terpakai malaysia ucanlah system restorant malaysia

Gambar Dan Spesifikasi Vivo X20 Tertiris – Lebih Berkuasa Berbanding Vivo V7+

September 9, 2017 0

Pelancaran Vivo V7+ pada pertengahan minggu lalu sedikit mengecewakan peminat peranti Vivo berdasarkan komen yang ditinggalkan oleh anda. Vivo V7+ hanya dilengkapi pemproses Snapdragon 450 dan skrin HD. Bagi yang inginkan peranti Vivo dengan skrin FullView Display yang lebih baik, anda mungkin boleh menantikan kemunculan Vivo X20. Gambar sebenar peranti ini berserta spesifikasinya telahpun tertiris […]

Peranti Mana Lebih Berbaloi? – Perbandingan Nokia 8, OnePlus 5 Dan Xiaomi Mi 6

September 9, 2017 0

Nokia 8 dilancarkan di Malaysia semalam pada tanda harga RM 2299. Ini meletakkannya di antara peranti utama paling mampu milik di pasaran sekarang. Tetapi adakah ia masih berbaloi untuk dimiliki? Oleh itu mari lihat perbandingan spesifikasi Nokia 8 dengan OnePlus 5 dan Xiaomi Mi 6. Ketiga-tiga peranti ini adalah peranti-peranti utama yang dijual pada harga […]

Google Drive akan ditamatkan hayat tidak lama lagi

September 9, 2017 0

Terkejut? Ini satu kebiasaan buat Google untuk menghentikan servis mereka. Google Drive yang memiliki jutaan pengguna terutama pemilik telefon pintar Android, akan ditamatkan perkidmatan. Google menyatakan ia akan menghentikan sokongan buat Google Drive for PC/Mac pada 11 Disember 2017. Manakala pada 12 Mac 2018, servis ini akan dihentikan sepenuhnya. Kemaskini: Pengguna Google Drive di peranti lain tidak perlu risau kerana storan awan Google Drive akan kekal beroperasi. Hanya aplikasi untuk Google Drive di PC dan Mac yang dihentikan perkhidmatan Tetapi ia bukan dihentikan begitu sahaja, sebaliknya Google telah menyediakan pengganti, iaitu Backup and Sync yang memberikan servis simpanan dan penyalinan yang lebih baik. untuk penggunaan PC dan Mac. Aplikasi Backup and Sync telah sedia untuk digunakan sekarang. Seperti namanya, Backup and Sync boleh menyelaraskan fail dan folder di antara komputer dan storan awan. Lebih baik lagi, ia boleh membuat salinan semua storan di peranti fizikal ke awan. Pilihan fail dan folder yang mahu diseleraskan juga boleh dibuat. Walaupun begitu, ia tidak boleh digunakan untuk pemulihan sistem operasi. Ia hanya membuat salinan fail dan folder sahaja. Untuk simpanan gambar dan video, ia boleh diselaraskan dengan servis Google Photos. Masih ada sekitar 6 bulan sebelum Google Drive for PC/Mac ditamatkan riwayatnya. Waktu yang agak lama, tetapi lebih baik untuk bersiap sedia bertukar ke Backup and Sync dari sekarang. Bagi pengguna perniagaan yang melanggan G Suite, mereka akan dapat melihat fungsi baru, Drive File Stream. Ia membolehkan pengguna perniagaan menyimpan fail di awan, atau menstrimnya bila diperlukan di mana sahaja. [SUMBER: Vernonchan, CNET]

The post Google Drive akan ditamatkan hayat tidak lama lagi appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Nokia 8 Macam Huawei P10 Tapi Signifikan Murah

September 9, 2017 0

Flagship dari jenama telefon yang paling dinantikan ramai, Nokia 8 kini tampil di Malaysia. Seperti yang dijangkakan, setiap komponen yang sepatutnya terpateri pada papan utama flagship 2017 memang ada pada Nokia 8. Malah, ia diumumkan dengan harga yang diluar jangkaan! Anda akan menemui cip Qualcomm terhebat masa kini, Snapdragon 835 yang bergandingan bersama RAM seluas 4GB dan storan dalaman 64GB. Jika masih tidak menucukupi, slot mikro-SD masih ada untuk meluaskan storan. Seperti kebanyakkan flagship 2017, Nokia 8 hadir dengan dua kamera belakang. Kedua-dua kamera menggunakan sensor 13MP F2.0 dengan pembidik fokus laser dan PDAF. Seperti implementasi kamera berkembar Huawei siri P, kamera kedua Nokia 8 menerima sensor monokrom. Tambah mengancam, ia hadir dengan kaca optik Zeiss yang pernah muncul dulu kala di Nokia. Lebih menarik kamera depan turut menggunakan sensor 13MP F2.0. Kehadiran kamera yang serupa di depan dan belakang menjadikan Nokia 8 boleh menangkap gambar depan belakang pada kualiti yang serupa. Malah, Nokia dengan bangganya memperkenalkan istilah Bothie, membuat tangkapan gambar, video mahupun Facebook Live menggunakan kamera depan belakang pada masa yang sama. Bothie – tangkap gambar guna kamera depan belakang serentak Sistem operasi Android yang digunakan adalah siri Nougat dan bebas daripada sebarang UI tambahan ataupun bloatware. Yang menguasakan semua kelengkapan elektronik telefon ini adalah sebuah bateri berkapasiti 3,090 mAh. Ia ada pengecasan pantas Qualcomm Quick Charge 3.0 melalui USB-C, tetapi tidak boleh dicas secara wayarles. Nokia 8 telah mula dijual hari ini pada tanda harga yang sangat menarik, iaitu RM2,299. Paling murah untuk peranti Snapdragon 835, cuma kalah dengan Mi 6 yang berharga RM1,899. Empat pilihan warna disediakan iaitu Polished Blue, Polished Copper, Tempered Blue dan Stainless Steel.

The post Nokia 8 Macam Huawei P10 Tapi Signifikan Murah appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Main game Steam bermasalah kerana disekat SKMM

September 9, 2017 0

Sebagai pemain tegar permainan di bangsa utama komputer, apliknyasi Steam sudah pasti menjadi akses paling penting untuk membeli dan bermain pelbagai permainan komputer. Tetapi pasti ramai pengguna Steam di Malaysia hari ini bermasalah untuk mendaftar masuk aplikasi steam mereka. Adakah Steam bermasalah di seluruh dunia? Tidak, ini kerana Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memohon kepada pemilik Steam iaitu Valve, untuk menyekat akses Steam di Malaysia. Perkara ini diberitahu sendiri oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak. Semua ini gara-gara satu tajuk permainan: Fight of Gods. Fight of Gods merupakan permainan yang direka oleh pembangun dari Taiwan. Ia menampilkan permainan berlawan seperti Street Fighter, tetapi menggunakan watak dewa dan tuhan. Ini yang menyebabkan ia cuba disekat oleh SKMM, kerana mengganggu sensitiviti beragama dan menggugat perpaduan. Beberapa watak yang dapat dilihat dalam permainan ini adalah seperti Zeus dan Odin, serta Moses, Buddha dan Jesus. Satu adegan di dalam Fight of Gods, membelah laut Tambah Salleh lagi, mencipta dan menyebarkan kandungan yang jelik dan menyakitkan hati merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Dalam pada artikel ini ditulis, akses ke Steam masih lagi disekat. Tetapi ia boleh diatasi dengan mengubah DNS, seperti ke Google DNS. Bagaimanapun, menjadi tanggungjawab sendiri jika cuba mengakses ke laman web yang telah disekat sebegini. [SUMBER: TheStar, TheHypedGeek]

The post Main game Steam bermasalah kerana disekat SKMM appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

SKMM Ambil Langkah Tepat Halang Tuhan Berperang

September 9, 2017 0

Kecoh satu dunia apabila pihak berkuasa Malaysia menyekat perkhidmatan Steam daripada Internet-nya gara-gara (Fight of Gods) FoG. Menurut portal TheStar, sekatan itu diarahkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) selepas mereka berpendapat permainan itu telah melanggar Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana didapati menyebarkan kandungan yang mengkeji. Akses Steam sudahpun dipulihkan tetapi permainan ini sudah tidak boleh dimuat turun oleh pengguna Steam di Malaysia. FoG sudah tiada dalam senarai harga FoG adalah sebuah permainan dengan tema gocoh seperti Street Fighter yang dibangunkan oleh sebuah syarikat kerdil dari Taiwan. Ia menampilkan 9 karakter yang diambil insipirasinya daripada agama, mitos, dan karya sastera dari seluruh dunia. Sejauh mana kejinya FoG? Mari kita lihat 9 karakter yang ada dalam permainan ini. Amaterasu Amaterasu adalah ikon utama dalam agama Shinto yang berasal dari Jepun. Dia ialah dewi matahari dan juga alam semesta. Kewujudan Amaterasu terjadi selepas Izanagi membasuh mata kirinya di sungai Woto. Dua lagi adik-beradik Amaterasu ialah Susanoo, dewa ribut, dan Shina-tsu-hiko, dewa angin. Anubis Sebagai dewa tertua dalam agama Mesir purba. Anubis dikaitkan dengan pemumiaan dan kehidupan selepas mati. Dia bertugas sebagai penjaga makam, pemelihara jasad si mati, dan membantu roh selepas mati. Warna hitam badannya melambangkan kesuburan yang dibawa oleh Sungai Nil Athena Athena ialah penaung kepada kota Athens dan turut bertugas sebagai dewi perang, kebijaksanaan, dan kemahiran. Dia ialah anak kepada Zeus dan Metis. Athena lahir selepas dahi Zeus ditetak menggunakan sebilah labrys, tukul kepala berkembar. Dia yang sudah dewasa keluar melalui celahan dahi Zeus lengkap bersenjata, sedia untuk berperang. Buddha Gautama Buddha adalah individu daripada Nepal yang hidup sekitar 563 hingga 483 sebelum Masihi. Dialah yang menubuhkan ajaran Buddha selepas bermeditasi selama 49 hari di bawah pokok Bodhi. Duduk gaya teratai adalah posisi duduk terkenal yang diajar oleh Buddha khas untuk bermeditasi. GuanGong GuanGong ialah seorang general yang hidup sekitar 160 hingga 219 masihi. Dia bersama-sama sahabatnya, Liu Bei menentang dinasti Wei untuk menubuhkan dinasti Shu Han. Nama GuanGong diabadikan oleh Luo Ben, seorang penulis yang hidup sekitar 1330 hingga 1400, dalam karyanya Romance of The Three Kingdoms. Jesus Jesus Christ adalah tokoh suci utama dalam agama Kristian. Doktrin Kristian menyatakan bahawa Jesus telah dilahirkan oleh seorang perempuan dara bernama Mary. Dia memiliki kuasa sakti, menubuhkan ajaran Kristian, mati dipancang salib untuk menebus kesalahan, hidup kembali sebelum diangkat ke “Syurga”, dan akhirnya kembali ke bumi untuk melawan kejahatan. Moses Pada zaman mesir purba, firaun mengarahkan semua kanak-kanak lelaki yang baru lahir dilemaskan dalam sungai Nie kerana percayakan  satu ramalan yang takhtanya akan dirampas oleh seorang lelaki. Walau bagaimanapun, seorang bayi lelaki berjaya dibesarkan oleh puteri kandung firaun tersebut tanpa menyangka bayi itulah yang akan menghancurkan empayar firaun masuk ke Laut Mati. Odin Odin adalah ketua kepada keluarga Æsir. Dia ialah Bapa kepada semua Tuhan Nordic dan tinggal di Asgard. Dia turun ke medang perang menunggang Sleipnir, kuda berkaki lapan. Kemudian, dia juga bertarung menggunakan lembingnya yang bernama Gungnir dan miliki Hugin dan Munin, dua ekor gagak yang sentiasa melaporkan apa yang terjadi di sekeliling jajahan takluknya. Sif Sif ialah isteri kepada Thor dan dikaitkan dengan kesuburan. Rambut Sif yang berwarna perang melambangkan tumbuhan gandum yang sedang ranum. Zeus Sesudah dewasa, Zeus telah merancang untuk merampas takhta ayahnya Cronus. Dia telah membebaskan Cyclopes dan Hecatonchires, adik-beradik Cronus. Sebagai balasan, Cyclopes menganugerahi Zeus senjata petir. Zues kemudiannya berperang dengan semua Titans termasuklah Cronus dalam perang Titanomachy sebelum bersemayam di Gunung Olympus dan mengambil posisi sebagai tuhan petir. SKMM Ambil Langkah Tepat Tindakan SKMM untuk menghalang keseluruhan domain steampowered.com berlaku selepas pihak SKMM mengeluarkan notis 24 jam untuk pihak Steam menurunkan permainan FoG. Oleh sebab tiada maklum balas daripada pihak Steam, SKMM bertindak menghalang akses menerusi DNS. Kami berpendapat, terdapat tiga sebab yang mungkin digunakan oleh SKMM untuk mengadakan sekatan tersebut. Pertama adalah, Jesus dan Moses boleh juga merujuk pada dua orang tokoh nabi dan rasul dalam agama Islam tambah-tambah lagi umat Islam memang tidak menggunakan agama sebagai sumber humor. Hujah kedua adalah kemajmukan masyarakat di Malaysia harus dipelihara. Bukan saja penganut Islam, malah penganut Kristian turut menerima impak dek kehadiran Jesus dan Moses dalam permainan itu. Yang terakhir adalah setakat ini, masih belum pernah permainan video memasukkan imej Jesus. Tambah menggusarkan, pihak pembangun telah meminta cadangan daripada pemainnya berkaitan karakter apa yang ingin mereka lihat dalam FoG. dan ramai yang meminta Muhammad. FoG adalah sebuah permainan yang besar potensinya kerana masih sedikit pemainan bergenre fighting yang melibatkan karakter mitologi. Karakter mitos seperti Thor ataupun lagenda-lagenda dalam novel Romance of Three Kingdoms masih boleh digunakan. Tambah menarik, mereka boleh bersumberkan sumber sastera nusantara dan menggunakan watak seperti Hang Tuan dan Gatotkaca. Adakah anda ingin bermain FoG?

The post SKMM Ambil Langkah Tepat Halang Tuhan Berperang appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

DAUN CERI PENYEMBUH DIABETES?

September 8, 2017 0

Malaysia bukan saja mengungguli Sukan SEA yang dianjurkan baru-baru ini. Negara kita juga mengungguli carta diabetes (kencing manis) dan obesiti antara yang tertinggi di Asia. Jadi, tidak hairanlah ubat-ubatan dan herba yang berkaitan dengan ‘kurus’ dan ‘mengubati kencing manis’ menjadi berita tular yang tidak berkesudahan. Muncul lagi cerita tular mengenai air rebusan sejenis daun ceri […]

The post DAUN CERI PENYEMBUH DIABETES? appeared first on Root of Science.

Saintis ini Menggunakan Darah Sendiri Untuk Kajian Beliau

September 8, 2017 0

Emily Dennis seorang penyelidik spesis nyamuk Aedes aegypti di Rockefeller University, mengejutkan seorang jurugambar Alex Wild apabila menunjukkan kaedah bagaimana dia memberi makan nyamuk ‘peliharaannya’ di makmal university tersebut. Menurut Emily, nyamuk Aedes aegypti liar,  merupakan spesis nyamuk yang menyebarkan virus demam kuning (yellow fever), denggi dan chikungunya. Walaubagaimanapun, nyamuk peliharaannya di makmal bersih dan bebas […]

SKMM Potong Steam – Akses Ke Kedai Atas-Talian Steam Dihalang Di Malaysia

September 8, 2017 0

Lanjutan daripada isu mengenai permainan Fight of Gods, kini ia dilihat akses ke perkhidmatan kedai-atas talian permainan Steam telah dihalang akses di Malaysia. Bagi yang tidak mengenali akan Steam, ia merupakan perkhidmatan hab setempat untuk membeli permainan video yang disediakan oleh Valve, selain turut menghidupkan dunia komuniti peminat permainan video disebaliknya. Daripada percubaan kami, ia […]

Samsung Galaxy S8 Dan Note 8 Kini Menyokong Penstriman Video HDR YouTube

September 8, 2017 0

Tidak banyak peranti yang dilengkapi skrin dengan teknologi HDR. Samsung Galaxy S8, S8+ dan Note 8 adalah antara yang menyokongnya. Hari ini ketiga-tiganya juga menjadi peranti paling awal mempunyai kemampuan menstrim kandungan YouTube HDR. Kemaskini terkini aplikasi YouTube mengaktifkan fungsi ini pada peranti keluaran Samsung. Apabila video HDR dimainkan, pengguna boleh melihat pilihan HDR pada […]