Vivo V17 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 17 Disember

Disember 12, 2019 0

Peranti Vivo V17 Pro dilancarkan di Malaysia pada bulan Oktober lalu. Tetapi pada 17 Disember ini tiba giliran Vivo V17 pula dilancarkan. Walaupun menggunakan nama yang hampir sama, rekaan V17 adalah berbeza dengan kamera yang diletakkan di dalam bonjol berbentuk segi empat tepat dan tanpa kamera pop naik. Vivo V17 hadir dengan skrin 6.44-inci Super […]

Samsung Galaxy A51 Kini Rasmi – Kamera Utama 48 MP Dan Android 10

Disember 12, 2019 0

Peranti dengan rekaan kamera empat segi digunakan oleh Samsung pada Galaxy M30s beberapa bulan yang lalu. Hari ini Samsung Galaxy A51 diumumkan di Vietnam secara rasmi da ia juga hadir dengan bonjol kamera empat segi dan juga sistem operasi Android 10. Samsung Galaxy A51 dilengkapi skrin 6.5″ FHD+ SAMOLED, dijana cip Exynos 9611, memori 6GB […]

Ulasan: Garmin Venu – Penjejak Kesihatan Versatil Yang Boleh Uji Stres

Disember 12, 2019 0

Garmin adalah syarikat yang terkenal dengan perkakasan GPS atau navigasi. Sebagai satu syarikat teknologi, mereka juga tidak ketinggalan dalam arena peranti boleh pakai. Mereka ada banyak produk peranti boleh pakai, seperti Garmin Venu, Garmin MarQ, Garmin Fenix dan lain-lain. Jam tangan pintar mereka bukanlah seperti jam tangan pintar Wear OS atau watchOS, tetapi mempunyai sistem […]

Samsung Galaxy A71 Kini Rasmi – Kamera Utama 64MP Dan Android 10

Disember 12, 2019 0

Rekaan Samsung Galaxy A71 tertiris beberapa minggu yang lalu dan menjadi satu lagi peranti dengan bonjol kamera berbentuk empat segi tepat. Hari ini Samsung Galaxy A51 telah dilancarkan dan pada acara yang sama Galaxy A71 turut diumumkan di Vietnam secara rasmi dan mengesahkan rekaan yang tertiris tersebut, Samsung Galaxy A71 dilengkapi skrin 6.7″ FHD+ SAMOLED, […]

Netflix Menguji Bayaran Tahunan Dengan Diskaun 50% Di India – Pelan Premium Sekitar RM24 Sebulan

Disember 12, 2019 0

Semalam telah kami laporkan yang Netflix hadir dengan pelan untuk peranti mudah alih di Indonesia. Pelan ini ditawarkan pada harga yang lebih murah berbanding di Malaysia, iaitu Rp 49,000 (~RM14.52). Di Malaysia harga pelan ini adalah RM17. Terkini di India, Netflix dilihat menguji pelan bayaran yang lebih murah. Pelan ini adalah pelan tahunan dan lebih […]

Klon AirPods Dari Realme, Realme Buds Air Disahkan Menyokong Pengecasan Nirwayar

Disember 12, 2019 0

Dua hari lepas, telah kami laporkan yang Realme bakal melancarkan TWS mereka tersendiri Realme Buds Air. Ia adalah set fon telinga nirwayar sebenar dari Realme dengan rekaan yang 99% mirip Apple AirPods. Jadi, boleh dikatakan ini adalah aksesori audio klon yang berjenama? Realme Buds Air ini hanya akan dilancarkan pada 17 Disember kelak dan tidak […]

TM One Dan MPSJ Menandatangani Memorandum Kerjasama Untuk Membangunkan Projek Bandar Pintar Di SS15

Disember 12, 2019 0

Baru-baru ini, syarikat telekomunikasi tempatan Telekom Malaysia dilaporkan bahawa mereka telah memulakan ujian penggunaan rangkaian 5G mereka di kawasan SS15, Subang Jaya. Hari ini, pihak TM One telah menandatangani perjanjian bersama-sama dengan Majlis Perbandaran Subang Jaya untuk membangunkan beberapa projek yang menggunakan rangkaian 5G yang sedang diuji di kawasan SS15 sekarang. Diantaranya ialah projek Smart […]

Facebook Messenger Dikemaskini Dengan Tema Star Wars: The Rise of Skywalker

Disember 12, 2019 0

Minggu hadapan pada 19 Disember 2019, Star Wars: The Rise of Skywalker akan ditayangkan di pawagam Malaysia. Filem ini adalah filem terakhir yang memfokuskan kisah Skywalker, filem ke sembilan, dan trilogi terakhir. Banyak teori menarik, banyak info menarik dan pelbagai kejutan yang Disney sediakan untuk peminat. Pasti ramai yang tidak sabar. Sempena tarikh tayangan yang […]

(Ura-Ura) Samsung Galaxy S11 Mungkin Dilancarkan Pada 18 Februari 2020

Disember 12, 2019 0

Dengan kehadiran tahun 2020, pelbagai desas-desus akan hadir berkaitan dengan telefon pintar mercu akan datang daripada pelbagai pengeluar, termasuk Samsung. Samsung sering memperkenalkan telefon pintar mercu terbaru mereka sekitar Februari, dan kini mengikut desas-desus terbaru, Samsung dikatakan akan memperkenalkan telefon pintar siri Galaxy S11 dan juga Galaxy Fold 2 pada 18 Februari 2020 kelak. Samsung […]

Nokia C1 Diumumkan – Peranti Android 9 Go Mampu Milik

Disember 12, 2019 0

Jenama Nokia dibina dengan penghasilan telefon mampu milik yang ditawarkan di kesemua perosok dunia. DNA Nokia masih lagi wujud selepas peranti dihasilkan oleh HMD Global. Di Kenya semalam, Nokia C1 telah diumumkan dan ia adalah sebuah peranti Android 9 Go Edition mampu milik, Nokia C1`dilengkapi skrin 5.45″ LCD 480 x 960 pixel, dijana cip 1,2GHZ […]