lagi Best Dari Minecraft?

Januari 26, 2017 0

Baik sepanjang percubaan saya bermain permainan dragon quest builder demo (eng ver) ini, sy merasakan ianya hampir sama dengan permainan minecraft, malah bagi saya ianya umpama melengkapkan apa yang kurang

The post Dragon Quest Builder Lagi Best Dari Minecraft? appeared first on TECHOAIS.COM.

Kenali Satyendra Nathan Bose saintis genius dari India

Januari 26, 2017 0

Apakah suhu paling sejuk? Kebiasaanya, suhu paling sejuk bagi manusia ialah suhu takat beku ataupun freezing point. Suhu ini bersamaan juga dengan 0 oc ataupun 273 Kelvin. Tetapi apakah had maksimum bagi kesejukan? Dalam thermodynamics, suhu kesejukan maksimum disebut juga absolute zero iaitu bersamaan dengan -273 selsius ataupun 0 Kelvin. Apakah maksud absolute zero? Absolute zero adalah had kesejukan maksimum yang mampu dicapai oleh sesuatu objek. Inilah suhu paling sejuk. Tak boleh lebih sejuk lagi dah daripada suhu ini. Apakah yang berlaku pada zarah di suhu absolute zero? Perkara ini telah dibincangkan oleh seorang ahli fizik India bernama Satyendra Nath Bose. Beliau bersama Albert Einstein telah mengasaskan sebuah teori yang dikenali Bose-Einstein Condensate. Namun pada zaman tersebut ahli fizik tidak mempunyai peralatan dan juga teknologi yang cukup untuk mengujinya. Apabila anda melihat kepada istilah “condensate” bayangkan sahaja proses kondensasi ( condensation ) dan bagaimana molekul-molekul gas boleh berkumpul dan berubah menjadi cecair. Molekul-molekul ini akan dimampatkan dan dikumpulkan bersama-sama. Proses yang terlibat dalam kondensasi adalah proses penyejukan, dan ia sama dengan proses Bose-Einstein Condensate. Bezanya Bose-Einstein Condensate berlaku pada suhu sejuk yang ekstrim. Apabila zarah berada pada suhu ini, zarah-zarah akan mula tidak aktif dan pergerakan mereka juga akan berhenti ...

Kenali Johannes Kepler pengasas model sistem suria

Januari 26, 2017 0

  Jika dibuka sejarah, semua orang tahu teori heliosentrik telah dipelopori oleh Copernicus manakala Johannes Kepler adalah orangnya yang membetulkan konsep pergerakan planet-planet di sekeliling matahari tadi. Kepler merupakan anak murid kepada Tycho Brahe dan beliau mula membantu Brahe apabila umurnya 27 tahun. Ketika bekerja di bawah Brahe, beliau ditugaskan mengkaji orbit pada planet Mars yang ketika itu sangat sukar untuk difahami. Sebenarnya Brahe sendiri tidak menyokong idea heliosentrik,  sebaliknya beliau cenderung kepada konsep geosentrik yang diasaskan Aristotle. Ini berbeza dengan Kepler yang mempercayai konsep heliosentrik Copernicus. Seumur hidup Brahe, beliau telah abadikan masanya untuk mengkaji planet-planet di angkasa demi membuktikan teori geosentrik yang beliau anuti. Disebabkan itu Brahe berasa sangsi kepada Kepler yang ditakuti akan menggugat kedudukannya sebagai pakar astronomi di waktu itu. Tidak semua maklumat astronomi Brahe telah dikongsi bersama Kepler, sebaliknya hanya sebahagian sahaja yang dikongsikannya. Brahe tidak mahu Kepler menggunakan data-data astronominya untuk membuktikan teori heliosentrik Copernicus. Apabila Brahe meninggal dunia, semua hasil kerjanya telah disimpan oleh Kepler. Itupun sebahagian sahaja daripadanya didapati secara “legal” dan sebahagian besarnya pula secara “illegal”. Ini kerana, setelah Brahe meninggal Kepler mengalami masalah dengan keluarga Brahe yang ingin terus memonopoli hasil kerja Brahe bagi tujuan wang. Disebabkan itulah Kepler mengalami ...

Kenali Leonard Susskind saintis yang membuktikan Stephen Hawking silap

Januari 26, 2017 0

Leonard Susskind, ayahnya bekerja sebagai tukang paip. Apabila beliau tidak bercadang meneruskan pekerjaan ayahnya, bapanya agak terkejut. Apabila ditanya apa yang dia inginkan, prof Susskind menjawab, beliau ingin menjadi ahli fizik. Ayahnya runsing lalu bertanya ahli fizik itu macam mana? Jawapan menarik prof Susskind, “seperti Einstein” dan barulah ayahnya mengerti apa yang dimaksudkan dengan ahli fizik. Walaupun pada hari ini, prof Susskind bukanlah seperti Einstein tetapi namanya sungguh besar dalam dunia fizik hari ini. Beliau telah bekerja sebagai profesor di University Stanford selama 35 tahun lamanya dan merupakan salah seorang pengasas kepada teori Tetali. Prof Susskind kini berusia 74 tahun (2015), dan dilahirkan di New York dalam sebuah keluarga berketurunan Yahudi. Menyebut mengenai keluarganya, prof Susskind menyebut, “I grew up in what can only be described as an extreme working-class family. My father was a plumber with a fifth grade education. All his friends were plumbers and steam fitters and steeple jacks. If you were as poor as him and had to leave school, you had two choices: you could either become a working man or you could become a gangster.” Selepas bergraduasi, prof Susskind telah bekerja sebagai pembantu profesor di Universiti Yeshiva yang terletak di New York. Beliau kemudian menjadi profesor ...

Sejarah bagaimana otak Einstein dicuri & hilang selama 50 tahun

Januari 26, 2017 0

Pada 17 April tahun 1955, Einstein telah di hantar ke hospital di Princeton kerana mengadu sakit dada. Keesokan harinya pada pukul 1 pagi, Einstein dilaporkan meninggal dunia kerana abdominal aortic aneurysm – iaitu saluran aorta pada jantungnya yang pecah. Einstein meninggal pada usia 76 tahun. Ketika beliau meninggal, otaknya telah di curi dan hilang selama 50 tahun. Orang yang melakukan perkara tersebut ialah Dr. Thomas Stolz Harvey kerana beliaulah yang ditugaskan mengkaji punca kematian Einstein setelah Einstein meninggal dunia. 7 jam selepas mengenal pasti punca kematian Enstein, Thomas Stolz telah melakukan autopsi pula ke atas otak Einstein. Namun, apa yang memeranjatkan, Stolz sebenarnya bukanlah seorang pakar bedah otak ataupun pakar otak sekalipun. Stolz mendakwa dia mendapat kebenaran untuk melakukan autopsi tersebut. Namun sehingga ke hari ini, surat kebenaran yang didakwa langsung tidak dijumpai. Ketika melakukan autopsi, Stolz telah mengeluarkan otak Einstein dari kepala, mengukur, menimbang berat dan mengambil gambar-gambar otak Einstein. Selepas itu, beliau merendamnya di dalam cecair formaldehyde. Tidak cukup dengan itu, Stolz turut mengeluarkan biji mata Einstein dan kemudian di serahkan kepada doktor mata Einstein bernama Henry Adam. Selebihnya, barulah Stolz menyerahkan jasad Einstein bagi tujuan pengebumian (dibakar). Apa yang dilakukan oleh Stolz benar-benar bertentangan dengan apa yang ...

Kenali Ahmed Zewail, saintis muslim yang berjaya menerima hadiah Nobel Kimia 1999

Januari 26, 2017 0

Profesor Ahmed Zewail dilahirkan pada tahun 1964 dan berasal daripada Mesir di mana beliau mendapat pendidikan awal dari Universiti of Alexandaria. Pada tahun 1974, Ahmed Zewail telah dikurniakan kelulusan PhD daripada University of Pennsylvania. Beliau kemudiannya bekerja di University of California, Berkeley selama 2 tahun sebelum di lantik pula ke Caltech untuk memegang Linus Pauling Chair  of Chemical Physics. Baru-baru ini iaitu pada 2 Ogos 2016, dunia di kejutkan dengan pemergian beliau pada usianya menjangkau 70 tahun. Punca kematian beliau tidak di ketahui kerana menurut doktor, keadaannya stabil sebelum di sahkan meninggal dunia. Ahmed Zewail telah meninggal di Amerika Syarikat dan akan di terbangkan ke Negara asalnya iaitu di Mesir bagi menjalani upacara pengebumian di sana. Ahmed Zewail dan Hadiah Nobel Mengimbau kembali detik-detik hidup saintis muslim ini, hmed Zewail merupakan penerima hadiah nobel dalam bidang kimia. Pada tahun 1999, The Royal Sweedish Academy of Sciences telah mengurniakan Hadiah Nobel kepada Profesor Ahmed Zewail kerana berjaya menunjukkan pergerakan atom-atom ketika berlakunya tindak balas kimia. Perkara ini dapat di buat menggunakan rapid laser technique yang di perkenalkan beliau. Dengan lebih tepat lagi, The Royal Sweedish Academy of Sciences memetik sumbangan Ahmed Zewail sebagai : For his studies of the transition states ...

Saintis kini menemui kaedah terbaru untuk melakukan Teleportation

Januari 26, 2017 0

Buat pertama kalinya saintis menemui kaedah yang selamat untuk melakukan Quantum Teleportation. Ia melibatkan sebuah fenomena yang dinamakan Quantum Steering, iaitu kaedah yang di cadangkan Albert Einstein dan juga Erwin Schrondinger suatu ketika dahulu. Sebelum anda berasa gembira dengan berita kejayaan ini, bukan, ia bukan teleportation seperti dalam filem Star Trek. Sebaliknya kajian ini membolehkan ahli fizik menyalurkan maklumat merentasi jarak yang sangat jauh tanpa dapat diintai oleh mana-mana penjahat yang ingin menceroboh isi kandungan maklumat tersebut. Ini sebuah berita yang menarik, kerana selepas ini data-data sulit yang dihantar ke sesuau tempat akan selamat tanpa kita perlu risau akan di serang (hacked). Kajian berkenaan Quantum Teleportation bukanlah sebuah kajian yang baru. Penyelidik telah banyak merekodkan kejayaan mereka antaranya Quantum Teleportation sejauh 100 km. Namun mereka menghadapi satu masalah besar dan penyelesaiannya amat sulit sekali. Masalahnya ialah “decoherence problem”. Decoherence problem, atau dengan lain perkataan maklumat yang sampai pada satu tempat yang lain adalah kabur. Penyelidik daripada Swinburne University of Technology, Australia mendapati, untuk mengatasi masalah ini mereka perlu menggunakan sebuah Quantum Teleportation khas yang dikenali sebagai ‘Einstein-Podolsky-Rosen steering’. “Only then can the quality of the transported state be perfect, menurut Margarett Reid iaitu salah seorang penyelidik. Yang menariknya ialah, proses ini ...