terpakai malaysia ucanlah system restorant malaysia

HTC Dalam Rundingan Terakhir Menjual Sahamnya Kepada Google!

September 10, 2017 0

Syarikat HTC telah bersaing untuk membuat telefon terbaik di pasaran Android selama bertahun-tahun, tetapi syarikat itu mungkin tidak lama lagi mempunyai penyelamat disaat kejatuhan mereka

Lenovo / Motorola Bakal Hadir Dengan Telefon Android One Baru?

September 9, 2017 0

Lenovo sebelum ini telah memperkenalkan Moto X4, yang mana hadir dengan spesifikasi pertengahan tetapi hadir dengan beberapa ciri-ciri seperti terdapat pada peranti premium. Ia tidak diketahui lagi bilakah telefon pintar ini akan memasuki pasaran tempatan. Tetapi, kini menariknya sebuah gambar tertiris daripada @evleaks, memperlihatkan kemungkinan kita akan melihat Moto X4 versi Android One. Ketirisan ini […]

Pandang Pertama: Nokia 8 – Flagship Berpatutan Dengan Snapdragon 835 Dan Dwi-Kamera Zeiss

September 9, 2017 0

HMD Global sebelum ini telah memulakan langkah mereka dalam memasarkan telefon pintar berjenama Nokia di Malaysia pada akhir Mei lalu, menerusi perkenalan Nokia 3, Nokia 5, dan Nokia 6. Ketiga-tiga telefon pintar ini walau bagaimanapun hadir dengan spesifikasi kelas permulaan, yang mana pastinya tidak memenuhi kepuasan pengguna yang mahukan sebuah peranti berkuasa. Setelah hampir empat […]

SKMM Potong Steam – Steam Kini Kembali Boleh Diakses Di Malaysia

September 9, 2017 0

Semalam akses kepada laman Steam telah dihalang di Malaysia berikutan kontroversi permainan Fight of Gods. Kerajaan Malaysia melalui SKMM bertindak tegas menghalang perkhidmatan muat turun permainan PC ini kerana Steam gagal menghalang akses permainan berunsur ketuhanan ini dalam masa 24 jam. Sebentar tadi halangan ke atas Steam telah ditarik semula di Malaysia selepas Steam tidak […]

Sony Xperia XZ Premium, LG V30 Dan Google Pixel Kini Boleh Menstrim Kandungan HDR YouTube

September 9, 2017 0

Sebelum ini kami melaporkan sokongan penstriman video HDR di YouTube diaktifkan pada peranti Samsung Galaxy S8, S8+ dan Note 8. Nampaknya sokongan ini juga diberikan kepada empat lagi peranti semalam. Peranti tersebut adalah Sony Xperia XZ Premium, LG V30, Google Pixel dan Pixel XL. Kemaskini YouTube mengaktifkan fungsi HDR pada tujuh peranti kesemuanya seperti Mutiara […]

Gambar Dan Spesifikasi Vivo X20 Tertiris – Lebih Berkuasa Berbanding Vivo V7+

September 9, 2017 0

Pelancaran Vivo V7+ pada pertengahan minggu lalu sedikit mengecewakan peminat peranti Vivo berdasarkan komen yang ditinggalkan oleh anda. Vivo V7+ hanya dilengkapi pemproses Snapdragon 450 dan skrin HD. Bagi yang inginkan peranti Vivo dengan skrin FullView Display yang lebih baik, anda mungkin boleh menantikan kemunculan Vivo X20. Gambar sebenar peranti ini berserta spesifikasinya telahpun tertiris […]

Peranti Mana Lebih Berbaloi? – Perbandingan Nokia 8, OnePlus 5 Dan Xiaomi Mi 6

September 9, 2017 0

Nokia 8 dilancarkan di Malaysia semalam pada tanda harga RM 2299. Ini meletakkannya di antara peranti utama paling mampu milik di pasaran sekarang. Tetapi adakah ia masih berbaloi untuk dimiliki? Oleh itu mari lihat perbandingan spesifikasi Nokia 8 dengan OnePlus 5 dan Xiaomi Mi 6. Ketiga-tiga peranti ini adalah peranti-peranti utama yang dijual pada harga […]

Google Drive akan ditamatkan hayat tidak lama lagi

September 9, 2017 0

Terkejut? Ini satu kebiasaan buat Google untuk menghentikan servis mereka. Google Drive yang memiliki jutaan pengguna terutama pemilik telefon pintar Android, akan ditamatkan perkidmatan. Google menyatakan ia akan menghentikan sokongan buat Google Drive for PC/Mac pada 11 Disember 2017. Manakala pada 12 Mac 2018, servis ini akan dihentikan sepenuhnya. Kemaskini: Pengguna Google Drive di peranti lain tidak perlu risau kerana storan awan Google Drive akan kekal beroperasi. Hanya aplikasi untuk Google Drive di PC dan Mac yang dihentikan perkhidmatan Tetapi ia bukan dihentikan begitu sahaja, sebaliknya Google telah menyediakan pengganti, iaitu Backup and Sync yang memberikan servis simpanan dan penyalinan yang lebih baik. untuk penggunaan PC dan Mac. Aplikasi Backup and Sync telah sedia untuk digunakan sekarang. Seperti namanya, Backup and Sync boleh menyelaraskan fail dan folder di antara komputer dan storan awan. Lebih baik lagi, ia boleh membuat salinan semua storan di peranti fizikal ke awan. Pilihan fail dan folder yang mahu diseleraskan juga boleh dibuat. Walaupun begitu, ia tidak boleh digunakan untuk pemulihan sistem operasi. Ia hanya membuat salinan fail dan folder sahaja. Untuk simpanan gambar dan video, ia boleh diselaraskan dengan servis Google Photos. Masih ada sekitar 6 bulan sebelum Google Drive for PC/Mac ditamatkan riwayatnya. Waktu yang agak lama, tetapi lebih baik untuk bersiap sedia bertukar ke Backup and Sync dari sekarang. Bagi pengguna perniagaan yang melanggan G Suite, mereka akan dapat melihat fungsi baru, Drive File Stream. Ia membolehkan pengguna perniagaan menyimpan fail di awan, atau menstrimnya bila diperlukan di mana sahaja. [SUMBER: Vernonchan, CNET]

The post Google Drive akan ditamatkan hayat tidak lama lagi appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Nokia 8 Macam Huawei P10 Tapi Signifikan Murah

September 9, 2017 0

Flagship dari jenama telefon yang paling dinantikan ramai, Nokia 8 kini tampil di Malaysia. Seperti yang dijangkakan, setiap komponen yang sepatutnya terpateri pada papan utama flagship 2017 memang ada pada Nokia 8. Malah, ia diumumkan dengan harga yang diluar jangkaan! Anda akan menemui cip Qualcomm terhebat masa kini, Snapdragon 835 yang bergandingan bersama RAM seluas 4GB dan storan dalaman 64GB. Jika masih tidak menucukupi, slot mikro-SD masih ada untuk meluaskan storan. Seperti kebanyakkan flagship 2017, Nokia 8 hadir dengan dua kamera belakang. Kedua-dua kamera menggunakan sensor 13MP F2.0 dengan pembidik fokus laser dan PDAF. Seperti implementasi kamera berkembar Huawei siri P, kamera kedua Nokia 8 menerima sensor monokrom. Tambah mengancam, ia hadir dengan kaca optik Zeiss yang pernah muncul dulu kala di Nokia. Lebih menarik kamera depan turut menggunakan sensor 13MP F2.0. Kehadiran kamera yang serupa di depan dan belakang menjadikan Nokia 8 boleh menangkap gambar depan belakang pada kualiti yang serupa. Malah, Nokia dengan bangganya memperkenalkan istilah Bothie, membuat tangkapan gambar, video mahupun Facebook Live menggunakan kamera depan belakang pada masa yang sama. Bothie – tangkap gambar guna kamera depan belakang serentak Sistem operasi Android yang digunakan adalah siri Nougat dan bebas daripada sebarang UI tambahan ataupun bloatware. Yang menguasakan semua kelengkapan elektronik telefon ini adalah sebuah bateri berkapasiti 3,090 mAh. Ia ada pengecasan pantas Qualcomm Quick Charge 3.0 melalui USB-C, tetapi tidak boleh dicas secara wayarles. Nokia 8 telah mula dijual hari ini pada tanda harga yang sangat menarik, iaitu RM2,299. Paling murah untuk peranti Snapdragon 835, cuma kalah dengan Mi 6 yang berharga RM1,899. Empat pilihan warna disediakan iaitu Polished Blue, Polished Copper, Tempered Blue dan Stainless Steel.

The post Nokia 8 Macam Huawei P10 Tapi Signifikan Murah appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Main game Steam bermasalah kerana disekat SKMM

September 9, 2017 0

Sebagai pemain tegar permainan di bangsa utama komputer, apliknyasi Steam sudah pasti menjadi akses paling penting untuk membeli dan bermain pelbagai permainan komputer. Tetapi pasti ramai pengguna Steam di Malaysia hari ini bermasalah untuk mendaftar masuk aplikasi steam mereka. Adakah Steam bermasalah di seluruh dunia? Tidak, ini kerana Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memohon kepada pemilik Steam iaitu Valve, untuk menyekat akses Steam di Malaysia. Perkara ini diberitahu sendiri oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak. Semua ini gara-gara satu tajuk permainan: Fight of Gods. Fight of Gods merupakan permainan yang direka oleh pembangun dari Taiwan. Ia menampilkan permainan berlawan seperti Street Fighter, tetapi menggunakan watak dewa dan tuhan. Ini yang menyebabkan ia cuba disekat oleh SKMM, kerana mengganggu sensitiviti beragama dan menggugat perpaduan. Beberapa watak yang dapat dilihat dalam permainan ini adalah seperti Zeus dan Odin, serta Moses, Buddha dan Jesus. Satu adegan di dalam Fight of Gods, membelah laut Tambah Salleh lagi, mencipta dan menyebarkan kandungan yang jelik dan menyakitkan hati merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Dalam pada artikel ini ditulis, akses ke Steam masih lagi disekat. Tetapi ia boleh diatasi dengan mengubah DNS, seperti ke Google DNS. Bagaimanapun, menjadi tanggungjawab sendiri jika cuba mengakses ke laman web yang telah disekat sebegini. [SUMBER: TheStar, TheHypedGeek]

The post Main game Steam bermasalah kerana disekat SKMM appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com