Alternatif kepada Overwatch dan Paladins Kini Percuma Di Steam

September 7, 2017 0

Kalau tabungan anda untuk beli Overwatch masih belum mencukupi dan sudah puas dengan Paladins yang penuh pemain menggunakan hack, mari cuba Mirage: Arcane Warfare yang ditawarkan secara percuma di Steam untuk 24 jam (1 pagi 7 September hingga 1 pagi 8 September) bermula hari ini. Dilancarkan pertengahan Mei lalu, permainan ini menerima rekasi bercampur baur negatif dan positif. Penjualannya juga hambar mungkin dek keutuhan permainan yang sama genre daripada pengeluar gergasi lain. Mirage: Arcane Warfare adalah permainan multipemain dalam talian bergenre gocoh berbentuk FPS. Pelbagai jenis hero dengan keupayaan tertentu boleh dipilih untuk mengakali pemain lawan. Tindakan menawarkan permainan ini secara percuma berkemungkinan besar adalah langkah pembangun, Torn Banner Studios, untuk mewujudkan komuniti pemain. Komuniti yang kukuh membolehkan mereka beroleh maklum balas seterusnya menambah baik permainan ini. Selepas 24 jam, Mirage: Arcane Warfare ditawarkan pada harga USD 9.99. Masukkan permainan ini kedalam Library Steam anda hari ini.

The post Alternatif kepada Overwatch dan Paladins Kini Percuma Di Steam appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

5 Android VS 1 iPhone, Pemenangnya Anda Tentukan

September 7, 2017 0

Samsung Galaxy Note8 baru saja dilancarkan bulan lepas dan minggu depan pula Apple akan melancarkan iPhone generasi terbaru. Tapi dalam pasaran bukan hanya ada Note8 dan iPhone, banyak lagi flagship yang boleh dipertimbangkan. Kami bariskan 6 flagship 2016-2017 iaitu: Apple iPhone 7 Plus HTC U11 Huawei P10 Plus OnePlus 5 Samsung Galaxy S8+ Xiaomi Mi 6 Sebanyak 8 ujian telah dilakukan dan ujian-ujian tersebut adalah: Makro HDR Keadaan Malap Ketajaman Warna Zoom Potret Swafoto TheSkop ingin mengajak anda untuk mengadili satu siri ujian yang membandingkan kualiti gambar daripada enam telefon tersebut. Ia adalah satu ujian buta (blind test) dan hasil ujian akan diumumkan kepada anda selesai tempoh ujian. Undian akan dibuka sehingga 11 September 2017, jam 6:00 petang dan hasil undian akan diterbitkan pada hari berikutnya. Pinch & Zoom (mobile) halaman ini atau right click (pc) untuk memperbesar sampel imej. Loading… Keputusan akan diterbitkan di halaman ini.

The post 5 Android VS 1 iPhone, Pemenangnya Anda Tentukan appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Twitter Kini Menawarkan Tema Gelap Untuk Pengguna Desktop

September 7, 2017 0

Setelah beberapa bulan diacah oleh pihak Twitter, mod malam untuk Twitter versi desktop kini diaktifkan kepada semua pengguna. Sesuai dengan namanya, mod malam ni menukar tema warna laman menjadi warna biru gelap yang kurang menyakitkan mata apabila dilihat di dalam gelap. Untuk menukar ke mod malam anda hanya perlu menekan avatar profil pada bucu atas […]

Honor V9 Play Dan V6 Play Dilancarkan – Peranti Android Mampu Milik

September 7, 2017 0

Dua model baru Honor dilancarkan di China semalam. Honor V9 Play dan V6 Play kedua-duanya adalah peranti kelas permulaan dengan harga jualan mampu milik. Honor V9 Play dilengkapi skrin 5.2″ HD, diperkasakan pemproses MediaTek MT6750, memori 3/4 GB RAM dan storan 32GB. Kamera utama sebesar 13-Megapixel f/2.2 dan kamera selfie 8-Megapixel. Bateri sebesar 3000 mAh […]

HP Envy 13 Dengan Cip Intel Core Generasi Ke-8 Kini Di Malaysia – Bermula RM3999

September 7, 2017 0

HP Malaysia kini telah mula menawarkan komputer riba HP Envy 13 versi terkini untuk pasaran tempatan, dimana ia hadir dengan cip pemprosesan Intel Core generasi ke-8, selain turut hadir dengan pilihan penawaran kad grafik NVIDIA. HP Envy 13 menawarkan skrin bersaiz 13-inci, dan hadir dengan rekaan premium. Ia menawarkan skrin pada resolusi HD penuh, dilengkapi […]

Lenovo K8 Plus Dan K8 Diumumkan – Dua Lagi Peranti Yang Menggunakan Android Asli

September 7, 2017 0

Lenovo tidak akan lagi menggunakan pelancar mereka dan hanya akan menggunakan Android Asli pada setiap peranti yang digunakan bermula dengan Lenovo K8 Note yang dilancarkan bulan lalu. Lenovo K8 Plus dan K8 dilancarkan di India dan adalah dua lagi peranti yang pasti menggembirakan peminat Android Asli. Lenovo K8 Plus dilengkapi skrin 5.2″ HD penuh, pemproses […]

Harga Jualan iPhone 8 Mahal Kerana Samsung Mengawal Pasaran OLED

September 7, 2017 0

Sejak dua bulan yang lalu kedengaran laporan harga jualan Apple iPhone 8 akan melangkaui $1000 sebuah. Ini adalah lebih mahal berbanding Samsung Galaxy Note 8 yang mencecah $900 sebuah. Terdapat banyak artikel yang mula membincangkan harga jualan yang mahal ini mungkin mendatangkan kesan negatif terhadap jumlah jualan kedua-dua peranti. Firma penganalisa KGI hari ini dipetik […]

Kenderaan Google Street View Dikemaskini Dengan Kamera Beresolusi Lebih Tinggi

September 6, 2017 0

Google Street View amat berguna untuk melihat kawasan sekeliling tanpa meninggal komputer atau telefon pintar. Di Malaysia lebih 90% jalan awam telah dipetakan oleh Google Street View sejak memulakan operasi pada tahun 2014. Google telah memperlihatkan rekaan baru kenderaan Street View mereka. Ini adalah kemaskini rekaan terbesar sejak lapan tahun kebelakangan ini. Perubahan pertama ialah […]

Kesemua Samsung Galaxy Note 7 FE Berjaya Dijual Dalam Masa Dua Bulan

September 6, 2017 0

Samsung Galaxy Note 7 Fan Edition telah dijual di Korea Selatan sejak Julai yang lalu. Peranti ini dijual hanya di Korea Selatan khas untuk mereka yang tidak sabar menantikan kemunculan Note 8. Sebanyak 400,000 peranti ditawarkan dan kesemuanya telah habis dijual dalam masa dua bulan. Terdapat laporan Samsung mungkin akan menawarkan Note FE di pasaran […]

Bagaimana Huawei P10 Dapat Mengurangkan Anda Bergantung Pada Kamera DSLR?

September 6, 2017 0

Kamera DSLR sering digunakan untuk mendapatkan hasil penggambaran yang terbaik, tetapi agak sedikit sukar dibawa atas rekaannya yang besar dan agak berat. Dengan perluasan peranti pintar, ia kini boleh dijadikan sebagai kamera alternatif yang terbaik, apatah lagi ia merupakan alat yang sering dibawa oleh pengguna sepanjang hari. Salah satu peranti yang mampu memberikan pengalaman fotografi […]