Kenali James Clerk Maxwell : Bapa Gelombang elektromagnet

Januari 26, 2017 0

Penemuan Faraday berkenaan elektrik dan magnet tidak berhenti ketika beliau hidup sahaja. Seorang ahli Fizik Scottish bernama James Clerk Maxwell telah meneruskan lagi kajian Faraday berkenaan elektrik dan magnet. Berbeza dengan Faraday yang tidak bersekolah, Maxwell pula mempunyai pendidikan yang tinggi. Beliau berasal dari keluarga yang berada. Bapanya seorang peguam, manakala ibunya telah meninggal dunia ketika beliau berumur 8 tahun. Maxwell telah bersekolah di Edinburgh Academy dan dikenali kerana sikapnya yang suka menyendiri. Disebabkan itu beliau kerap diusik oleh rakannya. Mereka menggelarnya “Dafty” untuk mengejeknya. Entahlah, apa pula maksud “Dafty” ini kami sendiri tak tahu. Selepas tamat sekolah, Maxwell melanjutkan pelajarannya ke univerisiti Edinburgh dan kemudian memasuki pula universiti Cambridge selepas itu. Justeru, tidak hairan kenapa Maxwell banyak memahami selok belok teknikal dan matematik yang membelakangi ilmu fizik. Kajian Maxwell berkenaan elektrik dan magnet mempunyai pengaruh yang sangat besar kepada dunia fizik hari ini. Einstein pernah menyebut sumbangan Maxwell sebagai ” the most profound and the most fruitful that physics has experienced since the time of Newton“. Ini menunjukkan betapa besarnya impak kerja Maxwell kepada dunia fizik. Pada tahun 1864, iaitu 3 tahun sebelum kematian Michael Faraday, Maxwell telah menghasilkan sebuah persamaan yang menerangkan semua fenomena yang bersangkut paut dengan elektrik ...

Kenali Louis de’ Broglie, pengasas teori gelombang zarah

Januari 26, 2017 0

Pernah terdengar mengenai elektron? Semua orang tahu elektron adalah kejadian zarah. Tetapi sebenarnya elektron bukan sahaja bersifat zarah, tetapi juga adalah gelombang! Perkara ini telah diusulkan oleh Louis De’ Broglie pada tahun 1924 (sebutan Broglie ialah “broylee” bukan brogeli). Broglie adalah ahli fizik berasal daripada Perancis. Jika dibuka sejarah, De’ Broglie bukanlah berasal dari jurusan fizik. Pada mulanya beliau mengambil pengajian sejarah di universiti dan menamatkannya pada tahun 1910. Apabila minat beliau terhadap fizik bercambah, De’ Broglie mengambil pula pengajian dalam fizik dan menamatkannya pada tahun 1913. Selepas itu, namanya telah disenaraikan untuk menyertai angkatan tentera, dan beliau telah menghabiskan masanya di antara tahun 1914 sehingga 1918 berkhidmat dalam tentera. Pada tahun 1924, De’ Broglie telah menamatkan tesis kedoktorannya dalam bidang fizik. Tesisnya bertajuk Recherches sur la theorie des Quanta (Researches on the quantum theory) dan disinilah beliau mengemukakan idea elektron yang juga bersifat gelombang. Idea ini mendapat bantahan daripada ahli fizik di zaman tersebut. Malah terdapat juga yang inginkan tesis kedoktoran beliau ditolak. Ini kerana sejak daripada penemuan elektron pada tahun 1897 oleh J.J. Thomson, elektron telah dianggap oleh semua orang sebagai zarah. Apabila de Broglie muncul dengan idea gelombangnya, ia telah menyanggah kepercayaan yang selama ini dianuti oleh komuniti ...

Kenali Albert Einstein saintis Agung abad ke 20

Januari 26, 2017 0

Albert Einstein berasal dari Ulm, Jerman dan dilahirkan pada tahun 1879. Beliau merupakan pengasas kepada teori relativiti khas ( special theory of relativity ) dan teori relativiti umum (general theory of relativity). Ketika berumur 21 tahun, beliau telah tamat belajar di Zurich Politechnikum, Jerman. Namun setelah 8 bulan tamat belajar beliau sendiri gagal mendapat apa-apa tawaran pekerjaan. Pada mulanya beliau yakin tawaran bekerja pasti berkepok-kepok datang kepada beliau. Ini kerana, pencapaian akademiknya tidaklah teruk iaitu 4.91 daripada 6.00. Antara sasaran pekerjaan beliau ialah menjadi pembantu fizik kepada seorang profesor fiziknya bernama Heinrich Weber. Malangnya di antara 4 orang pelajar yang ditemuduga, 3 orang daripadanya telah dilantik menjadi pembantu penyelidik kepada professor tertentu, sementara Einstein sebagai  orang keempat langsung tidak mendapat tawaran apa-apa. Sebaliknya Weber telah melantik 2 orang pelajar lain dan bukan Einstein sebagai pembantunya. Tapi, Einstein tidak berputus asa. Beliau meneruskan usahanya dengan memohon pula kepada Wilhelm Ostwald dari Leipzig, Jerman dan juga Heike Kamerlingh Onnes dari Leiden, Belanda. Tetapi kedua-duanya langsung tidak membalas permohonan Einstein! Pada hari ini, surat Einstein yang pernah diutuskan kepada Onnes telah dijadikan bahan bersejarah yang dipamerkan di muzium Leiden. Berkenaan hal ini, Einstein kerap berkongsi perasaan dengan pasangannya Mileva Maric, iaitu gadis sekelasnya. Pada 27 Mac 1901 beliau menulis kepada Mileva, “..i’m absolutely convinced that Weber is to ...

Setapp – Perkhidmatan Langganan Perisian Dan Aplikasi Untuk MacOS

Januari 26, 2017 0

Pada hari ini, dalam usaha untuk mengurangkan aplikasi cetak-rompak, perkhidmatan berbentuk langganan digital kian popular - seperti Spotify, Netflix, iFlix, dan sebagainya. Kini, hadir sebuah perkhidmatan baru dengan konsep serupa tetapi untuk aplikasi dan perisian macOS, iaitu Setapp.

Facebook Menguji Fungsi Seumpama Pada Instagram – Facebook Stories

Januari 26, 2017 0

Facebook sebelum ini telah memperkenalkan fungsi Instagram Stories yang membolehkan para pengguna untuk membuat perkongsian dalam gabungan video dan gambar yang hilang selepas tempoh 24 jam. Kini, selepas ia berjaya dan popular dikalangan pengguna Instagram, pihak Facebook telah mulakan ujian fungsi sama di Facebook, dipanggil Facebook Stories.

Japan Display Hadir Dengan Skrin LCD Fleksibel Untuk Telefon Pintar

Januari 26, 2017 0

Dengan penawaran telefon pintar yang semakin sama antara pelbagai pengeluar, beberapa perkara baru turut dilihat, termasuk menggunakan skrin fleksibel. Namun, kos untuk skrin fleksibel adalah sedikit tinggi pada masa kini, membuatkan ia hanya digunakan pada telefon berspesifikasi tinggi sahaja.

Facebook Memulakan Ujian Paparan Iklan Di Dalam Messenger

Januari 26, 2017 0

Facebook ialah perkhidmatan "percuma" yang dibayar dengan perkongsian maklumat peribadi, privasi dan pengiklanan. Mark Zuckerberg menjadi seorang hartawan dengan hanya menyediakan platform yang memberikan anda berkongsi monolog dalaman dan pautan ke laman tular. Hari ini Facebook mengumumkan permulaan ujian pengiklanan di dalam aplikasi pemesejan Messenger.

Jualan Khas PlayStation Network Asia Bermula – God of War III Remastered Dan Tales of Zestiria Percuma Untuk PlayStation Plus

Januari 26, 2017 0

Tahun Baru Cina akan berlangsung hujung minggu ini dan sempena cuti yang panjang ada baiknya kita menghabiskan masa bermain permainan komputer. Ini ialah kerana ia aktiviti santai yang tidak menyebabkan pencemaran alam sekitar. Sempena menyambut Tahun Baru Cina PlayStation Asia mengadakan jualan khas dengan tawaran harga sehingga 80%.

Thermaltake View 27 – Ruang Tetingkap Yang Besar Untuk Menunjukan Perkakasan PC Anda

Januari 26, 2017 0

Thermaltake telah melancarkan mid-tower ATX PC case yang baharu yang mempunyai ciri-ciri yang menarik, panel tetingkap besar yang merangkumi bahagian tepi dan atas casing PC, yang diberi nama Thermaltake View 27.

The post Thermaltake View 27 – Ruang Tetingkap Yang Besar Untuk Menunjukan Perkakasan PC Anda appeared first on TECHOAIS.COM.

BattleTech, Sambungan Kepada MechCommander Sedang Dibangunkan.

Januari 26, 2017 0

 

MechComander dan MechCommander 2 adalah antara permainan klasik yang saya minati, dan sudah sekian lama menantikan permainan genre yang sama dengannya.

Nampaknye penantian saya mungkin akan berakhir kerana

The post BattleTech, Sambungan Kepada MechCommander Sedang Dibangunkan. appeared first on TECHOAIS.COM.