Apple Bakal Menawarkan Sejumlah Emoji Baru Melalui iOS 11.1

Oktober 6, 2017 0

Apple sebelum ini telah memperlihatkan secara ringkas beberapa emoji baru yang akan hadir ke sistem operasi iOS. Terkini, hari ini mereka mengesahkan yang mana kesemua emoji baru ini bakal ditawarkan melalui kemaskini iOS 11.1 akan datang. Antara emoji baru yang akan disertakan kelak adalah termasuk emoji wanita bertudung, lelaki berjanggut, zombie, emoji “I Love You”, […]

5 Perkara Mengecewakan Pada Google Pixel 2 Dan Pixel 2 XL

Oktober 6, 2017 0

Google Pixel 2 dan Pixel 2 XL dilancarkan dua hari yang lalu bagi bersaing dengan model iPhone terkini. Peranti ini dilengkapi pelbagai teknologi terkini dengan sasaran menjadi peranti terbaik di pasaran. Tetapi ia masih lagi belum sempurna di mata kami. Masih terdapat beberapa kelemahan yang mengecewakan. Berikut ialah senarai lima perkara yang mengecewakan kami. Tiada […]

Pembesar Suara Pintar Sonos One Dilancarkan Dengan Sokongan Alexa

Oktober 6, 2017 0

Pembesar suara pintar ialah produk yang sedang hangat semalam. Ia amat hangat sehingga Google melancarkan beberapa pembesar suara pintar pagi tadi. Sonos tidak mahu ketinggalan untuk memasarkan pembesar suara pintar mereka dan telah melancarkan Sonos One. Pembesar suara ini menyokong pembantu maya Alexa. Ia turut boleh menstrim kandungan 80 perkhidmatan penstriman. Bagi pengguna Google Assistant, […]

MaxisONE Prime Diperkenalkan – Gabungan Pelan Fiber Dan Mudah-Alih, Tanpa Had Data

Oktober 6, 2017 0

Maxis hari ini telah memperkenalkan sebuah pelan baru dinamakan MaxisONE Prime. Melaluinya, kini Maxis mengabungkan penawaran pelan jalur-lebar tetap MaxisONE Home bersama pelan pascabayar mudah-alih Maxis dibawah satu penawaran. Ia sekaligus memudahkan pengguna dan keluarga mereka menguruskan sesuatu pelan, dan menikmati beberapa ciri-ciri tambahan melaluinya. Menariknya mengenai penawaran MaxisONE Prime ini adalah dimana Maxis menawarkan […]

Perbandingan Google Pixel 2, Apple iPhone 8 Dan Xiaomi Mi 6

Oktober 6, 2017 0

Google Pixel 2 dilancarkan bersama dengan Pixel 2 XL pagi tadi. Peranti generasi kedua Pixel ini memperbaiki beberapa masalah yang menjadi rungutan ramai. Kali ini ia mempunyai ketahanan kalis air IP67, pembesar suara stereo dan fungsi Active Edge. Mari lihat perbandingan peranti ini dengan Apple iPhone 8 dan Xiaomi Mi 6. Ketiga-tiga peranti utama ini […]

SanDisk Melancarkan Kad SD Dan MikroSD Yang Mampu Berfungsi Pada Suhu -40 Darjah Celsius

Oktober 6, 2017 0

Kad storan data dalam bentuk SD dan mikroSD sudah wujud bertahun lamanya. Terdapat pelbagai versi dengan kelajuan yang berbeza-beza. SanDisk baru sahaja melancarkan versi terkini kad SD dan mikroSD mereka yang mampu berfungsi pada suhu ekstrem sehingga -40 darjah Celsius. Kad SanDisk Automotive, SanDisk Industrial dan SanDisk Industrial XI dihasilkan untuk kegunaan industri. SanDisk Automotive […]

Rekaan BlackBerry Motion Tertiris – Peranti Kalis Air Pertama Blackberry

Oktober 6, 2017 0

Masihkah ada pembaca Amanz yang menggunakan peranti Blackberry? Sekiranya ada, anda pasti akan menyukai berita pagi ini. Rekaan Blackberry Motion tertiris pagi ini sekali lagi dari @evleaks. Sebelum ini ia dikenali dengan kod nama Blackberry Krypton. Peranti ini akan mempunyai kemampuan kalis air IP67. Tiada maklumat mengenai spesifikasi ataupun saiz skrin. Tetapi dari gambar di […]

Sorotan: Hadiah Nobel 2017 dalam Bidang Sains

Oktober 6, 2017 0

Oleh: Afiq Asri 5 Okt 2017 – Sepanjang minggu ini, Jawatankuasa Hadiah Nobel akan mengumumkan penerima-penerima bagi Hadiah Nobel 2017. Sehingga hari ini, tiga Hadiah Nobel sains – Fisiologi/Perubatan, Fizik, dan Kimia – telahpun dianugerahkan kepada saintis-saintis ulung bagi sumbangan ke arah ‘manfaat terbesar kepada manusia’. Isnin lalu, Hadiah Nobel Fisiologi/Perubatan bagi tahun 2017 dianugerahkan […]

Google Pixel 2 Dijangka Menerima Kemaskini Perisian Sehingga 3 Tahun

Oktober 5, 2017 0

Google Pixel 2 telah dilancarkan pada hari ini, dimana ia hadir dengan dua variasi, Pixel 2 dan juga Pixel 2 XL. Terkini, lanjutan daripadanya, beberapa info tambahan turut diketahui – termasuk dilihat Google akan menawarkan sokongan kemaskini minima selama sekurang-kurangnya 3 tahun. Kemaskini selama 3 tahun ini dijangka meliputi kemaskini sistem operasi dan juga kemaskini […]

Perbandingan Google Pixel 2 XL, Apple iPhone X Dan Samsung Galaxy S8

Oktober 5, 2017 0

Google Pixel 2 XL telah dilancarkan pagi tadi dengan rekaan hampir semua-skrin bernisbah 18:9. Ini ialah peranti pertama keluaran Google dengan rekaan skrin memanjang ini. Walaupun begitu dari segi spesifikasi ia adalah peranti yang sama dengan Google Pixel 2. Mari lihat perbandingan peranti ini dengan Apple iPhone X dan Samsung Galaxy S8 yang mempunyai rekaan […]