MUTASI: Kesilapan Kecil yang Memberi Impak Besar

Ogos 5, 2017 0

‘Salah nya kecil saja, maafkan lah… Perkara kecil” Selalu orang berkata begitu. Kan? Namun sebenarnya ada kesilapan kecil yang tidak boleh dipandang ringan. Kerana ia bisa memberikan impak yang begitu besar. Contohnya MUTASI DNA. Seperti yang telah dibincangkan dalam beberapa artikel sebelum ini, maklumat warna rambut, mata, kulit, ketinggian, rupa hidung, bentuk dagu, penyakit dan […]

The post MUTASI: Kesilapan Kecil yang Memberi Impak Besar appeared first on Root of Science.

Main Mobile Legend di PC – Sekarang Korang Tahu

Ogos 5, 2017 0

Pernah tak terfikir nak main game Mobile Legends kat PC? kat sini saya nak ajar satu cara untuk main game Android kat PC terutama sekali

Bintang Swafoto 20MP Terhebat Huawei Akan Dijual Pada Harga…

Ogos 5, 2017 0

Huawei tidak mahu OPPO dan vivo selesa dalam gelanggang kamera xwafoto berdua sahaja. Huawei Nova 2 Plus yang dicanang bakal tiba di Malaysia tak lama lagi kini telah diketahui harganya. Melalui sekeping risalah prmosi bersempena hari Merdeka, Nova 2 Plus diberikan tanda harga RM1,999 dan pembeli akan menerima hadiah bernilai RM199. Nova 2 Plus adalah telefon dengan konfigurasi dual kamera yang berbeza daripada flagship P10. Ia tiada sensor monokrom sebaliknya kamera sekunder memiliki jarak fokal yang berlainan berbanding kamera utama. Ciri yang bakal menambat hati pengguna adalah kamera swafotonya yang berkuasa 20MP. Ia dilengkapi dengan teknologi pengecaman wajah 3D untuk mencatikkan wajah secara digital. Pada papan utama, pengguna akan menemui cip pemproses Kirin 659 yang dipadankan dengan RAM 4GB. Storan 128GB yang ada pada Nova 2 Plus menjadikannya telefon termurah memiliki storan sedemikian.  

The post Bintang Swafoto 20MP Terhebat Huawei Akan Dijual Pada Harga… appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Hadiah untuk pembeli Huawei sempena Hari Merdeka-Malaysia

Ogos 5, 2017 0

Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang bakal tiba, Huawei akan mengadakan promosi Hari Merdeka-Malaysia, bermula dari 11 Ogos sehingga 1 Oktober 2017, atau selagi stok masih ada. Peminat telefon pintar Huawei dan Honor harus tidak melepaskan peluang ini, apabila pelbagai produk Huawei dari jenis telefon pintar, tablet dan juga peranti Honor disediakan hadiah yang menarik. Selain dari Nova 2 Plus yang baru diketahui harganya, hampir semua peranti yang dilancarkan tahun ini akan menerima hadiah percuma. Peranti kelas utama, Huawei P10, P10 Plus, serta siri Mate 9 akan menerima sekotak hadiah premium. Pembeli telefon pintar Nova 2 Plus dan P10 Lite pula akan menerima perumah telefon serta botol kaca khas. Huawei Y7 Prime pula akan mendapat baucar KFC dan botol kaca khas. Honor 8 Pro yang baru sahaja dilancarkan, selain menerima skin & t-shirt Mobile Legend, perumah telefon serta pelindung skrin kaca, pembeli juga akan menerima botol kaca khas. Manakala tablet MediaPad M3 serta T2, akan diberikan perumah boleh lipat dan botol kaca khas. Jangan terlambat untuk mendapatkan peranti Huawei dan Honor yang anda minati, bersama hadiah percuma yang disediakan ini. Ingat, promosi ini bermula dari 11 Ogos sehingga habis stok hadiah.

The post Hadiah untuk pembeli Huawei sempena Hari Merdeka-Malaysia appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Perhubungan profesional lebih ringan dengan LinkedIn Lite

Ogos 5, 2017 0

LinkedIn adalah salah satu jenis media sosial seperti Facebook, tetapi ia khusus untuk pengguna profesional berhubung dalam talian. Untuk memberi peluang kepada lebih ramai pengguna di Malaysia, LinkedIn Lite kini dilancarkan dan boleh mula digunakan. LinkedIn Lite diperkenalkan buat pertama kalinya di India, kini telah dibuka kepada lebih 60 negara termasuk Malaysia, Filipina dan Indonesia di Asia Tenggara. Terdapat lebih 22 juta pengguna LinkedIn di Asia Tenggara, dengan Indonesia mendahului sebanyak 8 juta pengguna, 4 juta di Filipina dan Malaysia 3 juta pengguna. LinkedIn Lite adalah versi yang lebih ringan, di mana saiz fail pemasangannya di Android tidak sampai 1MB. Ia juga kurang menggunakan data berbanding versi penuh, membolehkannya digunakan walaupun dengan rangkaian 2G sahaja. Tetapi disebabkan keringanannya, beberapa fungsi tidak terdapat di dalamnya. LinkedIn Lite boleh diakses di laman web, ataupun menerusi aplikasi mudah alih Android. Ia memiliki fungsi utama seperti newsfeed, profil, networks, permesejan dan notifikasi. Dengan akses yang lebih mudah, LinkedIn akan membuka ruang yang lebih besar bukan sahaja kepada profesional untuk berhubung, malah peluang mencari pekerjaan serta buat pelajar mencari tempat untuk bekerja di masa depan. Muat turun aplikasi LinkedIn Lite untuk Android di sini, dan layari laman web www.linkedin.com untuk maklumat lanjut. Senarai negara yang boleh menggunakan LinkedIn Lite

The post Perhubungan profesional lebih ringan dengan LinkedIn Lite appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

OPPO R9s lebih mesra alam dengan warna hijau

Ogos 5, 2017 0

Masih belum ada khabar tentang OPPO R11 akan tiba di Malaysia, tetapi OPPO Malaysia tidak membiarkan peminat menunggu kosong. OPPO R9s yang pertama kali dilancarkan pada awal tahun ini di Malaysia, menerima pilihan warna baru Greenery. Atau warna hijau. Macam pernah dengar? Greenery adalah warna pilihan 2017 oleh Pantone, di mana ia telah digunakan Huawei untuk menghiasi telefon pintar Huawei P10 dan P10 Plus mereka. Nampaknya, OPPO turut tidak mahu melepaskan peluang untuk menggunakan warna yang hampir sama ini. Warna hijau pada OPPO R9s adalah sesuatu yang serba baru, nampak segar dan bertenaga. Sebelum ini, OPPO R9s telah sedia dengan pilihan warna Emas, Emas Ros, Hitam serta warna Merah edisi terhad Min Chen. Walaupun usianya sudah mencecah tujuh bulan di Malaysia, OPPO R9s masih lagi sebuah telefon pintar yang berkuasa tinggi. Ia memiliki cip Snapdragon 625 yang cekap tenaga dan tahan lama, bersama 4GB RAM dan 64GB storan. OPPO R9s mempunyai skrin AMOLED 5.5-inci HD Penuh, dengan kaca Corning Gorilla Glass 5 di atasnya. Bateri 3,010mAh di dalamnya bukan sahaja tahan lebih lama, malah ia boleh dicas sangat pantas kerana menyokong pengecasan VOOC. Tarikan utama OPPO R9s pastinya adalah pada kamera. Kamera depan OPPO yang terkenal, menggunakan sensor 16MP untuk tangkapan swafoto. Kamera belakangnya juga sama hebat, dilengkapi sensor 16MP f/1.7 bersama autofokus dwi-PDAF yang sangat pantas. OPPO Malaysia menyatakan edisi hijau OPPO R9s akan mula dijual di Malaysia pada pertengahan bulan Ogos. Harganya masih belum dinyatakan, tetapi jika ia sama dengan warna sedia ada, harganya adalah RM1,798. Kalau tertarik dengan warna hijau yang menghijau ini, jangan lupa tunggu pengumuman OPPO Malaysia pada tengah bulan Ogos ini. Harga OPPO R9s di Stor Online OPPO

The post OPPO R9s lebih mesra alam dengan warna hijau appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Top of the Lake: China Girl disiar ekslusif di BBC Player

Ogos 5, 2017 0

BBC Player merupakan salah satu penyedia kandungan video atas permintaan (video on-demand, VOD) yang boleh ditonton di Malaysia. Selaku sebahagian dari keluarga besar BBC, BBC Player kini membawakan siri yang memenangi anugerah Primetime Emmy Awards 2013, Top of the Lake secara ekslusif di platformnya. Kembali di musim kedua, siri ini kini membawakan tajuk Top of the Lake: China Girl. Sambungan kisah triller ini dibintangi oleh pelakon popular antarabangsa seperti Nicole Kidman, Elisabeth Moss (Mad Men), Gwendoline Christie (Game of Thrones) dan ramai lagi. Siapakah pembunuh wanita China misteri ini? Top of the Lake: China Girl adalah sebuah kisah jenayah misteri, di mana detektif Robin Griffin (Elisabeth Moss) yang cuba membina hidup baru di Sydney. Satu hari, sebuah mayat ditemui di tepi pantai dengan petunjuk kepada pembunuhnya sehinggalah beliau mengetahui wanita China ini tidak mati keseorangan. Detektif Robin berusaha menyelesaikan masalah ini, tetapi beliau masih dihantui masalah peribadi. Tetapi siasatan kes ini bukan sahaja membawa beliau kepada sisi paling gelap bandar ini, tetapi juga rahsia di dalam hati beliau. Adakah pembunuh di kalangan mereka? Siri 6-episod Top of the Lake: China Girl kini boleh ditonton secara eksklusif di BBC Player. Ia boleh diakses percuma oleh pengguna jalurlebar TM yang melanggan HyppTV pek Jumbo. Selain BBC Player, pelanggan pek Jumbo HyppTV juga boleh menonton saluran BBC seperti BBC First, BBC Brit, BBC Earth, BBC Lifestyle, CBeebies dan BBC World News. Siri popular, Dr Who musim ke-10 juga boleh ditonton kini. Aplikasi mudah alih BBC Player boleh dimuat turun di Apple Appstore dan Google Playstore. Ia juga boleh ditonton menerusi lamanweb www.bbcplayer.com. Siri ini boleh dimuat turun di dalam aplikasi dan ditonton tanpa internet sehingga 30 hari.

The post Top of the Lake: China Girl disiar ekslusif di BBC Player appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Bawa pulang telefon Wiko percuma di jelajah Wiko Pulau Pinang

Ogos 5, 2017 0

Pengeluar telefon pintar dari Perancis, Wiko kini sedang mengadakan pameran jelajah di Pulau Pinang. Orang ramai dari utara Malaysia, bolehlah berkunjung ke pameran ini untuk mendapatkan telefon pintar Wiko dengan tawaran istimewa. Pameran jelajah Wiko ini diadakan di Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang dari hari Jumaat, 4 Ogos sehingga hari Ahad ini, 6 Ogos 2017. Pengunjung boleh melihat dan mencuba sendiri semua model Wiko di pameran ini. Antara model yang tersedia adalah dari siri-U dan siri-Y seperti Upulse (RM 799), Ufeel Prime (RM 899), Ufeel Fab (RM 699), Ufeel Go (RM 599), Harry (RM 599), Robby 2GB (RM 529), Kenny (RM 499) dan Jerry (RM 299). Jika membeli telefon pintar di pameran jelajah ini, pembeli berpeluang untuk memenangi sebuah lagi telefon pintar Wiko menerusi cabutan bertuah, Sure Win Lucky Dip. 10 pemenang bertuah boleh pulang bersama satu lagi telefon pintar Wiko percuma. Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Wiko Malaysia serta laman web di alamat http://my-en.wikomobile.com/.

The post Bawa pulang telefon Wiko percuma di jelajah Wiko Pulau Pinang appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

AMD mahu berkenalan lebih rapat dengan pengguna komputer

Ogos 5, 2017 0

Nama AMD mungkin kurang diketahui ramai, tetapi ia merupakan satu-satunya pesaing Intel dalam menghasilkan pemproses komputer desktop dan laptop. AMD baru-baru ini telah melancarkan siri Ryzen, barisan pemproses berkuasa tinggi. Jika mahu mengenali Ryzen dengan lebih dekat, anda boleh melawat Plaza Low Yat hujung minggu ini kerana AMD bersama rakan niaga sedang mengadakan pameran jelajah di sana. Dua produk paling berkuasa yang pastinya menarik perhatian ramai, adalah komputer Acer Aspire GX281 dan HP Omen Desktop. Kedua-dua komputer ini dikuasakan pemproses AMD Ryzen 7 berprestasi tinggi. Keperkasaannya dipertingkatkan lagi dengan gandingan kad grafik AMD Radeon RX di dalamnya. Acer Aspire GX281 dilengkapi pemproses AMD Ryzen 7 1700X bersama kad grafik Radeon RX480. Manakala HP Omen Desktop pula menggunakan dua kad grafik Radeon RX580 yang berhubung secara CrossFire, memberikan tenaga berganda. Acer Aspire GX281 HP Omen Desktop Selain dua desktop berkuasa ini, pengunjung pameran ini juga boleh melihat pelbagai laptop yang dikuasakan pemproses AMD, dari jenis Ryzen dan juga siri-A. Malah, pembelian komputer yang dikuasakan AMD boleh menerima sehingga 3 tajuk permainan dari koleksi Square Enix, serta dua bulan langganan Adobe Creative Cloud percuma. Jom kenali pemproses dan kad grafik AMD dengan lebih dekat melalui pameran jelajah ini, di Plaza Low Yat sehingga 6 Ogos 2017. Terdapat juga aktiviti lain yang boleh anda sertai apabila berada di sana.  Aktiviti lain di pameran AMD di Plaza Lowyat

The post AMD mahu berkenalan lebih rapat dengan pengguna komputer appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Google Pixel 2017 Tertiris – Apa Kata Anda?

Ogos 5, 2017 0

Beberapa minggu sebelum ini, kita telah melihat Pixel XL tertiris, dan memperlihatkan bagaimanakah telefon pintar seterusnya daripada Google akan kelihatan. Kini, hari ini, @evleaks berkongsi melalui VentureBeat untuk gambar Google Pixel 2017. Untuk makluman, Google Pixel adalah peranti dengan skrin bersaiz sedikit kecil jikalau dibandingkan dengan Google Pixel XL. Daripada gambar yang tertiris, ia dilihat […]