Galaxy Note8 Jadi Mahakarya Samsung Kerana 8 Sebab Ini

Ogos 25, 2017 0

Samsung Galaxy Note8 adalah sebuah telefon yang amat canggih. Kecanggihannya menyelaputi dari luar hingga dalam telefon itu sendiri. Pada papan utama, anda menemui cip pemproses 10nm yang terkini, RAM paling besar pernah dipateri pada mana-mana telefon Samsung sebelum ini serta konfigurasi kamera berkembar, turut yang pertama dalam keluarga telefon Samsung. Sungguhpun dibelengu dosa sebelum ini, Samsung tetap menyuntik seribu-satu penambahbaikkan pada Note8 bagi menghargai sokongan peminat siri Note yang setia menyokong selama ini. Sementara menunggu peranti ini tiba di Malaysia, mari lihat 8 perkara yang menarik tentang Note8. 1. Kedua-Dua Kamera Belakang Ada OIS Ya, Note8 adalah telefon pertama dunia yang memiliki OIS pada kedua-dua kameranya. Hal ini bermakna, anda tidak perlu risau gambar atau video kabur sama ada kamera utama atau kamera sekunder digunakan untuk menangkap gambar. OIS pada kamera telefoto amat penting berbanding pada kamera bukan telefoto kerana semasa mengezum, bukan saja imej diperbesar, segala gegaran turut digandakan selari jarak zum. 2. Penagih Bokeh Pasti Menggemari Live Focus Kehadiran kamera kedua di belakang Note8 dimanfaatkan Samsung sepenuhnya. Dua kamera itu berganding bahu untuk menyukat kedalam ruang 3D dihadapannya. Hasilnya, kesan bokeh boleh disimulasikan melalui fungsi Live Focus yang ada pada apps kamera Note8. Apabila diaktifkan, kamera 1 dan 2 akan menangkap gambar secara serentak kemudian sistem akan mengenakan kesan bokeh yang boleh dilaraskan tahap mengikut citarasa penggunanya. Disebabkan kedua-dua kamera memiliki sensor 12MP yang serupa. Anda akan beroleh dua gambar berkualiti tinggi tapi  berlainan perspektif, satu wide dan satu lagi gambar zum kepada subjek. 3. Tunjuk Terjemah Guna S-Pen S-Pen adalah sesuatu yang unik pada fablet Android keluaran Samsung ini. Setakat ini, masih tidak ada pengeluar android yang lain mampu menyaingi kecanggihan S-Pen. Setiap tahun, mereka sentiasa menambah baik S-Pen dan pada tahun ini, fungsi menarik yang telah disuntik mereka adalah fungsi “tunjuk terjemah”. Sebelum ini, anda boleh memilih perkataan untuk diterjemah menggunakan S-Pen. Tunjuk terjemah pula akan menterjemah seluruh ayat apabila anda mengapungkan S-Pen di atas ayat tersebut. 4. Catat Nota Hatta Telefon Masih Berkunci Hanya dengan mengeluarkan S-Pen daripada perumahnya, Note8 akan bersiap sedia untuk merakam tulisan anda walaupun telefon masih belum dibuka. Itulah ciri yang amat dialu-alukan pada buku nota digital ini. Ia mampu menyimpan sehingga 100 halaman nota pada satu-satu masa. Selepas ini, suri rumah tak perlu risau tertinggal barang dapur kerana semuanya boleh dicatat pada telefon. Dengan tahap kekalisan debu/air IP68, Note8 tidak akan berdepan masalah berlegar disekitar dapur. 5. Multitasking Segaya Bos Dengan App Pair Skrin beresolusi 18.5:9 yang didukung oleh teknologi Infinity Display ini cukup untuk memuatkan dua segi empat sama. Ia boleh dimanfaatkan menerusi fungsi App Pair pada Note8. Pengguna boleh menetapkan pasangan aplikasi yang paling berguna buat mereka seperti YouTube dan WhatApps untuk dilancarkan serentak sebelah-menyebelah. Hasilnya, mereka boleh menonton video sambil berborak. 6. Jalankan 2 WhatsApp Sekali Gus Guna Dual Messenger Seperti fungsi dual SIM pada telefon yang membenarkan dua nombor telefon berbeza digunakan pada satu telefon, dual messenger pula adalah penyelesaian untuk aplikasi permesejan. Anda boleh menggunakan aplikasi seperti WhatsApp dan mengaktifkan sehingga 2 akaun serentak. Ia amat berguna terutama buat pengguna yang memiliki akaun khas seperti akaun perniagaan atau pejabat untuk mereka kekal berhubung dengan klien ataupun rakan sekerja yang lain. 7. Pembantu Maya Bernama Bixby Sedia Berkhidmat Bixby adalah pesaing kepada Google Assistant dan juga Siri. Ia pertama kali diperkenalkan semasa pelancaran Samsung Galaxy S8. Bixby mempunyai tiga bahagian iaitu Voice, Vision, dan Home. Bixby Voice adalah fungsi yang baru disebarluaskan sehari sebelum pelancaran Note8. Ia diaktifkan apabila mengenal pasti suara tuannya dan boleh menjalankan pelbagai arahan. 8. Infinity Display Yang Menawan Samsung memang raja panel paparan. Daripada Super AMOLED hinggalah Infinity Display, mereka sentiasa berinovasi untuk memacu pertumbuhan teknologi pada telefon pintar. Sisi melengkung pada Note8 memberikan ilusi telefon ini tiada bingkai tepi. Malahan, bingkai atasnya amat minimum, jika adapun hanyalah untuk menempatkan kamera, dan sensor-sensor yang penting untuk telefon berfungsi. Nisbah paparan 18.5:9 pula sudah tentu memberikan pengalaman multimedia yang terbaik. Apakah fungsi baru Galaxy Note8 yang paling anda gemari?

The post Galaxy Note8 Jadi Mahakarya Samsung Kerana 8 Sebab Ini appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Lumix GH5 Sambut 60 Tahun Merdeka Dengan 6 Filem Pendek

Ogos 25, 2017 0

Berbekalkan sebuah kamera Panasonic Lumix GH5, 6 orang anak muda yang berbakat telah menghasilkan 6 filem pendek yang berbeza bersempena 60 tahun sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini. “HACTION! Shot on Lumix GH5 (HACTION!) adalah satu pertandingan yang dianjurkan dengan kerjasama antara Panasonic Malaysia dengan HATCH, satu saluran YouTube bawah kelolaan Media Prima. Sebanyak 6 orang peserta telah disenaraikan untuk mewakili gaya dan genre tertentu. Mereka telah diberikan masa selama 30 hari dan dana sebanyak RM4,000 untuk menghasilkan sebuah filem pendek pendek tidak melebihi 5 minit. Tema yang dtetapkan adalah kepelbagaian Malaysia selama 60 tahun kemerdekaan. filem pendek telah diadili oleh tiga orang pengadil iaitu: Ahmad Izham Omar, CEO Permeworks Studios Hiroyuki Muto, Timbalan Pengarah Urusan Panasonic Malaysia Low Ngai Yuen, pengarah dan pelakon terkenal 70% markah telah diberi oleh pengadil manakala baki 30% diperoleh menerusi undian dalam talian. Pemenang HACTION!, Sherwynn Victor, telah menerima wang tunai sebanyak RM8,000 beserta satu set kamera LUMIX GH5 beserta aksesori yang lain. Selain memberi peluang kepada bakat-bakat tempatan menyerlahkan idea dan mempamerkan bakat mereka dalam bidang filem pendekgrafi, HACTION! juga adalah salah satu platform Panasonic untuk membuktikan keupayaan Lumix GH5 dalam dunia filem pendek. Anda boleh menonton lima lagi filem pendek yang turut menyertai HACTION! di bawah. Unsunk Heroes’ by Zul Luey ‘MerdekaKu’ by Aliff Zulkifli ‘Pride’ by Wong Sai Meng ‘Big Tea Rice’ by Dexter Lo Fu Xin De Ren’ by Amanda Nell Eu

The post Lumix GH5 Sambut 60 Tahun Merdeka Dengan 6 Filem Pendek appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Pemenang utama Celcom Game Hero bolot wang tunai RM417 ribu

Ogos 25, 2017 0

Dengan meluangkan masa bermain game di telefon pintar, mereka berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah ratusan ribu ringgit. Game yang dimaksudkan adalah Sky Invasion 3D, game pertama dalam siri pertandingan Celcom Game Hero. Pusingan akhir Sky invasion 3D telah diadakan pada hari Selasa lepas, 22 Ogos 2017 yang mengumpulkan 10 pemain terbaik. 10 pemain terbaik ini dikumpulkan selepas 4 bulan permainan ini diadakan. Bagaimanapun, hanya dua pemain yang berjaya melepasi jumlah markah yang ditetapkan penganjur, sekaligus membolot hadiah wang tunai yang disediakan. Ahmad Fazli, seorang pramugara daripada Seremban, membawa pulang hadiah utama sebanyak RM417,500. Manakala tempat kedua disandang oleh Mohd Farhan, menerima wang tunai sebanyak RM317,500. Kedua-dua mereka menerima hadiah ini dalam satu majlis yang dihadiri oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Yang Berhormat Dato’ Jailani Johari. Beliau turut berbesar hati untuk menyampaikan hadiah ini kepada Ahmad Fazli dan Mohd Farhan. Dato’ Jailani mencuba permainan Se7en Gear Pertandingan Celcom Game Hero ini belum berakhir, kerana peringkat kedua telahpun bermula. Permainan tembak menembak dalam Sky Invasion 3D, kini digantikan oleh Se7en Gear, sebuah permainan perlumbaan arked 3D di jalanraya. Menggunakan format pertandingan yang sama seperti sebelumnya, Se7en Gear yang dihasilkan oleh Techninier menyediakan lapan peringkat kemahiran. Permainan ini telahpun bermula sejak 2 Julai dan akan berjalan selama 4 bulan. Penyertaan hanya terbuka kepada pengguna Celcom dan Xpax sahaja. Mereka yang berminat untuk menyertai, boleh memuat turun permainan Se7en Gear di Apple Appstore dan Google Playstore. Langganan mingguan sebanyak RM3 juga akan dikenakan kepada pemain, sehingga tamat pertandingan. Pemain akan memulakan permainan dengan sebuah kenderaan, kemudian menerima lebih banyak kenderaan dan perkakas menaik taraf kenderaan sepanjang permainan. Tetapi Se7en Gear turut menyediakan pembelian dalam permainan, bagi mereka yang mahu berbelanja lebih bagi menaik taraf kenderaan dengan cepat. Hadiah berjumlah RM500,000 disediakan dalam pelbagai bentuk. Hadiah utama adalah kereta BMW 3-series, Honda Jazz dan juga Perodua Bezza. Hadiah-hadiah lain pula adalah seperti telefon pintar iPhone 7 Plus, Samsung Galaxy S8, Apple Watch, Samsung Gear S3, OPPO R9s Plus serta wang tunai RM2,000 dan RM1,000. Pemain terbaik akan dicari dalam tempoh empat bulan pertandingan ini dijalankan. Kemudian mereka akan dipanggil untuk berentap dalam pusingan akhir bagi memenangi hadiah yang disebutkan di atas tadi. Adakah anda bersedia untuk menjadi pelumba Se7en Gear? Maklumat lanjut tentang pertandingan seperti syarat, kelayakan dan hadiah, boleh dirujuk di laman web www.gamehero.my.

The post Pemenang utama Celcom Game Hero bolot wang tunai RM417 ribu appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

HTC U11 Dijangka Menerima Kemaskini Android 8.0 Oreo Sebelum Penghujung 2017

Ogos 25, 2017 0

Lanjutan daripada tempoh hari, kini pihak HTC berkongsi mengatakan HTC U11 akan menerima kemaskini Android 8.0 Oreo pada suku ke-4 tahun ini – sekaligus membolehkan anda menikmati versi terbaru Android pada telefon pintar HTC anda sebelum tahun baru 2018. HTC U11 merupakan salah satu telefon pintar utama pada 2017 ini daripada HTC – hadir dengan […]

Asus Zenfone 4 Selfie Pro, Zenfone 4 Selfie Dan Zenfone 4 Max Pro Sudah Boleh Dibeli Di Malaysia

Ogos 25, 2017 0

Asus telah menawrakan pra-tempahan untuk Asus Zenfone 4 Selfie Pro, Zenfone 4 Selfie dan juga Zenfone 4 Max Pro sejak daripada minggu lepas – selepas ia dilancarkan di Taiwan. Kini, selang seminggu, telefon pintar berkenaan telah pun mula dijual secara rasminya di Malaysia. Antara ketiga-tiga peranti, Asus Malaysia dilihat lebih memfokuskan kepada pemasaran Asus Zenfone […]

Gambar Sony Xperia XZ1 Tertiris Dengan Rekaan Seumpama Peranti Xperia Sebelum Ini

Ogos 25, 2017 0

Bagi para peminat Sony, ia kini dilihat pihak Sony sedang dalam persiapan untuk memperkenalkan sebuah telefon pintar baru seawal pada acara IFA 2017 yang dijadualkan minggu hadapan. Dikenali dengan nama Sony Xperia XZ1, melalui gambar yang tertiris, ia kelihatan menawarkan rekaan yang lebih kurang sama seperti sebelum-sebelum ini. Mengikut desas-desus, ia dikatakan bakal menawarkan spesifikasi […]

Kucing Munchkin Yang Comel

Ogos 24, 2017 0

Peminat-peminat kucing pasti ramai yang mengenali kucing yang digelar sebagai ‘Munchkin’ yang begitu comel. Ia lebih terkenal apabila video Paris Hilton yang memaparkan dua ekor kucing Munchkin di Instagram beliau. Makin ramai peminat yang berangan-angan memiliki kucing Munchkin ini walaupun harganya mencecah puluhan ribu ringgit. KUCING MUNCHKIN YANG COMEL Kucing Munchkin merujuk kepada kucing berkaki […]

The post Kucing Munchkin Yang Comel appeared first on Root of Science.

Tonino Lamborghini Hadir Dengan Telefon Mewah, Alpha One Pada Harga Melangkaui RM10,000

Ogos 24, 2017 0

Tonino Lamborghini yang terkenal dengan penawaran pelbagai produk mewah, hari ini telah memperkenalkan sebuah telefon pintar mewah mereka tersendiri, dinamakan sebagai Alpha One. Telefon pintar ini menawarkan skrin bersaiz 5.5-inci dengan resolusi WQHD, dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 820, memori sehingga 4GB RAM dan ruangan storan sehingga 64GB. Untuk rakaman gambar, ia dilengkapi kamera belakang 20-megapixel, […]

(Ura-Ura) SK Planet Mungkin Menarik Diri Daripada Perniagaan E-Dagang Di Malaysia

Ogos 24, 2017 0

SK Planet merupakan rakan kerjasama Celcom untuk melancarkan 11Street di Malaysia. Kini, hadir ura-ura mengatakan SK Planet mungkin menarik diri daripada perniagaan e-dagang diluar Korea Selatan. Buat masa ini, SK Planet telah menarik diri dari Indonesia dan menjual pegangan mereka kepada rakan kerjasama di sana. Pada masa yang sama, ia dikatakan SK Planet juga mungkin […]

Ini Adalah Contoh Gambar-Gambar Yang Diambil Menggunakan Samsung Galaxy Note 8

Ogos 24, 2017 0

Samsung Galaxy Note 8 ialah percubaan pertama gergasi Korea Selatan dalam menggunakan sistem dwi-kamera pada peranti pintar. Mereka memilih menggabungkan kamera lensa biasa dan sebuah lensa telephoto yang mampu melakukan zoom optikal 2X. Selalunya pada percubaan sulung, kemampuan kamera tidak memuaskan. Tetapi selepas menggunakan Note 8 selama dua hari kami amat berpuas hati dengan kualiti […]