Berita baik : Kini data-data peribadi anda boleh disimpan selama berjuta tahun!

Januari 26, 2017 0

Kebanyakan institusi pendidikan & makmal penyelidikan kita akan bergantung kepada magnetic tape untuk menyimpan data-data mereka. Namun penyelidik daripada Hitachi telah menjumpai satu kaedah baru untuk menympan data-data anda malah ia versi terbaik berbanding sistem lama, seperti CD, DVD, ataupun Hard Drive. Biasa mengalami masalah data menjadi rosak dalam Hard Drive, CD, DVD? Kami biasa mengalami masalah ini. Ketika di sekolah kami selalu menggunakan CD player untuk mendengar lagu-lagu. Jadi, terdapat banyak koleksi CD lagu yang dibeli oleh kami ataupun di burn sendiri. Masalahnya lagu-lagu dalam CD ini tak tahan lama, apabila terlalu lama lagu-lagu yang disimpan dalam CD ini akan rosak, tersangkut-sangkut, atau tidak jelas. Sama juga dengan Hard Drive. Kami sudah 3 kali membeli Hard Drive jenama WD, pertama dengan kapasiti 250 GB, kemudian 500 GB dan terkini 1 Tb. Masalahnya tetap sama. Mungkin jenama WD yang tidak bagus, tetapi rasanya masalah yang dihadapi ini merangkumi jenama lain. Ke tidak? Biasanya itulah masalahnya, video tidak boleh dimainkan, fail gambar-gambar rosak dsb. Nak kata terhempas tidak ada pula. Mungkin dengan menyimpan data di dalam Kristal Kuarza tadi akan mengatasi masalah ini. Mereka mendakwa maklumat kita akan tetap sempurna disimpan walaupun selama beratus juta tahun sekalipun! Tambahan pula dimensi Kuarza ...

Agensi Angkasa Eropah (ESA) bercadang membina perkampungan di bulan pada tahun 2020

Januari 26, 2017 0

Sebuah persidangan baru-baru ini yang dihadiri seramai 200 ahli saintis dan pakar-pakar kejuruteraan daripada 28 buah negara telah bercadang membina sebuah perkampungan di bulan. Kampung ini akan dibina menggunakan pencetak 3D dan akan didiami para angkasawan yang menjejakkan kaki ke sana. Persidangan tersebut dinamakan Moon 2020-2030 – A New era of coordinated human & robotic exploration yang telah diadakan di Netherland. Agensi Angkasa Eropah (ESA) ingin menjadikan bulan sebuah tempat persinggahan sebelum angkasawan dapat mengembara ke planet Mars. Jika ESA dapat merealisasikan perkara ini, mereka dapat mengurangkan kos sebanyak 10 bilion dolar setahun bagi menjelajah sistem solar. Proses membina perkampungan ini dijangka bermula pada tahun 2020 nanti. Idea ini telah berjalan semenjak tahun 2013 lagi. Pada waktu itu penyelidikan telah dijalankan bagi mengenal pasti bahan yang sesuai untuk membina perkampungan tersebut. Kini mereka telah membuat keputusan untuk menggunakan regolith (tanah di bulan) sebagai bahan binaan. Namun regolith ini perlu dicampur dengan magnesium oksida dan sejenis garam terlebih dahulu sebelum ia boleh digunakan untuk dicetak. Saintis menganggarkan keseluruhan struktur akan dapat disiapkan hanya dalam masa seminggu sahaja. Via : Space.com Kerja-kerja plagiat tanpa memberikan kredit kepada sumber adalah suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan menyalahi hak cipta dan kreativiti seseorang.

China dan Rusia menghasilkan robot pembunuh seperti dalam filem Terminator

Januari 26, 2017 0

Menurut Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat iaitu Robert Work, Rusia dan China kini sedang melabur besar-besaran untuk membangunkan robot-robot pembunuh ala-ala dalam filem terminator. Ini secara tidak langsung memberikan tekanan kepada Pentagon untuk melakukan perkara yang sama. Seperti yang dilaporkan TechInsider, Work menyebut, “..We know that China is already investing heavily in robotics and autonomy and the Russian Chief of General Staff [Valery Vasilevich] Gerasimov recently said that the Russian military is preparing to fight on a roboticized battlefield..” Beliau menyambung, “[Gerasimov] said, and I quote, ‘In the near future, it is possible that a complete roboticized unit will be created capable of independently conducting military operations,”. Berdasarkan ini, Work menggesa kerajaan Amerika Syarikat supaya mendominasi penyelidikan robotik dan Artificial Intelligence (AI) dalam menanggani kebangkitan China & Rusia. Memetik sebuah laporan, Timbalan Pengarah Pertahanan Rusia iaitu Vyacheslav Khalitov, Rusia akan menunjukkan prototaip robot pembunuh mereka dalam tempoh 2 tahun lagi dari sekarang. Pada Oktober 2015, Khalitov menyebut, “We will be able to show prototypes in 1.5 to 2 years. We are gradually moving away from crewed machines..” Sumber : Techinsider, rt.com Kerja-kerja plagiat tanpa memberikan kredit kepada sumber adalah suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan menyalahi hak cipta dan kreativiti seseorang.

Selamat tinggal Philae!

Januari 26, 2017 0

Philae adalah robot pertama ciptaan manusia yang berjaya mendarat di atas sebuah komet bernama 67P/G-C (67P/Churyumov-Gerasimenko). Ia mula dilancarkan pada bulan Mac 2004 di atas pesawat Rosetta sebelum benar-benar berjaya mendarat di atas komet tersebut pada tahun 2014. Projek ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh European Space Agency (ESA). Setelah 15 bulan berada di komet tersebut, saintis kini telah terputus hubungan dengan Philae sehingga memaksa mereka menghentikan sebarang usaha untuk menghubunginya lagi. Perkara ini berlaku kerana Philae telah mendarat di tempat yang salah dimana ia terlindung daripada cahaya matahari. Ini menyebabkan jangka hayatnya hanya mampu bertahan selama 60 jam sebelum sepenuhnya berhenti berfungsi. Namun, pemergian Philae ini tidak semestinya sesuatu yang buruk. Ini kerana ia telah pun berjaya melengkapkan 80% misi saintifik di komet tersebut. Ini termasuklah mengambil beberapa keping gambar permukaan komet tersebut dan mengenal pasti elemen yang terdapat padanya. Dalam kajian tersebutlah saintis mendapati 67P/G-C mengandungi elemen nitrogen dan karbon yang sebelum ini tidak dikesan pada komet-komet yang lain. Saintis juga mendapati 67P/G-C mengandungi elemen formaldehyde iaitu sejenis sebastian penting kepada hidupan. Namun, disebabkan Philae telah mendarat di tempat yang tidak sepatutnya, ia gagal untuk menggerudi komet dan mengumpulkan lebih banyak sampel elemen pada komet tersebut. 7 bulan selepas ...

Apakah kristal fonon (Phononic crystal)?

Januari 26, 2017 0

Cahaya dan bunyi adalah 2 benda penting yang boleh digunakan untuk membawa maklumat (information carrier) kepada manusia. Di dalam sejarah, sifat dan ciri-ciri bunyi telah di fahami terlebih dahulu berbanding sifat dan ciri-ciri cahaya kerana perkembangan yang lebih pantas di  dalam mekanik klasik (classical mechanics) berbanding elektrodinamik. Namun, dari segi teknologi baru iaitu kristal fotonik (teknologi cahaya) dan phononik (teknologi bunyi) perkara sebaliknya terjadi. Kristal fotonik telah diasaskan oleh seorang ahli fizik Amerika Syarikat bernama Eli Yablonovich pada tahun 1987 iaitu lebih awal berbanding perkembangan kristal fonon yang bermula pada tahun 1993. Pada tahun 1987 tersebut, saintis telah mewujudkan bahan buatan di susun secara berkala untuk mengkaji pergerakan cahaya. Susunan bahan buatan tersebut sebenarnya adalah mimik kepada susunan elektron dalam kristal sebenar yang digunakan saintis untuk mengkaji pergerakan cahaya. Perkataan phononic berasal daripada perkataan “phon” yang bererti bunyi dan pertama kali digunakan oleh J.I Frenkel pada tahun 1923 dalam buku yang bertajuk “Wave mechanics, Elementary Theory“. Konsep kristal fonon mula diketengah sekitar 20 tahun yang lepas (tahun 1993) dalam sebuah jurnal terkenal yang ditulis oleh Kushawa et al. Secara berasingan, Kushawa et al., Sigalas dan Economou secara serentak telah mengira struktur PnBg untuk kes 2D dan kemudian buat kali pertamanya ...

Selamatkah loji tenaga nuklear?

Januari 26, 2017 0

Pada 11 Mac 2011, Loji Nuklear di Fukushima Jepun telah di serang gempa bumi yang dahsyat pada skala 9.0 Ritcher. Saintis di bilik kawalan telah cuba menutup operasi loji tersebut namun gagal, justeru proses penyejukan tidak dapat di lakukan pada waktu kecemasan. Ini menyebabkan pusat (core) yang terdapat pada 3 reaktor yang berbeza mencair dan menyebabkan letupan berlaku. Letupan ini pula di susuli dengan pembebasan bahan radioaktif yang banyak ke alam sekitar. Ia merupakan sebuah peristiwa yang buruk dalam sejarah loji nuklear, menyebabkan muncul golongan-golongan aktivis di peringkat antarabangsa yang menentang sebarang usaha menjana kuasa elektrik daripada sumber tenaga tersebut. 5 tahun selepas peristiwa tersebut, kesan daripada bencana masih terus berlaku di mana bahan nuklear masih lagi di laporkan bocor ke lautan pasifik dan masih terdapat bertan-tan sisa yang belum dapat di bersihkan. Pencapaian manusia dalam bidang nuklear semuanya bermula pada tahun 1946, iaitu tahun yang di sebut-sebut sebagai “the atomic era”. Ia adalah tahun di mana industri berasaskan nuklear giat di bangunkan. Surat-surat khabar, majalah-najalah dan kertas-kertas kajian penuh dengan ramalan bahwa manusia akan tiba ke sebuah zaman urban di mana bandarayanya di kuasakan sepenuhnya oleh tenaga nuklear. Pengerusi daripada US Atomic Energy Comission, David Lilienthal antara orang yang ...

Kenali ASIMO, robot tercanggih buatan manusia setakat ini

Januari 26, 2017 0

ASIMO adalah singkatan bagi Advanced Step in Innovative Mobility dan ia diiktiraf sebagai robot humanoid tercanggih pernah dicipta. ASIMO dihasilkan syarikat Honda dan tempoh penyelidikannya telah pun menjangkaui lebih 20 tahun sejak tahun 1986. Pada ketika itu, kajian banyak dilakukan untuk menghasilkan robot humanoid yang boleh berjalan seperti manusia. Model pertama diberi nama EO, diikuti dengan model E1, E2 dan E3 iaitu dari tahun 1987 hinggalah tahun 1991. EO dicipta pada tahun 1986, dan dia berjalan dengan sangat perlahan. Untuk berjalan selangkah sahaja EO memerlukan masa selama 20 saat. Selepas berjalan selangkah, EO perlu berhenti untuk mendapatkan keseimbangan badan pada kakinya sebelum melangkah untuk yang seterusnya. Pergerakan ini dinamakan sebagai “static walking” dan manusia tidak berjalan seperti EO, jadi saintis Honda meneruskan penyelidikan mereka pada model E1, E2 dan E3. Model-model ini mempunyai kebolehan untuk berjalan sama seperti manusia dan ia lebih maju dari model pertama EO. Pergerakan pada model-model ini dinamakan sebagai “dynamic walking“. Hingga ke tempoh ini (1987-1991), ia dikenali sebagai fasa teknologi satu dimana pencapaian tertinggi dicapai pada model E2 dengan kebolehannya untuk berjalan pada kelajuan 1.2 Km/j di permukaan rata. Dalam fasa teknologi kedua, robot-robot E4, E5 dan E6 pula dihasilkan. Model-model ini hanya dilengkapi dengan ...

Ketahui sistem asas pada enjin sebuah kereta

Januari 26, 2017 0

Enjin kereta terdiri daripada beberapa sistem: Pertama – Fuel system Fuel system akan mencampurkan gas dan udara pada kadar tertentu supaya pembakaran boleh berlaku di combustion chamber dengan bantuan spark plug Kedua – lubricating system Lubricating system diperlukan supaya komponen pada enjin dapat bergerak dengan lebih efisien. 2 komponen penting yang memerlukan lubricating system ialah piston dan bearing. Piston adalah komponen bergerak yang terdapat dalam cylinder. Cylinder ialah ruangan yang terdapat dalam enjin dimana piston akan bergerak dalamnya (the space in which a piston travels). Biasanya silinder disusun dalam enjin menggunakan bentuk V (dikenali sebagai v-type) namun ada juga yang disusun dalam bentuk W. Tetapi kebiasaanya enjin pada kereta akan menggunakan susunan V-type untuk silinder. Enjin V-type mempunyai 2 silinder yang hujungnya bertemu pada sebuah crankshaft. Kedudukan dua silinder diletakkan samada pada kedudukan 90 ataupun 60 darjah diantara satu sama lain. Enjin V-type biasanya kecil dan ini membolehkan lebih ruang dibina untuk tempat duduk penumpang.  V-type mempunyai banyak jenis dari v-2 sampailah v-24. Angka selepas v menunjukkan jumlah silinder yang terdapat pada satu-satu model enjin v type. Contohnya, v-24 menunjukkan 24 jumlah silinder pada sesebuah enjin. Jumlah silinder pula menunjukkan keupayaan sesebuah enjin dan lambang kuasa kuda bagi sesebuah kenderaan. ...

Bagaimana minyak mentah di proses?

Januari 26, 2017 0

Dalam dokumentari discovery channel ataupun National Geographic, kita dapati petroleum yang keluar dari bumi berwarna hitam dan pekat, tetapi apabila mengisi minyak di Petronas, warnanya bukan lagi hitam pekat sebaliknya cerah dan jernih? Apa berlaku? Minyak mentah adalah minyak yang belum diproses dan ia berwarna hitam pekat. Ia terbentuk dari hidupan-hidupan laut yang mati berjuta tahun lepas. Minyak mentah terdiri daripada 84% karbon dan 14% hydrogen. Manakala sulfur, nitrogen, oksigen, besi dan garam masing-masing terdiri daripada 1%. Minyak mentah menjadi sumber utama kepada hydrokarbon. Hydrokarbon ialah molekul yang terdiri daripada Hydrogen dan karbon. Ia menjadi sumber bahan bakar pada enjin kenderaan. Hydrokarbon terdiri daripadai pelbagai bentuk samada gas, cecair ataupun pepejal. Kelas-kelas hydrokarbon yang utama ialah Paraffins atau dikenali juga sebagai Alkane, Alkene, Aromatics, Napthene dll. Minyak mentah terdiri daripada beratus-ratus rantaian hydrokarbon didalamnya. Ia perlu diasingkan untuk kegunaan tertentu. Sebagai contoh gas petroleum boleh digunakan untuk memasak. Gasolin pula digunakan sebagai bahan bakar kepada enjin kenderaan. Pengasingan hydrokarbon ini dikenali sebagai “oil refining” ataupun penapisan minyak. Proses yang diperlukan ketika oil refining dikenali sebagai “fractional distillation“. Apakah itu fractional distillation? Gas, Gasolin dll hydrokarbon dalam minyak mentah mempunyai takat didih yang berbeza-beza. Contohnya gas petroleum akan mendidih pada suhu ...

Gambar Dan Spesifikasi Awal Samsung Galaxy S8 Dan Galaxy S8 Plus

Januari 26, 2017 0

Seperti mana yang kita tahu Samsung akan mengumumkan peranti perdana Samsung Galaxy S8 tidak lama lagi. Sejak beberapa bulan yang lalu telah banyak spesifikasi Galaxy S8 yang telah tertiris di internet. Untuk peranti ini, Samsung dikatakan hadir dengan dua variasi yang dikenali sebagai Samsung Galaxy S8 dan Samsung Galaxy S8 Plus. Rekaan awalnya juga telah tertiris dimana Samsung Galaxy S8...

The post Gambar Dan Spesifikasi Awal Samsung Galaxy S8 Dan Galaxy S8 Plus appeared first on Mesra Mobile.